Mitos ‘Belum 5 Minit’; Jangan Beri Anak Makanan yang Sudah Jatuh

undefined

Hati-hati dengan makanan yang sudah jatuh. Walaupun kurang dari satu detik, bakteria tetap boleh berpindah ke makanan.

Ibu pasti familiar dengan istilah ‘belum 5 minit’. Kalimat tersebut kerap diucapkan orang ketika menjatuhkan makanan dan hendak memakannya lagi.

Namun, aturan ‘belum 5 minit’ ini ternyata salah. Kepercayaan banyak orang yang satu ini terbukti hanyalah mitos.

Penyelidikan terbaru yang dilakukan Rutgers University di New Jersey telah menolak amalan kuno ini. Penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa bakteria dapat pindah ke makanan dalam waktu kurang dari satu detik setelah terjatuh.

Profesor Donald Schaffner, yang memimpin penyelidikan, melaporkan bahawa gagasan popular tersebut salah, setelah melakukan ujian pada berbagai jenis makanan dan empat permukaan jatuh yang berbeza.

Prof. Schaffner menggunakan semangka, roti, roti mentega, dan permen jelly untuk melakukan ujiannya. Makanan tersebut dijatuhkan pada stainless steel, jubin seramik, kayu, dan permaidani dalam waktu kurang dari satu detik, kemudian 5 detik, 30, hingga 300 detik.

Setiap material jatuh tersebut dilapisi dengan bakteria salmonella, yang menjadi penyebab berbagai macam penyakit seperti kepialu, cirit-birit, muntah dan jangkitan perut yang lain.

Kesimpulannya, tidak ada makanan yang dijatuhkan bebas dari bakteria! Ini juga berkenaan dengan makanan yang jatuh kurang dari satu detik.

“Bakteria dapat mencemari makanan dengan seketika,” kata Prof. Schafner seperti dikutip Mirror.

Namun, jenis makanan dan jenis permukaan yang berbeza memberikan tingkat pencemaran yang bervariasi.

Semangka, misalnya, jauh lebih mungkin untuk terjangkit bakteria dibandingkan gula-gula. Dan permaidani, lebih kecil kemungkinan untuk memindahkan bakteria daripada jubin.

“Tranfer bakteria dari lantai ke makanan tampaknya terpengaruh besar oleh tingkat kelembapan.”

“Bakteria tidak memiliki kaki, mereka bergerak dengan kelembapan, dan semakin basah makanan, semakin tinggi risiko berpindahnya,” terangnya.

Oleh itu, kerana perut anak, terutama bayi dan anak kecil masih sangat sensitif, elakkan memberikan mereka makanan yang sudah jatuh.

Dan jangan lupa untuk selalu mencuci tangan ketika menyuap anak, menjaga kebersihan mainan (terutama yang kerap dimasukkan ke mulut), juga mengajak anak mencuci tangan setiap habis bermain.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!