Batu Meriyan Punca Wanita Sedang Berpantang Senang Meroyan? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Mengapa batu meriyan boleh menyebabkan ibu berpantang kena meroyan? Menurut kata pakar perbidanan, agak sukar untuk diterangkan secara terperinci.
Apakah itu batu meriyan? Mengapa ia boleh menyebabkan ibu berpantang kena meroyan? Menurut kata pakar perbidanan, agak sukar untuk diterangkan secara terperinci mengenai batu meriyan ini. Ia sesuatu yang sangat unik. Malah tiada penjelasan saintifik juga.
Bagi wanita-wanita yang pernah melahirkan anak dan berurut dengan bidan-bidan hebat tentu pernah dengan mengenai batu meriyan ini. Asal waktu berurut saja, bidan akan menjelaskan “ha ini keras ni, ini namanya batu meriyan”.
Tapi walaupun sudah diceritakan bidan atau tukang urut mesti ibu-ibu blur juga. Menurut perkongsian oleh Terapi Urutan Refleksologi dan Kiropraktik di Facebook mereka menjelaskan dengan terperinci mengenai batu meriyan.
Apakah batu meriyan
Batu meriyan ini dalam erti kata lain adalah di pintu rahim. Kedudukannya terletak di hujung dasar lubang faraj wanita. Terdapat satu kawasan di mana kedudukan batu meriyan ini tinggal iaitu pada kawasan berlubang yang kecil.
Jika seorang wanita melahirkan/bersalin, Batu Meriyan ini akan terkeluar dari tempatnya dan sekiranya tidak di masukkan semula pada tempatnya, wanita bersalin yang sedang didalam pantang akan mengalami ketidakstabilan emosi dan akan menyebabkan terjadinya sakit yang di istilahkan sebagai gila meroyan.
Sebab itulah pentingnya bagi wanita selepas bersalin untuk mengurut seluruh badan dan urut untuk meletakkan semula Batu Meriyan tersebut kembali ke tempat asalnya dan membetulkan kedudukan rahim tepat pada posisi sebelumnya.
Tanda-tanda meroyan
- Badan akan terasa seram sejuk dan demam
- Badan akan terasa seperti terbang di awang-awangan
- Hati terasa sayu dan mahu menangis
- Terasa selalu nak marah
- Hilang pertimbangan sehingga rasa seperti mahu bunuh anak.
- Sakit daripada belikat, pinggang, perut, ari-ari.
- Perut rasa tak sedap selalu.
- Muka tak berseri dan pucat.
Gila meroyan lebih berisiko terjadi pada ibu dengan anak lelaki?
Baru-baru ini, sebuah kajian dari University of Kent telah membuktikan yang simptom gila meroyan atau kemurungan selepas bersalin lebih mudah terjadi pada ibu yang melahirkan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
Kenapa hal ini berlaku? Sebelum kami menjelaskan hasil kajian ini, jom kita selami apakah itu kemurungan selepas bersalin, atau dalam bahasa pasarnya – gila meroyan.
Sebenarnya, kemurungan telah dihidap oleh hampir 300 juta penduduk seluruh dunia.
Kemurungan selepas bersalin atau post-partum depression adalah salah satu jenis meroyan yang kerap terjadi.
Kajian mendedahkan kenapa gila meroyan terjadi pada ibu dengan anak lelaki
Biasanya, pada minggu pertama hingga kedua kelahiran, setiap wanita bersalin akan mengalami “baby blues” iaitu rasa sunyi dan lebih cepat risau.
Risiko “baby blues” lebih tinggi pada pasangan yang baru pertama kali menjadi ibu bapa. Antara simptom-simptom “baby blues” ialah tidak selesa untuk tidur, kurang berselera dan mood tidak menentu (mood swings).
Jika simptom “baby blues” ini dibiarkan dengan terlalu lama, ia boleh menyebabkan kemurungan yang lebih teruk seperti gila meroyan.
Post-Natal Depression atau kemurungan selepas bersalin biasanya dialami wanita selepas seminggu atau sebulan melahirkan anak.
Menurut Dr. Zul Azlin Razali, seorang Psikiatri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kemurungan selepas bersalin berkait rapat dengan perubahan kimia, sosial, dan psikologi yang dialami ibu selepas ada anak.
Kes gila meroyan tidak boleh dielak, namun ia boleh dirawat dengan bantuan sokongan yang diberikan pasangan.
Hasil kajian baru-baru ini pula telah mendedahkan mengapa simptom gila meroyan lebih mudah terjadi pada ibu yang melahirkan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
79% wanita yang bersalin anak lelaki didapati mengalami kemurungan selepas bersalin. Manakala, 174% wanita yang mengalami komplikasi ketika bersalin juga akan mengalami gila meroyan!
Bukti saintifik mendedahkan, kecenderungan ini terjadi kerana keradangan tisu yang dialami ibu tersebut ketika melahirkan bayi lelaki.
Malah, sains sendiri telah membuktikan ibu yang bersalin anak lelaki akan lebih sakit berbanding bersalin anak perempuan!
Kesan keradangan terbabit akan mengganggu dan menjejaskan keseimbangan kimia otak, lalu menyebabkan ibu tersebut mengalami kemurungan selepas bersalin.
1 daripada 10 wanita bersalin akan mengalami simptom gila meroyan. Tapi, adakah semua ibu hamil sedar tentang tanda-tandanya?
Apa perlu lakukan sekiranya meroyan?
Tiada apa yang memalukan jika anda mengalami simptom meroyan. Namun, bendung ia sebelum terlambat!
Doktor akan memberikan anda rawatan yang sepatutnya seperti ubat anti-kemurungan yang tidak akan menjejaskan susu badan anda. Bercakaplah dengan pasangan anda.
Buat perkara yang menenangkan, dan dapatkan sokongan dari ibu-ibu lain yang mungkin pernah mengalami situasi sama.
Kemurungan selepas bersalin tidak boleh dielak, namun anda mampu mengawal dan merawatnya.
Kekalkan kesihatan badan malah kesihatan minda – bukan saja untuk diri anda, malah untuk anak yang baru dilahirkan itu.
Dapatkan sokongan dan kasih sayang dari orang-orang di sekitar anda. InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.
Sumber: Psychiatry.Org, WebMD, WebMD, WHO, Mayo Clinic, WebMD, Daily Mail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Menurut Kajian, Lelaki Boleh Alami Meroyan Selepas Kelahiran Bayi