Kenapa Garam Bahaya Untuk Bayi Bawah 2 Tahun? Ini Jawapan Doktor

undefined

Makanan anak tawar ini memang sering menjadi topik hangat. Sedangkan mereka sebenarnya hanya perlukan sedikit saja sodium untuk keperluan harian.

“Alah, kesiannya, makanan dia tiada rasa ke? Tawar!” Anda pernah dengar ayat begini? Biasa dengarkan? Nak-nak ketika sedang masak makanan anak atau ketika sedang beri dia makan. Makanan anak tawar ini memang sering menjadi topik hangat. 

Bila orang komen saja mengenai makanan anak., mulalah kita sebagai ibu ni cuak. Mulalah berfikir, adakah betul tindakan langsung tidak memberikan si kecil garam dalam hidangan mereka. Mulalah fikir, tak sedap sangatke makanan yang diberi pada anak?

Jangan mudah tergugat ibu. Ada sebabnya kenapa garam tidak boleh dimasukkan dalam makanan anak kecil yang berusia dua tahun ke bawah.

Makanan anak tawar ada baiknya

makanan anak

Setiap kali sedang memasak makanan anak, perkara pertama yangs sering ibu-ibu fikirkan pastinya berharap anak itu menyukai masakan yang dimasak.

Selain itu, ibu mana pula yang sanggup lihat anak sakit hanya berpunca daripada makanan. Disebabkan itu perlu berhati-hati dalam pemilihan menu untuk anak.

Baru-baru ini tular di media sosial, perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari yang mana beliau menegaskan garam bahaya untuk bayi bawah dua tahun. 

Kalau ada mulut yang gatal duk suruh mak ayah masukkan garam kat makanan baby, kononnya tak nak bagi anak kita tu makan benda tawar, kalian tolong jawab baik-baik begini.

“Tak nak lah. Baby saya tu kecil lagi. Buah pinggang dia tu masih belum matang, tak akan mampu nak proses garam (sodium) berlebihan kat dalam badan.

Saya tak sangguplah nak tengok buah pinggang dia tu rosak sebab kalau organ tu dah tak berfungsi, dia terpaksa perlukan bantuan mesin dialysis sepanjang hidupnya nanti.”

Atau boleh jugak kalau kawan-kawan semua nak jawab ikut skema ni.

“Sorry saya tak nak ikutlah sebab nasihat tu tak betul.

Besar nanti tak pasal-pasal si comel saya ni jadi picky eater. Asyik nak memilih je bila makan.

Mana taknya, kalau dari kecil dah dilatih menelan makanan ‘sedap’ yang mengandungi perisa tambahan, bila dah pandai makan sendiri nanti, tu yang dia duk pilih mana yang ada perisa je.

Baiklah dari usia bayi ni saya introduce kat dia real food je.”

Boleh kan?

Penting sangat biar semua tahu, bayi kita tu sebenarnya dilahirkan dengan taste reseptor yang sensetif.

Dia boleh je rasa perisa garam dan gula semulajadi dalam makanan yang mak mak semua buatkan tu.

Kita je yang kerap rasa tawar kerana sebahagian taste reseptor dah rosak. Samada sebab gemar makan makanan terlampau panas atau reseptor tu terbakar kesan dari asap rokok.

Jadi ingat ye.

Kalau nak anak kita tu membesar dengan sihat, elakkanlah dari campurkan garam dalam diet selagi umurnya masih belum masuk usia 2 tahun.

Kenapa garam bahaya untuk bayi bawah 2 tahun?

#1. Buah pinggang belum matang

Beliau menjelaskan buah pinggang bayi masih belum matang dan tidak mampu untuk memproses sodium (garam) berlebihan dalam badan.

Organ itu boleh rosak dan tidak berfungsi, ada juga kemungkinan terpaksa memerlukan mesin dialisis sepanjang hayatnya nanti.

Ginjal bayi yang masih belum matang boleh menyebabkan buah pinggang anak kecil rosak. Mereka juga berpotensi mendapat penyakit darah tinggi dan sawan.

#2. Anak boleh jadi picky eater

makanan anak

Kalau dari kecil dah dilatih menelan makanan ‘sedap’ yang mengandungi perisa tambahan, bila dah pandai makan sendiri nanti, itu yang anak asyik pilih mana yang ada perisa je.

Ada kanak-kanak yang hanya mahu fast food saja!

#3. Mereka ada taste reseptor yang sensitif

makanan anak

Penting sangat biar semua tahu, bayi kita tu sebenarnya dilahirkan dengan taste reseptor yang sensitif. Mereka boleh saja rasa perisa garam dan gula semulajadi dalam makanan. 

Kita yang dewasa ini saja kerap rasa tawar kerana sebahagian taste reseptor sudah rosak!Ia juga boleh terjadi disebabkan merokok. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Baca juga: 

Makanan Punca Kanser Yang Kita Makan Setiap Hari – Jom Kurangkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!