Beri makanan minda ini pada anak seminggu sekali untuk lebih bijak: Kajian
Makanan minda yang terbaik untuk anak ini, jika diambil sekurang-kurangnya seminggu sekali, boleh membantu meningkatkan IQ si kecil anda itu!
Jika ibu ayah sedang membuat senarai barang makanan untuk dibeli di pasaraya, jom kurangkan sedikit makanan berproses dan daging. Masukkan makanan minda yang terbaik untuk si kecil anda ini pula!
Ada satu kajian yang telah disiarkan dalam Scientific Reports Journal yang menyebut kanak-kanak yang mengambil ikan sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai IQ yang lebih tinggi.
Kajian tentang makanan minda yang terbaik untuk anak
Kajian tersebut memantau 500 orang kanak-kanak di China dan para pengkaji mendapati ikan bukan saja merangsang IQ, tapi membantu mereka untuk tidur dengan lebih lena.
Berdasarkan temubual yang telah dibuat dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit, para pengkaji juga mendapati kanak-kanakdi antara umur 9 ke 11 tahun tidak mempunyai masalah untuk tidur.
Malah, IQ mereka semakin tinggi apabila mereka berusia 12 tahun. Kanak-kanak yang sentiasa mengambil ikan mendapat 4.8 markah lebih tinggi berbanding mereka yang hanya mengambil ikan sekali-sekala saja.
Walaupun kita masih memerlukan beberapa kajian lain untuk menyokong kesahihan kajian ini, namun sudah pasti ia cukup untuk menjadi perangsang buat ibu ayah supaya memasukkan ikan ke dalam diet pemakanan anak, kan?
Ikan sebagai makanan minda yang terbaik untuk kanak-kanak
Ikan adalah sumber protein dan lemak yang sihat. Apabila memilih makanan ikan untuk anak, pastikan yang ianya tinggi Omega 3.
Tapi, ibu ayah masih perlu berhati-hati kerana sesetengah ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi dan ini boleh menyebabkan kerosakan saraf untuk anak kecil.
Ikan sememangnya elok diambil sebagai sebahagian diet pemakanan anak anda, tapi ada beberapa jenis ikan yang tinggi merkuri seperti ikan yu, ikan todak dan tilefish.
Sebaiknya, pilih ikan yang rendah merkuri seperti tuna, ikan bilis, sardin, makerel, ikan salmon, ikan kod dan ikan keli.
Contoh hidangan makanan minda untuk dicuba di rumah
Menurut salah seorang pengkaji, Jennifer Pinot-Martin, rasa dan tekstur ikan perlu diperkenalkan seawal mungkin untuk membiasakan anak dengan rasa ikan.
Apabila bayi mula mencecah usia 6 bulan, mereka sudah boleh mula memakan makanan pejal. Ia termasuklah puri ikan.
Semasa memperkenalkan hidangan ikan, pastikan anda memerhatikan tanda-tanda alahan. Dan, buang tulang ikan sepenuhnya kerana ia boleh membawa risiko tercekik.
Apabila anak mula besar sedikit, cuba sediakan hidangan di bawah ini supaya si kecil anda terus menggemari hidangan berasaskan ikan.
1. Nasi goreng salmon
Nasi goreng salmon adalah antara makanan minda yang terbaik untuk anak anda. Ia mudah disediakan dan yang paling penting, boleh dinikmati oleh seisi keluarga.
Anda nak cuba resipi nasi goreng ikan salmon? Boleh rujuk di sini.
2. Nugget ikan
Ramai ibu-ibu sekarang yang gemar untuk membuat nugget sendiri di rumah. Ia lebih sihat dan seronok untuk disediakan dengan anak-anak.
Nugget ikan bukan saja snek ringan yang sedap, tapi sihat untuk minda si kecil anda. Jom tengok cara menyediakannya di sini.
3. Pai ikan dan kentang
Pai ikan ini sesuai untuk anak anda yang gemarkan rasa krim dan cheese. Ianya lembut, enak dan menyihatkan. Penyediaannya pun tidaklah sesukar mana. Resipinya ada di sini.
4. Wrap ikan makerel
Ini antara resipi menyihatkan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Anda hanya perlu menggril ikan makerel dan membalutnya dalam balutan wrap pelbagai perisa.
Letakkan juga sayur untuk menambahkan lagi rasa dan tahap nutrien dalam makanan anak anda. Mari lihat resipi wrap ikan makerel di sini.
Nota: Ketika memilih ikan makerel, pilih jenis Chub atau Atlantic kerana ia kurang kandungan merkuri. King Makerel mempunyai merkuri yang agak tinggi.
Jadi, selepas ini, mari tambahkan ikan dalam diet pemakanan harian si kecil kita. Ia adalah antara makanan minda yang terbaik untuknya!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!