Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Bilik tidur seharusnya dihias dengan suasana redup, dan sesuai untuk berehat agar mudah untuk melelapkan mata dan mendapatkan tidur berkualiti.

Masih terfikir apa yang sesuai diletakkan di bilik si manja? Selain perabot yang selamat, lampu tidur, kamera keselamatan dan sebagainya, ibu ayah perlu tahu yang langsir tingkap yang tepat memainkan peranan penting dalam menjadikan bilik si manja selesa!

Langsir tingkap yang biasanya digunakan dalam bilik bayi dipanggil black out curtain, yang bukan sekadar langsir bercorak cantik atau comel semata-mata ya. 

Black out curtain ini fungsinya untuk menghalang sinaran matahari dari menembusi ke dalam bilik tidur anak, yang boleh mengganggu si manja semasa bermimpi indah.

Selain daripada itu, langsir ini juga berfungsi dengan baik untuk mengajar anak tentang siang dan malam. Kebiasaannya bayi kecil masih tidak tahu membezakan siang dan malam jadi perlu bagi kita untuk mendidik mereka dengan memberi petunjuk yang pada waktu gelap adalah waktu tidur, dan sebaliknya.

Panduan Membeli Langsir Tingkap Blackout Yang Betul

tirai gelap

Selain daripada produk penting dalam hiasan kamar, langsir blackout atau tirai gelap ini mampu mengurangkan kos tenaga dengan  jumlah cahaya matahari dan sinar UV yang memasuki bilik.

Di samping itu, mereka melindungi perabot dan lantai daripada kerosakan akibat sinar matahari dan pudar, yang menjadikan produk kos tinggi ini lebih tahan lama.

Sebelum memilih langsir tingkap, semak beberapa perkara berikut:

  • Pilih warna yang sesuai Tirai gelap dalam warna terang seperti kulit telur atau putih akan hanya menyekat 90% hingga 95% cahaya. Untuk menyekat 100% cahaya, lebih baik memilih tirai pemadaman dalam warna gelap atau tirai kain berwarna tetapi berlapis.
  • Pertimbangkan jenis railing di rumah anda. Jangan tersilap membeli pula ya.
  • Kemudahan pemasangan Pastikan ia boleh dipasang dengan mudah oleh kebanyakan orang.
  • Tekstur, jenis kain dan gaya Tirai gelap terdapat dalam pelbagai tekstur dan kain, dari material poliester dan kapas hingga baldu dan linen. Senarai ini mempunyai pelbagai pilihan agar sesuai dengan rupa dan fungsi pembeli yang diinginkan.

8 Langsir Tingkap Atau Tirai Gelap Yang Terbaik di Pasaran

Langsir Tingkap Terbaik
Napearl Modern 100% Thick Blackout Curtain
Terbaik 100 peratus blackout
more info icon Beli di Shopee
IKEA Majgull
Terbaik rekaan kemas
more info icon Beli di Lazada
GTE Cute Cartoon Owl Printed
Terbaik rekaan kartun
more info icon Beli di Shopee
Thicken Blackout Curtain Nordic Style
Terbaik rekaan gaya nordic
more info icon Beli di Shopee
Flew Herringbone Plain Color Blackout Curtain Panel
Terbaik kain tahan lama
more info icon Beli di Shopee
CUTIE Zebra Blinds Racing Car
Terbaik jenis blind
more info icon Beli di Shopee
Anney One Decor Dreaming Pink Tulle Cartoon Pattern
Terbaik untuk bilik anak perempuan
more info icon Beli di Shopee
UVP Curtain Daylight Sheer
Terbaik untuk siang hari
more info icon Beli di Shopee

Napearl 100% Blackout Colour Curtain

Langsir tingkap terbaik 100 peratus blackout

langsir tingkap napearl

Jika anda mahukan langsir yang benar-benar ‘blackout’ dan tiada cahaya matahari menembusi, ini merupakan antara pilihan yang bagus. Rata-rata pelanggan menyatakan ia benar-benar menepati citarasa, walaupun ia tidaklah terlalu tebal.

Anda juga diberi pilihan untuk menukar jenis cangkuk untuk disesuaikan dengan jenis railing yang terdapat di kediaman anda.

Apa yang kami suka?

