Benarkah Bahagia Mencintai Suami Orang? 9 Perkara Ini Perlu Anda Sedar Sebelum Terlambat!
Mencintai suami orang lain bukanlah kesilapan kecil kerana mampu meruntuhkan rumah tangga seseorang. Bahagiakah anda menjadi orang ketiga dalam perhubungan?
Apabila menyentuh soal hati dan perasaan, ia adalah sesuatu yang sukar diluahkan sekiranya anda tidak mengalaminya sendiri. Namun bagaimana pula ditakdirkan anda mencintai suami orang lain tanpa sengaja?
Mungkin pada awal bibit percintaan ini segalanya akan kelihatan indah. Lelaki yang sudah bergelar suami akan menunjukkan sikap penyayang, romantik dan malah mampu membelanjakan lebih untuk keperluan anda!
Wanita mencintai suami orang lain
Sebagai wanita, selain mahukan pasangan hidup, anda juga pasti mengharapkan kebahagian dari seorang lelaki. Sebenarnya hal yang paling buruk sekali bakal alami adalah rasa sakit hati kerana si dia sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.
Antara 9 perkara yang pasti akan berlaku sekiranya anda tetap memilih untuk bertahan dengan mencintai suami orang lain ialah:
#1. Anda bukan keutamaannya
Berkenalan secara sulit menyebabkan anda cenderung untuk menjalin hubungan secara diam-diam.
Pada peringkat awal, si dia mungkin akan meletakkan usaha mencuri hati anda, namun selepas berjaya memiliki dia akan berubah kerana perlu memikirkan pelbagai cara agar isterinya tidak akan tahu.
Bukan itu sahaja, kemungkinan besar anda tidak akan menjadi keutamaan dalam hidupnya. Dia akan menghubungi anda ketika waktu bekerja kerana isteri tidak bersamanya.
#2. Perasaan cinta hanya untuk kekasih halal
Dia mungkin mengaku bahawa anda adalah orang yang dia sayangi. Namun, keadaan akan menjadi rumit sekiranya teman lelaki anda sudah mempunyai anak bersama pasangan halalnya.
Pada hakikatnya, dia tetap memiliki perasaan cinta terhadap wanita yang sudah mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat dan anda hanyalah ‘mainan’ ketika diri dilanda kesunyian semata-mata.
Meskipun isterinya tidak begitu cantik, siapa tahu dia pandai menjaga hal rumah tangga dan anak-anak?
#3. Perlu menunggu entah sampai bila
Sudah berapa lama anda menjadi orang ketiga dalam hubungan suami isteri? Lebih dari satu tahun? Mungkin perlu fikirkan jalan masa hadapan pula sekiranya si dia masih sama tanpa sebarang tindakan untuk menikahi anda atau tetap bersama isterinya.
Tidak ada sesiapa pun yang mahu melalui hubungan tanpa kepastian. Walaupun teman lelaki anda sering memberikan layanan istimewa dan penuh romantik, bila-bila masa sahaja berpotensi meninggalkan anda.
Lebih-lebih lagi apabila terjadinya ”perang dunia” bersama isteri sehingga melibatkan ahli keluarga.
#4. Sanggup menggadaikan maruah
Sedarkah bahawa jika dia sudah menyentuh tubuh badan anda, ia bermakna telah kehilangan harga dan maruah diri sendiri. Pujuk rayu dari seorang lelaki sememangnya mampu membuatkan setiap wanita cair. Namun, ini secara tidak sengaja akan merosakkan rumah tangga orang lain.
Kebolehan memuaskan nafsunya ketika di ranjang tidak bermakna si dia sudah meletakkan anda di dalam hatinya. Anda mungkin hanya ‘diguna’ apabila perlu sahaja.
#5. Tiada masa untuk selalu bersama
Tidak seperti memiliki pasangan yang masih bujang, mencintai suami orang membuatkan anda akan memiliki banyak masa untuk dihabiskan di rumah sementara menunggu detik pertemuan secara sembunyi nanti. Setiap kali hujung minggu atau cuti panjang, pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga.
Meskipun jauh di dalam hati anda ingin bersama dengannya seperti pasangan lain, ia mungkin tidak menjadi kenyataan kerana hubungan secara diam ini perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
#6. Akan dijauhi oleh rakan-rakan
Keluarga dan rakan mungkin tidak mahu menerima status orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin akan kehilangan kepercayaan dari orang sekeliling yang menganggap diri anda turut akan merampas pasangan hidup mereka juga.
Justeru, anda perlu kekal hidup dalam kepura-puraan dan tidak berani untuk menunjukkan gambar teman lelaki apabila ditanya oleh ahli keluarga kerana si dia adalah suami orang!
#7. Janji manis ibarat tin kosong
Ketika ingin memujuk anda, si dia akan berusaha bermain kata dan menaburkan pelbagai janji manis supaya anda tidak moody atau sedih lagi.
Antara janji terbesarnya ialah akan segera meninggalkan isteri dan anak-anaknya demi mengahwini anda seorang. Hakikatnya ia tidak semudah yang disangkakan kerana amat mustahil untuk meruntuhkan rumah tangga sudah bertahun terbina.
Selain membuat banyak janji palsu, dia juga akan menjadi memanipulasikan keadaan sehingga anda ingin tetap berada di sisinya sebagai teman wanita.
#8. Hidup dilanda serba salah
Siapa sahaja akan hidup tenang ketika menumpang kasih sayang dari suami orang? Anda mungkin terpaksa memikirkan sepanjang masa perancangan untuk hubungan cinta ini agar tidak diketahui orang lain.
Namun lama-kelamaan ia boleh menyebabkan keadaan mental anda terganggu.
Hal ini kerana anda berada dalam dilema untuk meneruskan ataupun melepaskan lelaki kesayangan demi membolehkan keadaan kembali baik seperti sebelum ini.
#9. Setiap hari perlu bersedia untuk sebuah kehilangan
Sekiranya hubungan cinta tiga segi diketahui oleh orang lain, ia diibaratkan seperti sebuah malapetaka kerana andalah yang akan menjadi punca utama kekacauan berlaku. Pada waktu ini, si dia akan diberikan pilihan untuk memilih sama ada teman wanita ataupun isterinya.
Bagi mengelakkan masalah dengan orang tua, si dia mungkin akan memilih isteri dan anak-anak. Anda pula akan ditinggalkan sendirian tanpa sepatah kata.
Sumber: Suara.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung? Apa Salah Kita?