Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

undefined

Makanan berpantang selepas bersalin sedap dan mudah dapat meningkatkan selera ibu sepanjang tempoh pantang. Tubuh pun dapat cukup tenaga

Melalui tempoh selepas kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama. Antara salah satu hal paling penting dan kena jaga adalah makanan berpantang selepas bersalin.

Makanan berkhasiat dapat memastikan tubuh ibu memiliki tenaga yang cukup ketika menguruskan anak kecil dan membolehkan luka bersalin cepat pulih.

Menu makanan berpantang selepas bersalin yang sedap buatkan ibu tidak jemu

Ada yang berpantang 30 hari dan ada juga berpantang sehingga 100 hari, ia adalah bergantung pada setiap ibu. Berbeza dengan zaman dahulu, kini makanan untuk orang berpantang diolah menjadikan lebih menarik dan sedap.

Justeru nanti tidaklah ibu-ibu rasa bosan dan jemu bila dihidangkan dengan makanan sama setiap hari. Dalam satu pinggan, pastikan ia dilengkapi dengan karbohidrat, protein, vitamin dan serat dari sayur ataupun buah.

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Nor Fatihah Nawi, dia memuat naik beberapa gambar menu makanan berpantang selepas bersalin yang mudah dan sedap.

Salam sahabat alam maya. Sedikit perkongsian menu pantang. Ni antara menu saya berpantang. Akhir- akhir pantang baru rasa nak ambil gambar 😂😂. Tak sabar nak habis pantang tapi tidak pernah jemu makan macam ini. Sedap pula rasanya.  

#1. Ikan selar

Ikan selar antara salah satu ikan dalam pantang yang selamat untuk diambil.
 
Cara penyediaan:
1. Letak garam dan kunyit (untuk lebih sedap)
2. Juga boleh gaulkan bersama garam, kunyit, serbuk lada hitam dan bawang putih

#2. Menu pantang: Ayam bakar

Cara penyediaan: Perap ayam bersama garam, serbuk cili, kunyit, serbuk lada hitam, halia dan bawang putih

#3. Resipi lauk pantang: Daging

Resipi lauk pantang dan cara penyediaan: Perap daging bersama garam, kunyit, bawang putih, ketumbar dan sedikit gula putih

Untuk memasak ketiga-tiga bahan ini, anda boleh memilih untuk menggunakan air fryer atau panggang sahaja di atas pan.

Inspirasi menu berpantang 44 hari yang sedap dan mudah

Berikut kami kongsikan beberapa menu berpantang 44 hari sebagai panduan para ibu. Nanti bolehlah minta suami sediakan sebab ia cukup ringkas dan mudah.

menu makanan berpantang selepas bersalin

Hidangan untuk org bersalin: nasi putih, ayam bakar, sayur campur, buah oren, dan air teh

 

makanan berpantang selepas bersalin yang baik

Nasi putih dimakan bersama sayur goreng, daging dan ikan bakar serta bawang goreng

 

makanan berpantang selepas bersalin untuk ibu

Makanan untuk org bersalin: Nasi putih bersama daging bakar, ikan goreng, sayur campur, sup kosong dan bawang goreng

 

makanan berpantang selepas bersalin boleh dicuba

Menu pantang mudah: Hidangan nasi putih, ikan goreng, ayam bakar, sayur campur serta epal merah

 

makanan berpantang selepas bersalin gunakan 3 bahan mentah asas

Makanan nasi putih, ayam bakar, sayur campur, buah oren dan hiasan bawang goreng

makanan berpantang selepas bersalin menggunakan ikan

Menu pantang sedap: Ikan goreng, sayur goreng, epal merah, bawang goreng dimakan bersama nasi putih

Menu pantang czer

Menu pantang czer sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan normal. Namun seeloknya para ibu mengambil makanan yang lebih lembut seperti nasi kanji, sup dan ikan agar perut berasa lebih selesa selepas pembedahan.

Setelah tempoh berpantang memasuki dua minggu, barulah anda boleh ubah ke nasi yang dimasak seperti biasa. Bukan itu sahaja, banyakkan oren sunquick mandarin bagi mengelakkan masalah sembelit.

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Ikan selar bakar tawar
  • Pak choy tumis air
  • Ikan bilis goreng tanpa minyak
  • Peria crispy
  • Oren
  • Anggur hitam

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Ikan bawal putih stim halia lemon
  • Sawi bunga dan carrot tumis air
  • Ikan bilis goreng tanpa minyak
  • Oren
  • Anggur hitam

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Menu pantang czer: Singgang selar kuning
  • Brokoli dan carrot tumis air
  • Peria crispy
  • Oren

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Resepi lauk pantang: singgang ikan selar kuning
  • Kerabu pegaga dengan ikan bilis goreng tanpa minyak
  • Carrot tumis air

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Tenggiri masak halia
  • Pak choy tumis air
  • Epal
  • Ikan bilis goreng tanpa minyak

Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

  • Resepi lauk pantang: ikan selar bakar
  • Pak choy tumis air
  • Peria crispy
  • kan bilis goreng tanpa minyak
  • Anggur hitam
  • Strawberi

Jadual menu berpantang

Jadual menu berpantang hendaklah mengikut kesesuaian para ibu. Kami mencadangkan setiap hari, pastikan anda menetapkan lima waktu makan bagi mengelakkan anda cepat letih dan menggalakkan penghasilan susu badan. Antaranya:

  • Sarapan pagi: Biskut/ lempeng oat/ roti bakar bersama air susu kurma dan buah-buahan
  • Makan tengah hari: Pastikan anda dapatkan sumber karbohidrat seperti nasi, lauk pantang berasaskan protein daripada ikan atau ayam dan sup sayur bagi mengelakkan masalah sembelit.
  • Minum petang: Kudapan petang hendaklah sesuatu yang ringkas seperti kuih muih, sandwich atau cucur manis
  • Makan malam: Untuk menu makan malam, pastikan anda ambil sumber karbohidrat yang mencukupi. Jika tidak sempat, sekalikan sahaja menu makan tengah hari dengan makan malam. Boleh tambah kelainan pada minuman atau buah-buahan.
  • Snek sebelum tidur. Memandangkan sesetengah ibu menyusu badan akan kerap lapar, adalah penting untuk anda menyediakan ‘stok’ kunyah-kunyah yang sihat. Misalnya biskut laktasi, buah-buahan kering, pegaga goreng rangup atau kekacang.

Senarai ikan yang boleh dimakan dalam pantang

Ikan adalah sumber protein terbaik. Wanita yang berpantang dan menyusu badan digalakkan untuk mengambil protein untuk memulihkan diri, memberi tenaga serta memperbanyak susu badan. 

Berikut beberapa jenis ikan yang boleh dimakan dalam pantang:

  • Ikan kerisi
  • Ikan untuk ibu berpantang: Gelama
  • Ikan selar
  • Senangin
  • Tenggiri
  • Bawal putih
  • Ikan merah
  • Ikan untuk ibu berpantang: Jenahak
  • Siakap
  • Salmon
  • Haruan

Namun perlu diingatkan bahawa tidak semua ikan boleh dimakan ibu berpantang. Ikan kering dan ikan masin merupakan yang paling mesti dielakkan!

Antara ikan yang tidak boleh diambil ketika pantang bersalin ialah:

  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan parang
  • Ikan tamban
  • Ikan sembilang
  • Ikan kembung
  • Ikan sardin
  • Ikan tongkol

Larangan pengambilan ikan-ikan di atas adalah kerana ia dikatakan boleh menyebabkan kegatalan dan angin. Sekaligus boleh membuatkan luka bersalin menjadi lambat pulih.

Selain itu juga, senarai ikan untuk ibu berpantang czer dan normal diatas perlu dielakkan kerana ia bersifat berbisa dan berisiko menyebabkan bentan. Bentan amat ditakuti kerana membawa kesan-kesan sampingan seperti sakit urat, lemah dan menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.

Sayur untuk ibu berpantang

  1. Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.

  2. Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Antara sayur untuk ibu berpantang lain yang boleh diambil ialah:

  • Ubi Kentang
  • Sawi
  • Lobak Merah
  • Brokoli
  • Kailan
  • Kucai
  • Bayam

Jenis sayur untuk ibu berpantang yang perlu dielakkan

  • Ubi Kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Timun
  • Tomato
  • Kubis
  • Terung
  • Sayur Keladi
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Daun Keti (Bunga Putih)
  • Kacang Panjang
  • Kacang Botol
  • Labu
  • Rebung
  • Jeruk Maman
  • Petai
  • Jering
  • Cili Padi / hidup mentah (untuk dijadikan pes masakan sedikit, tiada masalah)
  • Asam keping

Sayuran jenis ulaman yang boleh dimakan ketika dalam pantang

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

  • Jantung pisang membanyakkan susu ibu.
  • Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Selain itu, ibu berpantang juga oleh ambil ulam-ulaman seperti:

  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Ulam Raja
  • Lempuyang
  • Jantung Pisang
  • Daun / Ubi Cekur
  • Kunyit Hidup
  • Daun Lemuni Hitam
  • Daun Kaduk
  • Daun Sekentut
  • Daun Kesum

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Normal & Czer, Ibu Wajib Cuba

Baca juga: 10 Set Berpantang Popular di Malaysia, Anda Pilih Yang Mana Satu?

Baca juga: Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin, Benarkah Ibu Berisiko Sakit Badan & Demam Urat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!