  • 100% blackout
  • Ringan
  • Dua lapis
  • Shading penuh
  • Terdapat dalam pelbagai pilihan warna

IKEA Majgull

Langsir tingkap terbaik rekaan kemas

langsir tingkap rumah

Dengan beberapa pilihan warna yang menarik, langsir tingkap dari IKEA ini bukan sahaja tampak kemas malah berfungsi dengan baik untuk memberikan ketenangan di bilik tidur.

Menariknya ia boleh dipasangkan pada mana-mana jenis railing yang bersesuaian dengan kediaman atau di mana-mana bilik yang menjadi pilihan.

Apa yang kami suka?

  • 100% poliester.
  • Didapati dalam 3 warna berbeza.
  • Langsir boleh digunakan pada batang tirai atau trek tirai.
  • Boleh menggantungkan tirai pada batang tirai melalui tab tersembunyi atau dengan cincin dan cangkuk.
  • Pita kepala mempunyai warna yang sama dengan tirai sehingga kelihatan kemas dari belakang juga.
  • Langsir tirai menyekat cahaya dari cahaya yang menyinari dan benar-benar menggelapkan bilik.

GTE Cute Cartoon Owl Printed 

Langsir tingkap terbaik rekaan kartun

Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Langsir ini mungkin lebih menarik minat si manja untuk tidur di bilik sendiri. Tema burung hantu yang comel ini didatangkan dengan warna-warna lembut yang comel, dan mampu menyekat cahaya matahari sehingga 90%.

Ia juga mudah dipasang, dan boleh dicuci dengan mudah. Pastinya memberikan mood ceria namun memberikan tidur yang berkualiti pada masa yang sama!

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk shading tinggi.
  • Menyekat cahaya matahari hingga 90%.
  • Sangat sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur, ruang makan dan pejabat.
  • Mudah dibersihkan dan dipasang.
  • Diperbuat daripada bahan poliester halus.
  • Tahan lama, licin dan selesa.
  • Gaya elegan, warna segar ini memberi anda keselesaan visual.
  • Kain tebal, tidak pudar, tidak ubah bentuk.

Thicken Blackout Curtain Nordic Style

Langsir tingkap terbaik rekaan gaya nordic

langsir tingkap tebal

Langsir tingkap gaya nordic ini sesuai untuk pintu, atau tingkap di mana-mana bahagian rumah. Dengan hasil jahitan yang baik, ia juga merupakan produk dengan kain penebat yang tinggi yang boleh menyekat sehingga 90-95% cahaya.

Jadi ia boleh menyekat kemasukkan cahaya malahan tiada bunyi bising dari luar rumah. Menarik bukan?

Apa yang kami suka?

  • Kain penebat berketepatan tinggi.
  • Boleh menyekat 90-95 peratus cahaya.
  • Direka untuk menyekat cahaya dan mengurangkan bunyi yang tidak diingini.
  • Sesuai untuk tingkap, pintu, lorong, atau sebagai pemisah.
  • Nano cincin, tidak berkarat.
  • Anti-matahari-UV.
  • Produk yang sangat baik, proses tenunan yang baik.
  • Sihat dan mesra alam, bebas pencemaran.

Flew Herringbone Plain Color Blackout Curtain Panel

Langsir tingkap terbaik kain tahan lama

Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Langsir seterusnya ini bukan sahaja cantik, ia diperbuat dari kain poliester berkualiti tinggi dan tahan lama yang boleh menyekat sehingga 70-90% cahaya matahari.

Kainnya yang lembut dan tebal juga membuatkan kualiti produk ini lebih terjamin dan menariknya, ia juga boleh dibasuh dan dikeringkan dengan menggunakan mesin basuh!

Apa yang kami suka?

  • Dibuat dari kain teduh bermutu tinggi, pelindung matahari dan tahan lama.
  • Sekat 70% – 90% cahaya.
  • Menjaga bilik menjadi gelap dan sejuk pada musim panas.
  • Diperbuat dari kain poliester berkualiti tinggi dan tahan lama.
  • Hasil kerja yang baik.
  • Tirai boleh digunakan sebagai latar belakang tirai pintu, langsir atau paparan tingkap.
  • Terdapat dalam gaya cangkuk dan tirai gaya eyelet

CUTIE Zebra Blinds Racing Car

Langsir tingkap terbaik jenis blind

Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Blind jenis blackout bukan sekadar hiasan tingkap untuk menghalang cahaya semata-mata, ia menjamin kegelapan sepenuhnya dan sangat sesuai untuk bilik kanak-kanak. Ia adalah cara yang paling praktikal dan jimat untuk mencipta suasana malam walaupun pada siang hari.

