Status Anda Di Laman Media Sosial Dedahkan Rahsia Rumah Tangga Anda Tanpa Disedari!

Inilah bagaimana status atau gambar anda di mana-mana media sosial sebenarnya lebih mendedahkan tentang rumah tangga anda dari yang sepatutnya!

Tahukah anda, apa yang anda muat naik di media sosial sebenarnya boleh menunjukkan tentang perkahwinan anda yang sepatutnya disembunyikan? Mungkin anda tidak sedar, sebenarnya apa-apa sahaja yang anda muatnaik di media sosial, akan menggambarkan pelbagai makna status yang akan buat ramai tertanya-tanya.

Jika sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana media sosial sebenarnya mampu merosakkan rumah tangga anda, kali ini anda pasti terkejut mengetahui bagaimana status di media sosial boleh mencerminkan hubungan perkahwinan anda juga!

Makna status di media sosial, bila ia baik dan bila ia jadi tidak baik?

Anda mungkin banyak melihat status di media sosial yang telah dimuat naik oleh kawan-kawan. Ada bermacam-macam status tentang keluarga, pasangan atau seharian hari mereka.

Dan anda pasti juga mempunyai seorang kawan yang sering kali memuat naik status romantik di social media tentang pasangan mereka yang sangat mencintainya. Walaupun sebenarnya tidak salah untuk sangat mencintai seseorang, namun kadang-kala memuatnaik status ini boleh menjadi masalah.

Masalah bagaimana, itu?

Apabila anda selalu muatnaik status “bercerita” dalam media sosial, harga diri anda diletak pada pasangan 

makna status di media sosial, media sosial, kongsi di media sosial, makna, status, status media sosial, facebook, twitter, instagram,

Sesetengah orang berpendapat yang harga diri mereka ditentukan oleh perkahwinan dan pasangan. Betul, perkahwinan adalah penting, namun tidaklah sehingga harga diri seseorang itu bergantung padanya.

Terdapat kes di mana seseorang individu berhenti menjadi dirinya sendiri kerana terlalu bergantung kepada perkahwinan dan pasangan untuk kepastian dalam hidup.

Tambahan pula, mereka sering memuat naik gambar atau status di media sosial kerana mereka mahu orang melabel diri mereka yang “bahagia” dan mempunyai pasangan yang penyayang. Sebenarnya, penting untuk pasangan berkahwin mempunyai minat mereka sendiri dan menjadi individu tersendiri.

Menjadi individu yang tidak terlalu bergantung sepenuhnya pada pasangan boleh menguatkan lagi ikatan hubungan anda.

Status di media sosial hanya untuk buat orang lain cemburu

makna status di media sosial, media sosial, kongsi di media sosial, makna, status, status media sosial, facebook, twitter, instagram,

Tidak semua sengaja ingin berbuat begini, namun terdapat sesetengah individu yang suka menunjuk-nunjuk di media sosial supaya orang lain cemburu.

Ada sesetengah daripadanya yang tidak perasan tentang perbuatan mereka itu. Namun ada juga yang memang sengaja memilih kaedah demikian.

Mungkin mereka terlalu bangga degan perkahwinan dan keluarga mereka, namun ada beza di antara bangga dan bersyukur.

Jika anda memuat naik sesuatu untuk membuatkan orang lain rasa tidak enak malah bercemburu, itu adalah tanda sesuatu yang tidak baik.

Kadang-kala orang riak di media sosial kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu di dalam hubungan perkahwinana mereka, jadi mereka memeuat naik perkara positif di media sosial untuk rasa lebih baik bila dipuji.

Jelas sekali status anda di mana-mana social media ada agenda yang tertentu jika anda jenis individu sebegini.

Makna status di media sosial, bila ia melambangkan kebaikan dan satu yang sihat?

Status Anda Di Laman Media Sosial Dedahkan Rahsia Rumah Tangga Anda Tanpa Disedari!

 

Sebenarnya, kadang-kala memuat naik gambar anda dan pasangan sedang gembira adalah tidak salah. Lagipun, anda hanya mahu berkongsi kegembiraan tersebut.

Tidak ada apa yang salah dengan berkongsi gambar anda dan pasangan sedang berpacaran, asalkan anda tahu hadnya. Yang penting, niat anda bukanlah untuk riak, tapi kerana benar-benar rasa bersyukur dengan apa yang anda dapat bersama keluarga.

Dan sangat penting sebenarnya untuk kita lebih bersangka baik. Jika seseorang berkongsi tentang kebahagian mereka, kita harus gembira untuk mereka.

Dan sekiranya seseorang berkongsi sesuatu yang negatif, elakkan dari menyebarkan perkara negatif.

Hentikan kitaran negatif. Ini kerana kita mampu hentikannya.

Jika kita tidak ada perkara yang baik untuk diperkatakan atau dikongsikan, adalah lebih baik untuk kita mendiamkan diri daripada mengeluarkan sesuatu yang negatif.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Cara Media Sosial Boleh Merosakkan Perkahwinan Anda

Baca juga: 9 Sebab Mengapa Suami Merajuk & Tarik Muka Dengan Isteri, Ini Apa Isteri Perlu Buat

Baca juga: Umur 29 Tahun Miliki 7 Orang Anak, Ibu Muda Ini Tidak Serik Untuk Mengandung Lagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!