Masalah tumbesaran kanak-kanak boleh dirawat dengan terapi hormon pertumbuhan?

undefined

Ibu bapa perlu sedar masalah tumbesaran kanak-kanak berpunca oleh banyak faktor dan bukan faktor hormon saja. Terapi hormon pertumbuhan mungkin jalannya.

Masalah tumbesaran kanak-kanak

Tahukah anda ramai ibu bapa di Malaysia menghadapi masalah tumbesaran kanak-kanak?

Masalah tumbesaran kanak-kanak dapat dikenal pasti selepas kelahiran atau dikesan kemudian hari. Tanda-tanda masalah tumbesaran termasuk:

  • Berat badan kanak-kanak yang kurang dari sepatutnya 
  • Pertumbuhan yang minima, contoh: ketinggian yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun)
  • Tanda-tanda dan gejala lain yang perlu dikenalpasti oleh doktor selepas menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.

Kami di theAsianParent sungguh bertuah kerana Merck Malaysia telah menyumbangkan buku kanak-kanak “Ready, Set, Grow!” yang membincangkan masalah tumbesaran kanak-kanak semasa Baby Bash 2 yang berlangsung November lalu. 

Kami juga sempat menemuduga mereka yang terdiri dari doktor-doktor dan profesor dari Universiti Melaya untuk mengetahui bagaimana buku ini boleh membantu kanak-kanak dengan masalah tumbesaran kanak-kanak.

Mari ikuti apa kata pakar-pakar berikut.

masalah tumbesaran kanak-kanak

1. Apakah tujuan buku ini?

Buku ini bertujuan memberi pengetahuan kepada ibu bapa tentang pertumbuhan kanak-kanak dan menjelaskan faktor-faktor yang membantu kanak-kanak berkembang secara optimum.

Ibu bapa perlu ambil tahu tentang pertumbuhan anak mereka dan tidak hanya bergantung kepada doktor.

Buku ini, tidak ditulis untuk menunjukkan masalah tumbesaran kanak-kanak sebagai satu kekurangan. Ia ditulis untuk memberi pemahaman yang lebih komprehensif tentang corak pertumbuhan kanak-kanak dan faktor-faktor seperti nutrisi, tabiat tidur, suasana yang baik, aktiviti fizikal dan gaya hidup yang sihat.

Buku ini juga mengajar ibu bapa masalah tumbesaran boleh disebabkan oleh masalah hormon dan bila masa terbaik untuk berjumpa dengan doktor. Masalah kekurangan hormon pertumbuhan boleh dirawat jika dikesan dari awal dan sebelum kanak-kanak itu baligh kerana terapi hormon pertumbuhan tidak akan memberi apa-apa kesan apabila pertumbuhan tulang kanak-kanak itu sudah berhenti.

Buku “Ready, Set, Grow!” menjelaskan semua ini dalam bahasa yang sangat mudah dan senang difahami olen ibu bapa dan kanak-kanak.

2. Apakah yang mendorong penciptaan buku ini?

Buku ini supaya ibu bapa tahu cara mengukur pertumbuhan anak-anak mereka. Melalui buku ini, ibu bapa dapat memahami konsep masalah tumbesaran kanak-kanak dengan lebih baik, dan berkongsi maklumat melalui media sosial dengan ibu bapa yang lain.

3. Boleh terang lebih lanjut tentang terapi hormon pertumbuhan?

Terapi hormon pertumbuhan diberikan kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda masalah tumbesaran. Cara rawatan ini menggunakan hormon sintetik dan hormon ini diberi kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap hormon yang tetap dan optimum supaya pertumbuhan mereka boleh kembali normal.

Suntikan hormon mesti diberikan setiap hari sehingga kanak-kanak itu baligh. Ini adalah cara rawatan yang paling berkesan setakat ini merawat masalah tumbesaran kanak-kanak.

Jangan terpedaya dengan produk makanan tambahan dan penyembur yang mendakwa boleh meningkatkan pertumbuhan anak. Selalu rujuk doktor jika anak ada masalah tumbesaran.

masalah tumbesaran kanak-kanak

4. Apakah kesan masalah ini kepada kesihatan mental kanak-kanak?

Dalam kes kekurangan hormon pertumbuhan yang teruk, ada kemungkinan perkembangan mental kanak-kanak itu akan terjejas akibat kekurangan bekalan gula ke otak. Kita tidak boleh menentukan sama ada IQ kanak-kanak itu akan terjejas akibat kekurangan hormon pertumbuhan.