Dengan penggunaan blind ini, bilik anak akan sentiasa sejuk terutamanya pada waktu siang. Blind jenis blackout boleh menjadi penebat haba yang baik untuk mengelakkan peningkatan suhu bilik jadi tidak perlu lagi memasang penghawa dingin, kan?

Ia juga sangat membantu anak yang sukar tidur kerana sensitif dengan pancaran cahaya dan silau jadi ibu yang memilih blind jenis ini tidak perlu bimbang lagi kerana pasti anak mendapat tidur yang nyenyak!

Apa yang kami suka :

  • Material 100% polyester dan diperbuat di Malaysia.
  • Terdapat dalam pelbagai saiz.
  • Melindungi privasi anak.
  • Mudah dipasang dengan material berkualiti dan tahan lama.
  • Kawalan blind yang tahan lama, menyediakan mekanisme yang lancar kepada pengguna.

Anney One Decor Dreaming Pink Tulle Cartoon Pattern

Langsir tingkap terbaik untuk bilik anak perempuan

Langsir Tingkap Blackout Buat Si Manja Tidur Lena, Ini Antara Yang Terbaik!

Menghias bilik anak perempuan kadang kala agak memeningkan ibu ayah kerana citarasa mereka perlu diambil kira. Kalau boleh segala-galanya di dalam bilik mahu berwarna merah jambu dan ada juga yang mahukan dekorasi bertemakan princess.

Jika ibu tidak kisah langsir tingkap jenis blackout yang sedikit nipis, anda boleh memilih langsir tingkap moden ini yang pastinya digemari tuan puteri anda kerana langsir ini bertemakan sang puteri.

Apa yang kami suka :

  • Terdapat dalam gaya cangkuk dan tirai gaya eyelet
  • Tebal, tidak mudah koyak
  • Rekaan minimalis
  • Diperbuat daripada kain polyester berkualiti tinggi
  • Direka untuk menyekat cahaya dan mengurangkan bunyi yang tidak diingini
  • Sesuai untuk tingkap, pintu, lorong, atau sebagai pemisah
  • Mudah dicuci

UVP Curtain Daylight Sheer

Langsir tingkap terbaik untuk siang hari

langsir tingkap putih

Untuk pencahayaan yang lebih baik langsir tingkap berwarna putih boleh digunakan untuk bilik anak. Ia mencipta suasana yang tenang dan mendamaikan. Manakala, pada malam hari pula memberikan anak peluang untuk tidur dengan lena. 

Apa yang kami suka :

  • Pelbagai pilihan warna putih.
  • Gaya moden dan segar.
  • Sesuai dijadikan langsir utama atau lapisan kedua.
  • Material lembut dan memberi efek luas.
  • Mudah dipasang dan dicuci.

Perbandingan Harga Langsir Tingkap Atau Tirai Gelap Yang Terbaik di Pasaran

Jenama Saiz Harga
Napearl 100% Blackout Colour Curtain 100cm x 260cm (1 keping) RM50.49
IKEA Majgull 145cm x 250cm (2 keping) RM177
GTE Cute Cartoon Owl Printed 100cm x 250cm (1 keping) RM17.90
Thicken Blackout Curtain Nordic Style 130cm x 160cm (1 keping) RM14.00
Flew Herringbone Plain Color Blackout Curtain Panel 100cm x 250cm (1 keping) RM29.90
CUTIE Zebra Blinds Racing Car 46cm x 183cm (1 keping) RM46.55
Anney One Decor Dreaming Pink Tulle Cartoon Pattern 100cm x 200cm (1 keping) RM48.50
UVP Curtain Daylight Sheer 140cm x 183cm (1 keping) RM25.00

Mungkin harga langsir tingkap jenis blackout sedikit mahal berbanding langsir jenis lain, namun pelaburan membeli langsir tingkap jenis ini adalah pilihan bijak kerana ia tahan lebih lama malah tidak mudah luntur warnanya. Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

Baca juga: Ibu Ayah Sedang Merancang Bilik Comel Buat Bakal Cahaya Mata? Jom Lengkapkan Bilik Bayi Dengan 8 Produk Wajib Ada Ini!

Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!