Awas, Ibu! Jangan Terlalu Ikut Kehendak Selera Anak Kerana Ada Makanan Yang Boleh Membantutkan Tumbesaran Mereka

undefined

Kanak-kanak yang makan terlalu banyak nasi dan soya akan lebih rendah dengan tumbesarannya boleh terbantut. Jom semak apa 4 makanan lain pula.

Ingat tak dulu masa kecil-kecil ibu anda melarang anda minum kopi kerana ia boleh membantutkan tumbesaran anak? Bahkan ada terdapat beberapa jenis makanan yang boleh melambatkan tumbesaran seorang kanak-kanak jika ia diambil secara berlebihan. 

Sebagai ibu, pemakanan anak antara menjadi keutamaan kita kerana kita inginkan mereka mendapat nutrisi dan vitamin yang mencukupi. Namun, apabila kita dikurniakan dengan anak-anak yang cerewet dengan makanan, kita kadang kala akan mengalah dengan pemilihan mereka kerana kita hanya mahu mereka makan.

Memang amat mencabar untuk memastikan anak makan makanan yang seimbang tetapi kita juga harus tegas dengan jenis pemakanan mereka. Makanan segera musuh nombor satu ibu bapa kerana ia mengandungi bahan yang boleh mengganggu tumbesaran anak.

Jenis-Jenis Makanan Yang Membantut Tumbesaran Anak

1. Jajan

tumbesaran anak

Kredit: Unsplash

Terlalu banyak sebab mengapa jajan harus dikeluarkan dari senarai diet anak anda, dan ini adalah salah satu sebab tersebut.

Seperti namanya, jajan tidak menyumbang nutrisi langsung untuk anak anda tapi hanya menyebabkan mereka kenyang saja (menaikkan risiko obes dan diabetis). 

Pastikan anak anda makan dalam jumlah yang minimum, atau lebih baik, tidak makan langsung jajan.

Baca juga: Anak selalu minta jajan atau makanan ringan, itu sebenarnya tanda mereka stress!

2. Soda

tumbesaran anak

Kredit: Unsplash

Minuman bergas mengandungi mineral yang membantu perkembangan. Namun fosforus, jika diambil berlebihan akan mempengaruhi penyerapan kalsium dalam badan. 

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil fosforus dengan banyak mempunyai ketumpatan tulang yang lebih rendah.

Lebih banyak makanan ringan dan air soda diambil, lebih sedikit nutrien yang mereka dapat.

Pengambilan air soda yang minimum boleh membantu anak anda menjadi lebih tinggi.

3. Nasi

Awas, Ibu! Jangan Terlalu Ikut Kehendak Selera Anak Kerana Ada Makanan Yang Boleh Membantutkan Tumbesaran Mereka

Kredit: Freepik

Sebenarnya nasi sahaja bukanlah tidak bagus untuk anak anda, namun, diet yang tinggi karbohidrat dan rendah protein akan melambatkan perkembangan mereka.

Jika hidangan anak-anak mempunyai lebih karbohidrat dari protein, ini akan membuatkan tumbesaran mereka terbantut. 

Kanak-kanak dengan diet yang lebih seimbang akan cenderung mencapai ketinggian yang maksimum.

4. Soya

tumbesaran anak

Kredit: Pexels

Walaupun belum dibuktikan secara saintifik, namun, soya yang belum diperam seperti susu soya atau tauhu yang mengandungi asid fitik (phytic acid) akan mengganggu penyerapan kalsium.

Kalsium adalah sangat penting di dalam perkembangan tulang, jadi dengan mengambil soya yang belum diperam terlalu banyak boleh mengganggu tumbesaran anak.

5. Alkohol

tumbesaran anak

Kredit: Pexels

Kajian menunjukan pengambilan alkohol menyebabkan tumbesaran kanak-kanak boleh terbantut.

Jangan terkejut, tapi masih ramai kanak-kanak yang membesar mengambil alkohol.

Pastikan anak-anak anda tahu keburukan dan bahaya mengambil alkohol dan tunjukkan tabiat minum yang baik.

6. Gula

Awas, Ibu! Jangan Terlalu Ikut Kehendak Selera Anak Kerana Ada Makanan Yang Boleh Membantutkan Tumbesaran Mereka

Kredit: Unsplash

Kanak-kanak yang mengambil gula yang tinggi selalunya lebih rendah berbanding kanak-kanak yang mempunyai diet rendah gula.

Seperti karbohidrat, gula meningkatkan tahap insulin badan dan menghalang badan dari berkembang dengan baik.

Anda mungkin tidak dapat menghalang anak anda dari makan makanan bergula, namun anda boleh menetapkan had untuk mereka.

Sama-sama kita menjaga kesihatan anak-anak dan memberi peluang untuk mereka membesar dengan sihat, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!