PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!
Alamak, orang lain semua mengidam makanan, lain pula dengan wanita ini yang mengidam nak masuk bilik mayat!
Memang menjadi satu kelaziman bagi wanita hamil mengidam sesuatu semasa tempoh sembilan bulan mengandung dan ia tidak perlu dirisaukan oleh orang yang berada di sekelilingnya terutama suami.
Setiap wanita hamil juga akan mengalami mengidam yang berbeza- beza dan rata-ratanya berkaitan dengan makanan. Contohnya mengidam nak makan cendol, teringin nak makan nasi ayam, teringin nak makan ayam panggang dan sebagainya.
Mengidam nak masuk dan cium bilik mayat
Namu berbeza pula dengan seorang wanita hamil ini apabila dia dikatakan mengidam nak masuk dan cium bilik mayat. Wah, biar betul! beraninya dia?
Menurut wanita terbabit, Ain Nabilah Aun 20, keinginan itu mula timbul selepas membaca sebuah artikel mengenai bilik mayat dalam beberapa hari yang lalu. Ini posting yang ditulis dalam Twitter.
“Aku ngandung ni kan, ngidam nak masuk bilik mayat nak tengok je”
Rata-rata pengikut Twitter tidak bersetuju dengan cara mengidamnya itu dan tak kurang juga yang mengecam.
Menurut Ain, dia merupakan seorang yang penakut tapi sejak mengadung empat bulan, tiba-tiba timbul perasaan berani. Malah keinginannya itu telah diberitahu pada sumai, Mohd Firdaus Mohd Fazli. Suaminya hanya berkata, kalau nak masuk, dia perlu masuk seorang sahaja.
Malah Ain tahu, suaminya memang tidak akan ikut dan hanya menunggu dari luar sebab dia pun tak berani.
Selepas tidak mendapat sokongan daripada suami, Ain memberitahu pula kepada mak mertuanya yang bersetuju dengan kehendaknya itu kerana bimbang jika cucunya kempunan apabila dilahirkan kelak.
Dia menambah, sebelum ini dia hanya mengidam makanan sahaja dan tidak pernah meminta benda yang pelik daripada suaminya yang berumur 21 tahun itu.
Melawat rumah mayat
Menurut perkongsiannya lagi dengan Mstar, sepatutnya dia pergi melawat rumah mayat di Hosital Klang dengan mak mertua. Apatah lagi, dia teringin sangat nak bau atau hidu bilik mayat dan tengok keadaan disekelilingnya.
Namun, niat itu terpaksa ditangguhkan apabila membaca komen netizen di Twitter dan mula timbul rasa risau.
Baginya, dia mungkin perlu bertanyakan kepada ustaz atau ahli agama mengenai keinginannya itu terlebih dahulu kerana bimbang jika ada perkara lain yang berlaku kepada bayi yang dikandungkan selepas lahir nanti.
Bahkan, dia sendiri ada terbaca komen dan pengalaman orang lain tentang bayi terkena sawan mayat, terkenan atau bayi terkejut selepas bersalin. Jadi niat itu dipendamkan saja terlebih dahulu sebelum perkara tak diingini berlaku.
Posting yang dimuat naik itu mendapat lebih 1000 ulang kicau dengan pelbagai komen dan nasihat.
Maka dirinya mengambil itu sebagai nasihat yang positif demi bayi yang dikandungkan. Malah, dia berharap mengidam yang pelik itu akan hilang pada hari-hari keesokannya.
Mengenal 10 tanda gangguan
#1. Wanita yang sukar hamil sedangkan pihak hospital mengesahkan mereka tiada masalah termasuk suaminya juga sihat.
#2. Wanita yang sering keguguran tanpa sebab yang munasabah.
#3. Ibu yang sentiasa mengalami gejala gangguan jin semasa mengandung seperti sakit ganjil, perangai yang aneh atau mengidam sesuatu yang aneh seperti najis, benda yang tiada, makan daun pokok dan sebagainya.
#4. Badan panas dan gerakan bayi terlalu lemah. Ibu juga sering mengalami mimpi pelik.
#5. Mengalami gangguan jin sejak lahir atau sejak kecil.
#6. Tapak tangan selalu terasa panas walaupun tak demam. Contohnya kalau tekap tapak tangan ke atas kulit, ia terasa panas membahang. Kadang-kadang itu disebabkan ilmu jin.
#7. Selalu pening atau sakit kepala tanpa sebab munasabah. Kadang-kadang ia juga datang tak menentu masa.
#8. Kadang-kadang peningnya datang bersama perangai buruk seperti panas baran, malas dan sebagainya.
#9. Anda selalu rasa diekori, didampingi atau dijaga oleh makluk yang tidak kelihatan dan anda tak rasa takut.
#10. Anda dilihat berada lebih dari satu tempat dalam satu masa contohnya anda di pejabat tapi dalam masa yang sama terlihat di rumah oleh anak yang lain. Seram!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Cempedak Cheese
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: