X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

NGERI: Rambut gadis kecil ini tersangkut di eskalator pusat beli-belah!

1 Jan, 2018
NGERI: Rambut gadis kecil ini tersangkut di eskalator pusat beli-belah!

Rambut seorang gadis kecil telah tersangkut dalam kemalangan eskalator di sebuah pusat membeli-belah. Video kejadian menunjukkan gadis itu meraung kesakitan ...

Berita kemalangan eskalator sering menggemparkan kita. Ia buat kita sedar tentang betapa pentingnya langkah keselamatan ketika di eskalator.

Baru-baru ini, sebuah kemalangan eskalator yang menyedihkan berlaku melibatkan seorang gadis kecil. Gadis itu terperangkap selepas rambut dan tangannya "ditelan" jurang di antara tangga eskalator yang dinaikinya.

Rambut tersangkut dalam kemalangan eskalator 

Kejadian ini berlaku di bandar Davao, Philippines apabila mainan gadis kecil itu terjatuh. Gadis itu menundukkan kepalanya untuk mengutip mainan yang terjatuh dan rambut panjangnya yang teurai telah tersangkut di jurang antara tangga eskalator.

Tangga itu telah menarik badan kecilnya hingga ke penghujung eskalator yang bergigi.

Tangannya turut "ditelan" sebelum orang ramai bergegas untuk menekan butang keselamatan bagi memberhentikan eskalator.

Vannessa Baguiom yang telah menangkap dan memuat naik video di atas ini telah berkata:

"Gadis kecil itu menjerit kesakitan kerana sebahagian daripada lengannya turut ditelan eskalator sehingga mencengkam kulit dan ototnya. Ia amat menyedihkan kerana tiada orang dapat memberi bantuan dengan segera."

Rakaman menunjukkan seorang gadis yang menangis kesakitan dan ayahnya cuba menenangkannya.

Kakitangan pusat beli-belah itu bergegas ke tempat kejadian dengan sepasang gunting untuk memotong rambut yang terperangkap dan membebaskan kepala gadis malang tersebut.

Pegawai operasi Jean Canetan juga tiba di tempat kejadian untuk membuka bahagian bawah eskalator dan melepaskan lengannya.

Jurucakap pusat membeli-belah berkata, "Gadis itu kini selamat. Itulah perkara yang paling penting, dan kami sedang berurusan dengan keluarga terbabit. "

Ingat langkah-langkah keselamatan ini untuk mengelak kemalangan eskalator:

1. Check anak sebelum naik eskalator

kemalangan eskalator Pastikan tiada sebarang tali terurai dan berisiko untuk tersangkut dan menyebabkan kemalangan eskalator.

Pastikan pakaian anak tiada tali yang longgar, terurai atau tergantung. Contohnya reben gaun, tali kasut dan barang lain yang boleh tersangkut. Jika ada yang terurai, ikat semula sebelum naik eskalator.

2. Selalu pegang tangan anak

Suruh anak pandang depan apabila menaik eskalator dan jangan biar mereka sentuh tepi eskalator dengan tangan dan kasut mereka.

3. Jangan main ketika naik eskalator

Berdiri di tengah-tengah dan jangan biar anak duduk atau bermain di tangga eskalator.

4. Guna lif jika anda bawa stroller

Dari 13,000 laporan kemalangan eskalator yang melibatkan kanak-kanak, sebanyak 723 darinya adalah kemalangan kanak-kanak dengan stroller.

Dalam beberapa kes terbabit, kanak-kanak itu telah terjatuh dari stroller, atau stroller itu telah terjatuh dan bergolek turun eskalator. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, jadi pastikan ibu bapa menggunakan lif ketika membawa stroller.

5. Angkat kanak-kanak kecil

Kanak-kanak kecil mungkin belum pandai untuk melangkah dari eskalator. Kadang-kadang apabila anak lompat di penghujung eskalator yang bergigi, mereka boleh terjatuh atau salah timing.

Oleh itu, angkatkan anak anda di penghujung eskalator jika mereka masih sangat kecil.

6. Elak dari pakai kasut getah lembut yang berlubang

kemalangan eskalator Kasut getah yang lembut boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Sumber gambar: Daily Mail

Sudah beberapa laporan kemalangan yang melibatkan kasut getah lain dan kasut Crocs. Geseran kasut pada tepi eskalator boleh menyebabkan kaki anak tersekat.

7. Perhatikan orang lain yang naik eskalator 

Anda mungkin sibuk dengan anak dan tidak nampak orang lain yang mungkin sedang bergegas ke tempat berkerja.

Kanak-kanak kecil berisiko untuk ditolak, jadi pastikan ibu bapa tinggalkan beberapa tangga yang kosong sebelum naik eskalator bersama anak.

8. Pantau anak anda

Jangan biarkan anak bermain berdekatan eskalator. Pantau anak anda. Biarpun semasa menaiki eskalator, anak mungkin terasa nak duduk, berpaling ke belakang atau menunduk untuk mengutip sesuatu.

Sentiasa ikut langkah-langkah keselamatan ketika menaiki eskalator.

 

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

 

 

 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • NGERI: Rambut gadis kecil ini tersangkut di eskalator pusat beli-belah!
Kongsikan:
  • 10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

    10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

  • Kerana ibu ayah sibuk selfie, bayi 10 bulan maut jatuh dari eskalator!

    Kerana ibu ayah sibuk selfie, bayi 10 bulan maut jatuh dari eskalator!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

    10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

  • Kerana ibu ayah sibuk selfie, bayi 10 bulan maut jatuh dari eskalator!

    Kerana ibu ayah sibuk selfie, bayi 10 bulan maut jatuh dari eskalator!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.