Maybank Menawarkan Cuti Bersalin Sehingga Satu Tahun

undefined

Maybank kini menawarkan cuti bersalin sehingga satu tahun kepada pekerja wanita mereka yang layak.

Maybank telah menjadi majikan pertama tahun ini untuk menawarkan cuti bersalin sehingga satu tahun kepada pekerja wanita mereka yang layak.

Cuti Bersalin di Malaysia

Di bawah Akta Pekerjaan 1955, semua pekerja wanita yang telah bekerja untuk 90 hari dalam tempoh 4 bulan sebelum memulakan cuti bersalin, berhak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 60 hari berturut-turut cuti dengan gaji penuh.

cuti bersalin di malaysia

Tetapi adakah tempoh cuti ini memadai? Ramai ibu bersetuju tempoh ini tidak mencukupi, terutamanya ibu yang tidak mempunyai pembantu rumah. Sebenarnya, masa rehat untuk mereka memang tiada langsung, sebaik sahaja anak dilahirkan.

Ada pula ibu-ibu yang kembali bekerja, terpaksa menghantar bayi yang  umurnya baru dua bulan ke taska. Kesian juga melihat bayi sekecil itu yang masih lembik, dalam jagaan orang lain.

Kebelakangan ini, kita seringkali mendengar berita kejadian yang tidak diingini berlaku di taska. Kalau cuti bersalin dapat dipanjangkan mungkin anak sudah lebih stabil untuk diserahkan kepada taska. Inilah risiko yang perlu diambil ibu yang kembali bekerja.

Pretasi ibu apabila kembali bekerja, mungkin boleh terjejas kerana pagi mereka turun kerja, malam pula kena berjaga untuk menyusukan anak.

Polisi Baru Maybank

polisi baru

sumber gambar: Tesco

“Penambahbaikan kepada polisi dasar cuti bersalin selama 90 hari yang sedia ada, merupakan satu lagi langkah komitmen kami untuk merangkumi semua pekerja kami,” kata Nora Manaf, Ketua Pegawai Manusia (Chief Human Capital Officer) untuk Maybank.

Sebelum ini, semua pekerja wanita Maybank layak untuk mendapatkan 90 hari, dengan gaji penuh. Tetapi dengan adanya polisi baru Maybank ini, pekerja wanita yang layak, kini boleh memohon:

  • cuti tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji
  • dan cuti enam bulan tanpa gaji
cuti beranak

Kredit foto: shutterstock

Tahniah Maybank! Walaupun polisi ini hanya tertakluk kepada pekerja wanita Maybank, ini adalah satu langkah yang baik yang patut dicontohi majikan lain.

Sumber: Astro Awani, The Star

Baca juga:

Wah, CIMB Tawar Cuti Bersalin 6 Bulan Bergaji Pada Kakitangan, Seronoknya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!