X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN

4 min bacaan
Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN

Tanda bentan selepas bersalin ialah sakit urat, peranakan dan tumpah darah. Sekiranya tidak waspada, ibu berpantang berisiko tinggi terkena masalah ini

Bentan merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh ibu-ibu di dalam pantang. Tetapi apakah itu tanda bentan selepas bersalin? Menurut pakar perubatan, bentan tidak pernah dinyatakan dalam mana-mana jurnal perubatan.

Bentan adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada amalan berpantang yang tidak betul. Amalan berpantang yang betul sangat menitik beratkan penjagaan kebersihan dan kesihatan yang tinggi.

Jenis dan tanda bentan yang sering terjadi kepada ibu dalam pantang

bentan selepas bersalin

Ibu berpantang berisiko tinggi untuk terkena bentan kerana mereka masih di dalam proses pemulihan dan badan masih berada di dalam keadaan lemah. Selain itu, hormon badan juga berada di dalam keadaan tidak seimbang memudahkan lagi risiko terkena jangkitan atau bentan.

1) Tanda dan jenis bentan urat

  • Badan akan tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.

2) Bentan urat peranakan

  • Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan kaki tidak dapat diluruskan.

3) Bentan urat besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Bagi yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.

Disebabkan ini, ketika dalam pantang, terdapat banyak pantang larang seperti tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.

Seorang pengamal dan perunding jamu dan herba tradisional, Norliza Mohd Salleh telah berkongsi di laman sosial miliknya petua merawat bentan bagi ibu bersalin. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.

Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin menjadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.

Bahan-bahan

1) Nasi panas (lembik sikit)

2) Beberapa ulas bawang putih.

Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.

Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.

Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.

#SHARE pada wanita di luar sana,kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.

Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN

Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN

Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN

Bagi yang belum tahu, bawang putih mempunyai sifat antibakterial yang tinggi dan mampu membantu menguatkan lagi sistem imunisasi badan kita. Seperti yang pernah dikongsikan di dalam artikel Kehebatan si bawang putih!

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L. adalah sejenis herba yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Antioksidan membantu melawan radikal bebas yang banyak terbentuk di dalam badan manusia. Radikal bebas adalah salah satu punca empat penyakit punca utama kematian di dunia seperti kanser dan sakit jantung, infeksi dan dan strok.

Penggunaan nasi di dalam petua ini bagi mengurangkan rasa bawang putih yang terlalu kuat jika di makan begitu sahaja.

Selain itu bagi sesetengah orang, pengambilan bawang putih mentah boleh menyakitkan lidah pedih seakan melecur akibat jusnya yang kuat, jadi dengan membakar bawang putih boleh mengurangkan rasa terlampau kuat tersebut.

Sekiranya tidak bentan, ‘sushi garlic’ ini masih boleh dimakan sebagai makanan kesihatan. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: 3 Jenis BENTAN Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Tahu, Bahaya Kalau Tumpah Darah 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Bahaya Bentan Selepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Petua Merawat Bentan Yang BERKESAN
Kongsikan:
  • Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

    Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

    Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

  • Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

    Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.