Budak Lelaki 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Parents Sila Alert Keselamatan Anak!
Parents, sila ambil langkah berhati-hati jika anda bercuti ke hotel kerana ada banyak bahaya yang boleh jadi.
Apabila membawa anak kecil pergi bercuti atau keluar membeli belah di shopping mall, ibu bapa harus berhati-hati kerana banyak kejadian buruk yang boleh berlaku pada anak. Misalnya baru-baru ini, insiden maut jatuh hotel yang berlaku pada jam 5 petang.
Kanak-kanak lelaki itu telah datang bersama keluarganya untuk bercuti, namun mangsa maut jatuh hotel dari tingkat sembilan di Iskandar Puteri. Insiden ini memang sangat memilukan dan mengejutkan seluruh ahli keluarga mereka kerana percutian yang menggembirakan bertukar ngeri.
Mangsa yang berasal dari Bahrain itu baru berumur lima tahun dikatakan cuba menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh di kawasan taman permainan di tingkat tiga hotel.
Kanak-kanak lelaki maut jatuh hotel
Menurut sumber yang menyaksikan kejadian, insiden buruk itu berlaku selepas satu jam keluarga mangsa check in di hotel berkenaan. Malah ketika kejadian, ibu dan adik lelaki mangsa yang berumur tiga tahun ada di dalam bilik hotel sementara ayahnya turun ke bawah membeli barang.
Difahamkan, ada sebuah sofa terletak di tepi tingkap hotel tersebut dan kanak-kanak itu dipercayai telah memanjat sofa sebelum membuka tingkap untuk melihat ke bawah.
Secara kebetulan pula, ayah mangsa menelefon isterinya untuk menanyakan barang yang perlu dibeli, tapi isterinya menangis lalu memberitahu kejadian yang menimpa mereka sekeluarga itu. Lantas bapa mangsa bergegas pulang ke hotel.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistant Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan berhubungan kejadian tersebut.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tips untuk mengelak anak terjatuh dari banggunan tinggi
Tips ini boleh diguna pakai jika anda menetap di rumah kondominium, apartment, flat dan sebagainya malah ia juga boleh dipraktiskan semasa tidur di hotel.
#1. Pasang jeriji tingkap atau sliding door
Sekiranya anak tinggal di apartment atau kondominium, pasang jeriji tingkap dan slinding door bagi mengelak anak bermain di luar atau mencuba sebarang aksi superman.
#2. Pastikan semua pintu berkunci
Jika anda memasang slinding door maka anda harus memastikan ia sentiasa berkunci dan tidak membiarkan anak bermain di luar tanpa pengawasan dari orang dewasa.
#3. Elakkan meletak sebarang objek di balkoni
Jangan meletak kerusi, bangku, meja atau apa saja objek yang memudahkan anak untuk panjat tingkap atau balkoni kerana ia berisiko untuk mereka terjatuh lalu meninggal dunia.
#4. Pasang pagar
Pemasangan pagar juga dapat membantu si kecil dari terjatuh ke tingkat bawah. Di mana ia boleh dipasang di bahagian balkoni supaya mengelak si kecil keluar tanpa pengawasan ibu bapa.
#5. Guna gajet keselamatan
Kini ada banyak gajet keselamatan yang boleh digunakan untuk childproof anak ketika di rumah bagi mengelak anak terjatuh ke tingkat bawah dan menyebabkan kematian.
Semoga keluarga mangsa sabar menerima ujian berat ini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Sumber:World off buzz
Baca juga: