X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Yang Ketagih Tengok Video Lucah Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga- Kajian

4 min bacaan
Suami Yang Ketagih Tengok Video Lucah Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga- Kajian

Tahukah anda tabiat selalu tengok video lucah sebenarnya tidak sihat? Kajian ini membuktikan bagaimana video lucah boleh meruntuhkan rumah tangga anda.

Pasangan suka tengok video lucah boleh membawa padah

Biasanya, lebih ramai isteri yang bimbang suami mereka suka tengok video lucah berbanding si suami. Ini kerana kajian memang membuktikan lelaki lebih banyak menonton video lucah berbanding wanita!

Tapi tahukah anda yang kerisauan si isteri ini sebenarnya bersebab? Kajian baru-baru ini telah membuktikan apa kaitan antara habit suka tengok video lucah dan kes penceraian yang meningkat.

Kajian tersebut mendapati habit suka tengok video lucah boleh menjejaskan hubungan suami isteri secara negatif kerana filem lucah atau pornografi tersebut memberi satu “jangkaan yang tak realistik“.

suami suka tengok video lucah

Maksudnya di sini, dari tabiat suka menonton video lucah itu, pasangan boleh mengharapkan sesuatu yang “tiada real” seperti badan wanita yang seksi dan aksi seksual yang luar biasa dari pasangan mereka yang sebenar.

Akibatnya: terjadilah masalah cemburu dan tertekan pada si isteri. Paling buruk pernah berlaku, perkahwinan boleh musnah!

Bagaimana tabiat suka tengok video lucah boleh meruntuhkan rumah tangga?

Menurut kajian dari American Sociological Association itu, pasangan berkahwin yang suka tengok video “blue” @ lucah didapati akan 2 KALI GANDA bercerai berbanding pasangan yang tidak menonton.

Kajian ini dilakukan dengan mengambil kira perkahwinan hampir 2,000 pasangan dalam 3 tempoh yang berbeza. 

Semua pasangan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mempunyai tabiat menonton video blue, manakala satu kumpulan lagi tidak. 

Selepas kajian lanjut dijalankan, individu yang mempunyai tabiat suka menonton video lucah 11% akan bercerai selepas kajian tamat manakala hanya 6% pasangan yang tidak menonton video lucah akan bercerai.

suami suka tengok video lucah

Tabiat suka menonton video blue beri kesan pada kesihatan mental wanita

Ketua kajian itu, seorang profesor sosiologi di University of Oklahama membuat kesimpulan, video lucah lebih memberi kesan buruk pada wanita berbanding lelaki. 

Wanita terkesan dek tabiat ini kerana mereka akan merasa tidak yakin dengan diri sendiri, malah didorong oleh rasa cemburu dan rasa tidak dihargai oleh pasangan.

Kesimpulan itu tidak aneh kerana kajian sebelum ini pun telah membuktikan bagaimana lelaki yang suka melihat video lucah tidak bahagia dalam perkahwinannya. 

Apabila seorang suami yang dalam perkahwinan tidak bahagia menonton video lucah, ini membawa kepada perkahwinan yang lebih tidak bahagia. 

Tabiat suka melihat video lucah ada kebaikannya juga

suami suka tengok video lucah

Untuk sesetengah pasangan, video lucah memberi kesan positif dalam hubungan mereka.

Ini kerana ramai suami isteri belajar tentang keinginan seksual dan kegemaran mereka melalui tontonan video blue. Video ini juga membantu mereka lebih terbuka untuk bercakap tentang keintiman yang mereka bina.

Ada isteri membenarkan suami mereka menonton video lucah sekali sekala untuk mengurangkan tekanan yang mereka rasa. 

Bukan itu sahaja, menurut kajian oleh pakar psikologi melalui “The Journal Sexual Health Reports”, filem pornografi sedikit sebanyak dapat membantu pasangan suami isteri yang baru bernikah untuk belajar melalui setiap aksi yang ditunjukkan dalam  filem tersebut. 

Selain memberikan manfaat untuk hal yang praktikal, filem lucah turut dipercayai akan meningkatkan kadar kesedaran pasangan pada seksualiti, kualiti hidup, tingkah laku seksual dan hubungan seks untuk jangkamasa panjang.

Jelas sekali perbuatan ini mempunyai kesannya yang tersendiri. Ada yang buruk dan mungkin juga ada yang baik. 

Apa yang paling penting adalah membentuk tabiat yang sihat. Jika anda/pasangan mempunyai tabiat suka menonton video lucah yang tidak sihat (seperti selalu sangat tengok video ini), maka pastinya perkahwinan kalian tidak akan bahagia.

Dapatkan keizinan pasangan jika anda tidak mahu tabiat ini mendatangkan kesan buruk di kemudian hari. 

Jika anda berasa tidak selesa dengan tabiat buruk ini pada suami, cuba luahkan padanya dengan jujur. Moga dia akan faham mengapa perbuatan ini boleh mendatangkan rasa insecure dalam diri anda.

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?

 

 

Artikel disumbang oleh theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Patti Knows

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comseks-ganas-dengan-pasangan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Yang Ketagih Tengok Video Lucah Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga- Kajian
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham