X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Ayat Yang Anda TAK PATUT Cakap Pada Mak Mertua Anda!

4 min bacaan
10 Ayat Yang Anda TAK PATUT Cakap Pada Mak Mertua Anda!

Mak mertua kan mak anda juga? Jadi, anda tak patut sebut 10 perkara ini depan mereka ya. Jagalah hati orang tua tersebut untuk kesenangan anda bersama.

Mak mertua sama seperti mak kandung sendiri

Mak mertua — Perkahwinan bukan saja menggabungkan dua hati, malah juga menggabungkan dua keluarga.

Anda dan pasangan telah berikrar untuk berbakti antara satu sama lain demi menjayakan perkahwinan kalian.

Jadi, mengapa tidak menjaga hati kedua-dua belah keluarga juga? Apa pun, keluarga tersebut masing-masing telah menjadi sebahagian daripada keluarga anda.

Mungkin ramai yang agak kurang selesa dengan mak mertua sebab perselisihan faham atau sebagainya.

Biasalah, wanita... seorang ibu pula itu! 

Semua ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya, betul tak?

Maka, kami telah mengumpul 10 ayat yang tak patut anda sebut pada mak mertua anda, seperti di bawah.

Jom semak!

1. "Saya tak minta pun pendapat, ibu!"

Biasalah itu... kadang-kadang mak mertua seperti sibuk ingin mengetahui dan menyelesaikan masalah anda. 

Tapi, lagi bagus kalau anda anggap niatnya hanya untuk membantu. Tak adalah stress sangat fikir. Cakap terima kasih di atas pendapatnya.

Jangan cakap anda tak minta pendapat dia pula, kecik hati orang tua itu!

Lagipun, anda yang nak selesaikan masalah yang melanda - pilihan semua di tangan anda.

mak mertua

2. "La... kenapa mak undi dia tu! Salah lah."

Politik dan isu agama adalah 2 topik yang hanya akan bawa drama berlebihan dalam keluarga.

Jadi langkah terbaik adalah - jangan bincang atau komen tentang isu ini dengan mak mertua anda. 

Kalau anda nak juga berbincang, ingat satu perkara: tiada siapa akan menang dalam pergaduhan yang bakal meletus nanti.

Jangan kata kami tak warning anda, ya? 

Lebih baik tukar topik, atau bincang biasa-biasa saja dengan mak mertua anda tentang 2 topik panas ini.

3. "Apa kata mak ajar anak mak itu..."

Salahkan mak mertua atas perbuatan suami anda bukanlah satu perbuatan yang bijak. 

Suami anda sudah dewasa dan anda sendiri yang nak kahwin dengan dia, kan? Jadi kenapa nak salahkan mak mertua pula?

Peraturan penting: Jangan libatkan mak mertua atau keluarga dalam masalah rumah tangga anda. 

Anda pun pasti boleh agak dia akan sokong siapa kalau anda cerita semua masalah...

 

mak mertua

4. "Sibuklah mak. Tak sempat nak jumpa!"

Apabila mak mertua terlalu menyayangi menantunya, setiap masa saja asyik ajak jumpa kan! Tapi anda tak payahlah beri alasan sibuk sangat nak jumpa mereka.

Stories Rakan Kongsi
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya

Cuba tetapkan hari tertentu untuk jumpa keluarga mertua atau tolak ajakan mereka dengan lembut.

5. "Hari raya tahun lepas dengan keluarga saya paling seronok..."

Jangan pernah membandingkan antara keluarga anda dan keluarga mertua. Contohnya macam ayat ini.

Ini menampakkan anda sengaja mengaku masa dengan keluarga anda "lebih seronok" daripada masa dengan keluarga mertua. 

Nanti tersinggunglah mereka!

6. "Ibu boleh tak cakap dengan anak ibu untuk saya?"

Ayat ini sama macam ayat nombor 3 - benda yang anda TAK PATUT sebut!

Ibu mertua anda tak bertanggungjawab atas masalah yang kalian (anda dan pasangan) hadapi. Jadi, jangan minta mereka jadi orang tengah.

Lebih elok jika anda merendah diri, cuba cerita masalah dan minta pandangan atau nasihat mereka saja.

mak mertua

7. "Rasanya lebih baik anak ibu yang sampaikan pasal berita itu."

Jangan hadkan hubungan antara anda dan mak mertua. Apa pun, dia tetap mak anda juga kan?

Jadi, jangan guna alasan anak dia (pasangan anda) saja yang layak sampaikan apa-apa berita penting padanya. 

Satu lagi - jangan panggil "anak ibu". Anak itu ada nama yang telah diberi namanya. Sebut nama pasangan anda. 

8. "Saya takkan bagi ibu jumpa anak-anak kami lagi."

Jangan guna ayat ini untuk menang dalam pergaduhan. Tak adil! Si kecil anda layak untuk berjumpa dengan nenek dan atuknya.

mak mertua

9. "Mak masak tak kena dengan selera saya, lah! Tak sedap."

Anda mungkin ada masalah kesihatan untuk tak makan sebarang makanan. Tapi, kalian berdua boleh berbincang kan? 

Cakaplah apa yang anda tak boleh makan supaya nanti mertua anda takkan masak makanan itu.

Kalau tak sedap sangat pun, telan saja! Lebih baik anda hadap makanan tak sedap itu dari perang dingin dengan mak mertua... Ergh, seram!

10. "Anak saya tak boleh buat itu..."

Memamg nenek dan atuk terbukti akan lebih memanjakan cucu-cucunya. Sebab itu mereka yang akan buat anak-anak kita langgar peraturan yang telah kita tetapkan.

Langkah bijak? Cuba 4 cara ini. 

Pasti anda dan keluarga mertua takkan gaduh lagi sebab anak anda.

Walau apa pun halangan, itu mungkin pancaroba hidup berumah tangga. Anda dan pasangan harus bijak mengatasinya. 

Sama-samalah kita bina keluarga bahagia tanpa sebarang drama yang tak penting, ya!

Apa pandangan anda? Ada lagi ayat-ayat yang tak patut anda cakap pada ibu mertua? Kongsilah dengan kami.

Artikel diterjemah daripada TheAsianparent Singapura

Kredit gambar: Kidspot

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 10 Ayat Yang Anda TAK PATUT Cakap Pada Mak Mertua Anda!
Kongsikan:
  • Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

    Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

  • Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

    Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

    Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

  • Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

    Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.