Tetapi dalam kes tertentu, kanak-kanak didapati mempunyai masalah pemahaman dan kognisi yang kurang baik.

5. Mengapa buku ini sangat penting untuk ibu bapa dan kanak-kanak?

Kami ingin menghapuskan mitos yang sering dikaitkan dengan pertumbuhan kanak-kanak. Orang ramai biasanya akan memberi alasan dan berpendapat anak boleh mengejar kemajuan kanak-kanak lain satu hari nanti, biarpun lambat. Dengan buku ini, ibu bapa akan lebih berpengetahuan.

Ibu bapa perlu sedar pertumbuhan kanak-kanak adalah proses yang sangat kompleks. Terdapat banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada perkembangan dan tumbesaran anak. 

Interaksi sosial, pemakanan, serta faktor fisiologi lain semuanya menyumbang kepada proses keseluruhan pertumbuhan mental dan fizikal anak itu.

Jika anak anda masih tidak membesar secara normal walaupun ibu bapa telah mencuba segala-galanya, ia mungkin masalah hormon di mana terapi hormon pertumbuhan boleh membantu.

6. Apakah inspirasi untuk buku ini?

Dari ibu bapa dan doktor lain. Kebelakangan ini, kes masalah tumbesaran kanak-kanak semakin meningkat. Setiap bulan saya akan menerima kes baru di mana ibu bapa akan membawa anak dengan masalah pertumbuhan yang terbantut atau masalah tumbesaran kanak-kanak yang lain. 

Kebanyakkan doktor hanya akan mengambil kira berat badan kanak-kanak itu tanpa mengukur ketinggian mereka. (Tetapi pengukuran ketinggian juga sangat penting terutamanya jika ingin mengesan masalah ini dari awal lagi.)

Saya baru tahu semasa menghadiri persidangan perubatan baru-baru ini hanya 30% doktor akan mengambil kira ketinggian dan berat badan seorang kanak-kanak. 

Tapi apabila ibu bapa ada pengetahuan tentang masalah ini, mereka bolehlah membuat pertanyaan yang betul apabila berjumpa doktor atau mengesan tanda-tanda awal.

masalah tumbesaran kanak-kanak

7. Nasihat untuk ibu bapa yang kurang pasti dengan terapi hormon pertumbuhan?

Dapatkan nasihat yang tepat dari pihak yang berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mencuba terapi hormon pertumbuhan. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi, dapatkan nasihat dari pakar lain.

Individu paling sesuai untuk dibawa berbincang tentang kanak-kanak dengan gangguan hormon adalah ahli pediatrik endokrinologi. Mereka adalah pakar khas dan boleh memberi jawapan yang paling tepat tentang pertumbuhan anak anda.

Jika kanak-kanak itu pendek akibat kekurangan berat badan, ini boleh disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang atau berkhasiat. Doktor anda akan berunding dengan pakar pemakanan untuk memberi pelan makanan yang betul.

Sekiranya pemakanan kanak-kanak itu tidak mendatangkan perubahan, maka ujian dan siasatan lain akan dilakukan.

Apabila ibu bapa mempunyai pengetahuan tentang keadaan anak mereka, ini akan membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik buat anak mereka.

masalah tumbesaran kanak-kanak

Itulah kata-kata Profesor Madya Dr. Muhammad Yazid, Ketua Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Merck

Merck adalah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains kehidupan dan bahan-bahan berprestasi.

Syarikat dengan anggaran 50,000 pekerja ini bermatlamat untuk membangunkan teknologi yang boleh memperbaiki dan meningkatkan kehidupan seperti terapi biopharmaceutical untuk merawat kanser atau sklerosis berganda, sistem canggih untuk penyelidikan dan penghasilan bahan saintifik, serta kristal toliquid untuk telefon pintar dan televisyen LCD.

Merck adalah syarikat  farmaseutikal dan kimia tertua di dunia dan akan merayakan ulang tahun mereka yang ke-350 pada 2018.

 

 

Sumber: www.merckgroup.com.myMyHealth 

Baca juga:

Anak Speech Delay Bukan Berpunca Dari Masalah Autisme, Ini Info Penting Anda Patut Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!