Sepatutnya Sudah Merangkak Namun Bayi Masih Mengesot, Perlukah Ibu Ayah Risau?

undefined

Bayi sememangnya akan mengesot dulu sebelum pandai merangkak, tapi kalau begitu lama mengesot dan masih tidak merangkak, bila patut risau?

Bayi anda sudah memasuki usia di mana mereka boleh merangkak tetapi masih mengesot menggunakan perut mereka? Anda mungkin risau memikirkan jika perkara ini adalah normal atau tidak. Mari kita ketahui punca dan bagaimana anda boleh membantu si manja!

Jika anda berada di kalangan para ibu, pasti anda akan dapat melihat kadar pembesaran si manja mereka juga di pelantar sosial media atau ketika berjumpa dengan mereka. Baik dari mereka menyuapkan si manja mereka mencuba makanan pepejal untuk kali pertama, hingga ke langkah pertama si manja mereka, pasti semua anda tahu.

Tetapi, bagaimana jika si manja anda sendiri tidak menunjukkan kadar tumbesaran yang sepatutnya? Terutamanya jika si manja sudah menginjak usia di mana mereka sepatutnya sudah mula merangkak, tetapi masih mengesot dan menolak diri mereka menggunakan perut.

Jadi, adakah ini normal dan bagaimana anda boleh membantu si manja anda?

Mengapakah Si Manja Saya Masih Mengesot?

merangkak, bayi merangkak, bayi mengesot

Foto: Bidadari.my

Secara kebiasaannya, sesetengah kanak-kanak akan mula merangkak atau menunjukkan mereka boleh merangkak seawal usia 6 bulan, tetapi kadang-kala ada juga bayi mula merangkak pada usia 8 bulan. Tetapi, jika si manja masih tidak merangkak dan hanya bergantung pada esotan, pasti ada punca mengapa si manja masih tidak mula merangkak.

Menurut New York Times, si manja yang tidak merangkak bukanlah tidak normal dan ia juga bukan perkara luar biasa.

Ia juga mungkin petanda si manja anda kekurangan tummy time atau waktu untuk mereka meniarap dan menguatkan dan kekuatan teras otot dan kemahiran motor mereka untuk mula merangkak.

Walaupun ia mungkin membuatkan anda sebagai ibu bapa berasa kecewa kerana tidak dapat melihat si manja merangkak pada kali pertama, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anak anda tidak mempunyai masalah yang lebih mendalam.

Tetapi, ia bukan bermakna anda tidak dapat membantu si manja anda untuk mula merangkak, walaupun proses tumbesaran mereka agak lewat.

Bagaimana Saya Boleh Membantu Si Manja?

Pada si manja yang baru hendak mula belajar merangkak, proses pembelajaran tersebut mungkin agak susah bagi mereka. Sestengah kanak-kanak mungkin akan belajar bergerak ke belakang sebelum belajar bergerak ke hadapan.

Jadi, apabila mereka mendapati mereka semain menjauh dengan objek atau individu yang mereka hendak dekati, ia mungkin boleh membuatkan si manja tertekan dan mula menangis. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersabar dan jangan mengharapkan si manja terus boleh merangkak dengan sempurna pada kali pertama.

#1. Sentiasa tummy time dengan si manja

Dengan sentiasa membuatkan bayi anda meniarap, ia akan melatih kekuatan pada otot-otot bahu, lengan, dan belakang badan mereka yang dapat membantu mereka.

merangkak, bayi merangkak, bayi mengesot

#2. Galakan menggunakan mainan kegemaran si manja

Si manja anda pasti mempunyai satu mainan yang mereka sangat gemari, dan anda juga pasti tahu apakah mainan tersebut. Anda boleh menggunakan mainan itu untuk menggalakkan si manja merangkak dengan meletakkan mainan tersebut dalam jarak yang dekat tetapi masih memerlukan si manja merangkak untuk mengambilnya.

#3. Menggunakan terowong 

Dengan terowong tersebut, si manja tidak dapat bergerak secara mengesot disebabkan bahan yang digunakan untuk membuat terowong tersebut tidak cukup licin untuk membenarkan si manja mengesot. Jadi, nak tak nak, anak anda pasti perlu merangkak untuk sampai ke destinasi mereka.

Sekiranya si manja masih mengesot walaupun dengan tips-tips ini, jangan khuatir! Dan yang paling penting, jangan terlalu memaksa si manja untuk merangkak. Asalkan mereka membesar dengan sihat, merangkak bukanlah perkara terpenting yang ibu bapa perlu ambil kira.

merangkak, bayi merangkak, bayi mengesot

Foto: PaMa

Tetapi, jika anda perasan bahawa si manja anda mengesot dengan tanda-tanda ini, ini mungkin petanda anda patut membawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak secepat mungkin.

  • Si manja menggunakan hanya sebelah badan untuk merangkak atau mengesot
  • Dia tidak bergerak ke hadapan apabila dia menolak badan untuk bergerak

Dan anda juga perlu mengambil tahu untuk menjadikan rumah anda ruang yang selamat untuk si manja belajar merangkak (atau mengesot!) Jadi, ini senarai barangan di dalam rumah yang anda perlu mengambil perhatian untuk alih dari laluan si manja.

  • Berwaspada dengan barangan elektrik di atas lantai
  • Memasang pagar pada bahagian atas dan bawah tangga (supaya bayi tidak boleh naik dan turun dengan sendiri)
  • Mengunci mangkuk tandas menggunakan kekunci kalis kanak-kanak
  • Tumbuhan dalam rumah yang mudah dicapai oleh kanak-kanak
  • Sabun-sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia
  • Menumpulkan bucu-bucu tajam meja
  • Barang yang mudah pecah

Dengan itu, kami ucapkan selamat mencuba kepada para ibu bapa. All the best!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Zero to Three, Todays Parent

Baca juga: Bayi Merangkak Cara Baru, Cuba Tengok!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!