Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

undefined

Pernahkah anak anda diberi mainan lama baru-baru ini? Hati-hati. Mainan plastik lama mungkin diperbuat dari bahan kimia yang boleh membahayakan anak anda!

Tanpa disedari, ibu bapa mungkin sedang membiarkan anak bermain dengan mainan yang berbahaya.

Menurut kajian, mainan plastik lama mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan anak.

Ini kerana pada zaman datuk nenek kita, belum ada sekatan tegas ke atas bahan-bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan mainan kanak-kanak ini.

Sesetengah dari mainan ini telah diberi oleh ahli keluarga secara turun temurun, tanpa mengetahui ia mungkin diperbuat dari bahan-bahan kimia yang toksik.

Mainan yang berbahaya: Plastik lama yang bertoksik 

Mainan yang berbahaya

Para saintis dari Universiti Plymouth merentasi sebelah barat daya England untuk memperolehi 200 mainan plastik dari rumah, taska dan kedai amal untuk dianalisis.

Mainan plastik yang diambil termasuk mainan kereta, kereta api, mainan pembinaan dan patung kecil. 

Mereka mendapati sesetengah dari mainan ini mempunyai kandungan bahan-bahan kimia yang bertoksik.

Antaranya adalah antimoni, barium, bromin, kadmium, kromium, plumbum dan selenium. Bahan-bahan ini adalah toksik untuk kanak-kanak biarpun pada tahap pendedahan yang rendah.

Ini adalah kali pertama penyiasatan sistematik dilakukan ke atas mainan yang berbahaya yang terpakai di UK,” kata penulis utama, Dr. Andrew Turner.

Mainan terpakai sangat popular kerana ia boleh diwarisi terus dari rakan atau saudara-mara atau diberi pada harga yang murah dari kedai amal, kedai barang-barang terpakai, dan pasar lelong.

Plumbum dalam mainan yang berbahaya

Tetapi penyeledik telah melakukan ujian lanjut kepada mainan dengan menggunakan sesuatu yang dipanggil “perut buatan” untuk meniru keadaan di dalam perut pula.

Mereka mendapati banyak dari mainan plastik lama ini telah mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti bromin, kadmium, atau plumbum yang melebihi had yang ditetapkan oleh Arahan Keselamatan Mainan Majlis Eropah

Mainan yang berbahaya

Mereka juga mendapati mainan yang mempunyai bahan kimia paling banyak berwarna kuning, merah, dan hitam.

Menurut Turner, bahan kimia yang mengandungi kadmium diperlukan untuk menghasilkan mainan yang berwarna-warni.

Walaupun terdapat organisasi yang mengawal pengeluaran mainan baru, belum ada lagi peraturan yang mengawal jualan mainan lama dan yang terpakai.

Risiko mainan yang berbahaya untuk anak anda

Pengguna perlu lebih sedar tentang risiko berkaitan dengan mainan plastik lama yang kecil, berwarna cerah dan senang dimasukkan ke dalam mulut.

Ibu bapa juga perlu berjaga-jaga jika mainan tersebut telah diturunkan dari satu generasi ke gernerai seterusnya.

Memang agak sensitif juga kalau kita enggan menerima mainan terpakai, nanti orang kata kita sombong, tetapi sebenarnya, ini soal kesihatan anak kita sendiri.

Mainan terpakai berumur dalam lingkungan 10 tahun boleh dianggap selamat.

Mainan yang berbahaya dan membimbangkan adalah mainan yang jauh lebih tua dan nampak seperti ia telah diturunkan dari generasi ke generasi. Namun, memang sukar untuk memberi skala waktu atau anggaran yang tepat.

Mainan yang berbahaya : Apa ibu bapa boleh buat?

mainan yang berbahaya

  1. Periksa keadaan mainan tersebut dan pastikan anak tidak memasukkannya ke dalam mulut.
  2. Elak dari menerima mainan lama berwarna terang yang terutamanya yang berwarna merah dan kuning

Menurut Turner, bahan-bahan kimia ini tidak akan tanggal walaupun dicuci dengan baik kerana ia berada di dalam plastik yang digunakan untuk menghasilkan mainan tersebut. 

“Mainan ini secara amnya selamat jika dimain dengan tangan. Ianya hanya menjadi mainan yang berbahaya jika anak masukkan dalam mulut dan menggigitnya.

Adalah lebih selamat untuk mengelak dari menggunakan mainan terpakai yang sangat lama. Bahaya sebenarnya ialah apabila anak menelan mainan yang berbahaya itu, ” kata Turner memberi amaran.

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!