theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Bonding Anak Dan Ayah Berakhir Dengan Kemalangan Berdarah Kepala Terbelah

14 Sep, 2017
Kongsikan:
•••
Bonding Anak Dan Ayah Berakhir Dengan Kemalangan Berdarah Kepala Terbelah

Niat si ayah untuk bermain dengan si kecil berakhir dengan tragedi. Semuanya gara-gara anak dilambung sehingga menghentam kipas siling di rumah!

Di Thailand, sesi bonding atau berhubungan mesra antara ayah dan anak bertukar menjadi kemalangan berdarah.

Ia bermula dengan si bapa, Em Phoeykiln, mendukung anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun bernama Oum.

Mungkin teruja dapat meluangkan masa dengan anaknya itu, si bapa lalu melambung-lambung si kecil itu ke udara.

Malangnya, Em tidak perasan yang kipas siling masih terpasang dan berpusing!

Malangnya, bapa itu tak perasan yang kipas di siling masih terpasang dan berpusing!

Menurut laporan dari Mirror, 

“Oum yang berusia tiga tahun terbelah pada bahagian kepalanya sehingga ternampak tengkorak.

Ia terjadi selepas si bapa mendukung dan melambung anaknya di ruang tamu di rumah.”

bahaya kipas siling

Sumber: The Asian Parent Philippines

Anak perempuan tersebut cedera teruk di kepala selepas dihentam dan dikelar oleh bilah kipas yang sedang berpusing. 

Impaknya sangatlah kuat sehinggakan bilah kipas tersebut bengkok!

Mereka segera membawa anak perempuan itu ke hospital di Rayong, Thailand, di mana doktor dengan segeranya merawat belahan di kepala yang berukuran sepanjang 4 inci.

“Saya hanya bermain dengannya seperti biasa di rumah. Entah bagaimana, saya melambung Oum terlalu tinggi di udara, sehingga kepalanya terhentak pada kipas.

Saya tidak melepaskannya dari tangan saya sewaktu melambung, tapi dia tetap terkena pada bilah itu.”

Dia juga terkenang bagaimana dia melihat darah tidak henti-henti mengalir keluar dari kepala anaknya, dan bagaimana anaknya berada dalam kesakitan yang amat sangat.

“Merana hati saya melihat dirinya dalam kesakitan. Doktor cakap kos pembedahan akan menelan kos hampir 70,000 Baht (RM9,000).

Kami tidak ada duit sebanyak itu. Tapi doktor kata, jika lambat, dia akan menjadi parah.”

bonding ayah dan anak perempuan

Sumber: The Asian Parent Philippines

Semasa pembedahan dijalankan, doktor terpaksa menutup semula belahan di kepala Oum.

“Pihak hospital tidak mengurangkan harga tapi mereka tetap menjalankan pembedahan. Kami terpaksa menjual barang kami di rumah untuk menanggung kos tersebut.”

Nasib baik, anak kecil itu kini semakin sembuh. Dia telah pulang ke rumah dan boleh berjalan semula. Namun, kesan parut yang besar mungkin akan kekal di kepalanya.

“Dia sangat tabah dan kami sangat berbangga dengannya. Kini, dia mampu tersenyum semula tetapi kami tidak mahu bermain lambung-lambung lagi!”

Malang tidak berbau, jangan ambil mudah keselamatan anak

Niat baik si bapa telah berakhir dengan tragedi berdarah. Semuanya kerana kelekaan dan kecuaian diri.

Ibu ayah sekalian, perhatikan di sekeliling rumah anda. Adakah segalanya selamat buat anak kecil anda?

Atau, ia hanya menanti untuk anda tersilap langkah dan berlakunya kecelakaan di rumah sendiri?

Mari ketahui antara kemalangan yang mudah berlaku di rumah dan cara untuk menanganinya!

Sumber: The Asian Parent Philippines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.comadakah-rumah-anda-baby-proof/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bonding Anak Dan Ayah Berakhir Dengan Kemalangan Berdarah Kepala Terbelah
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

    Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

  • 6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil

    6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

app info
get app banner
  • Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

    Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

  • 6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil

    6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi