Tengoklah Lidah Dia, Allahuakbar PENUH DARAH! Ibu Panik Lihat Anak Tersembam Kerana Selimut

undefined

Aduh, sakitnya lidah berdarah & terkoyak sehingga perlu menjalani pembedahan. Hati ibu ayah mana sanggup melihat anak dalam keadaan sebegini?

Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan telah menghadapi detik cemas apabila lidah berdarah akibat terbelah dua kerana terjatuh.

Biarpun ibu ayah telah menjaga anak sepenuhnya dengan baik, namun bagi kanak-kanak yang tengah membesar, sekelip mata sahaja boleh terdedah kepada risiko kemalangan.

Lidah berdarah & terkoyak

lidah terkoyak

 

Pada ketika itu ibunya, Puan Nedy Zhara  sedang menyusukan seorang lagi anaknya yang masih bayi di dalam bilik. Tiba-tiba dia telah mendengar dentuman yang cukup kuat dan suara kecil Zara mengadu kesakitan.

‘’Umi, sakit’’. Kejadian yang menimpa Zara pada 5 Januari 2020 telah membuatkan ibunya seolah-olah luruh jantung.

Zara yang pada ketika itu tidak menangis langsung, namun ibunya perasan dia memegang pada bahagian mulut.

Apabila ibunya suruh buka, darah penuh melimpah keluar. ‘’Allahuakbar, mulut Zara penuh dengan darah. Lidah juga berdarah teruk kerana terbelah dua.’’

Ibunya terus menjerit kerana terlalu terkejut luka yang dihadapi oleh anak perempuannya. Kecederaan ini begitu teruk seperti terpotong dengan gunting tajam.

Tambahnya lagi, dia tidak tahu penyebab yang membuatkan anaknya terjatuh. Apa yang pasti, dia dapat mengagak bahawa anak perempuannya terpijak selimut yang dipegang lalu tersembam sehingga tergigit lidah.

Tanpa berlengah ibunya segera membawa anak perempuan ke hospital bagi rujukan doktor. Sebak hati seorang ibu kerana anaknya dimasukkan ke dalam wad bagi pemeriksaaan lanjut.

Oleh kerana memiliki bayi, ibu Zara tidak dapat menjaganya di hospital dan tugas ini diserahkan sepenuhnya kepada ayah Zara.

‘’ Nasib baik Zara begitu rapat dengan ayahnya. Ketika di hospital, abi dapat menjaganya dengan baik.’’ kongsinya.

Dalam segala hal sekalipun Zara memang mahukan ayah untuk menemaninya atau melakukan sesuatu. Dia merasa sedikit lega kerana Zara senang bila bersama ayahnya dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ibu.

Zara anak yang kuat

lidah terluka

 

Pada keesokan harinya, 6 Januari 2020 setelah dia menghantar abang Zara ke sekolah, dia terus ke hospital bagi melihat keadaan anaknya.

Semua perasaan bercampur baur kerana anak yang berada bersamanya dilanda kemalangan seperti ini. Akibat kecederaan bahagian lidah Zara begitu teruk, anak kecil ini terpaksa melalui pembedahan.

‘’Saat ini dia hanya peluk Ummi seperti seolah-olah sedikit takut dan tahu dia akan masuk ke dalam bilik pembedahan,’’katanya.

Doktor juga telah meminta Ummi menemani anak perempuannya sehingga ke dalam bilik pembedahan dan menunggu Zara sehingga dia ditidurkan dengan ubat bius.

‘’Selepas Zara tidur, doktor juga menyuruh Ummi mencium Zara terlebih dahulu agar semuanya berjalan dengan lancar.’’

Perasaan pada ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sebak yang begitu mendalam sehingga airmata telah jatuh tanpa dapat dikawal lagi.

Sepanjang menunggu, hanya selimut Zarra yang dipeluk oleh Ummi sambil berdoa semuanya akan baik-baik sahaja.

‘’Setelah dua jam di dalam bilik pembedahan, Alhamdulillah semuanya selamat dan perlu tunggu seketika sementara Zara sedar sebelum dipindahkan ke dalam wad.’’

Hati yang penuh kerisauan seakan-akan hilang kesemuanya apabila Zara telah sedar meskipun dalam keadaan mamai.

Dia membuka mata dan ayat pertama yang keluar dari mulutnya, ‘’Umi nak selimut.’’

Sedikit terhibur kerana dia masih lagi meminta selimutnya biarpun ia menjadi punca kepada semua kemalangan ini berlaku.

‘’Zara juga dapat membuang air kecil dan besar tanpa sebarang masalah. Doktor juga memberikan kebenaran untuk pulang ke rumah.’’

Tentang makan juga semuanya baik pada masa ini kerana Zara tiada mengadu sakit. Namun, dia hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja secara perlahan-lahan.

Ketika meminum susu juga Zara diberikan straw untuk menghisap susu. Dia juga tidak diberikan botol kerana bahagian mulutnya akan sakit jika diberikan puting susu botol.

kecederaan lidah

Sepanjang kejadian ini berlaku, ibunya sendiri menyaksikan anaknya begitu bijak dan tabah dalam mengharungi kesakitan yang dialami.

Ketika menunggu untuk pulang ke rumah, dia masih boleh mengangkat jari menunjukkan peace bagi menangkap gambar.

‘’Alhamdulillah jelas pada wajah Zara bahawa dia sangat gembira. Dari mula kena luka ini sampailah sekarang dia tidak menangis.’’

Tambahnya lagi, Zara juga mudah menelan kesemua ubat sehinggakan meminta lagi ubat sirap PCM yang berwarna merah.

Kami di theAsianparent mendoakan agar adik Zara segera sembuh dari kecederaan ini dan sihat seperti sedia kala.

Sumber: Cik Puan Nedy Zhara

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Tengoklah Lidah Dia, Allahuakbar PENUH DARAH! Ibu Panik Lihat Anak Tersembam Kerana Selimut

Baca juga:

https://my.theasianparent.combaby-proof-rumah-mesra-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!