Kenapa Mulut Anda Busuk Bila Bangun Pagi? Doktor Ini Ada Jawapannya, #2 Paling Penting

undefined

Anda juga pasti pernah terfikir kenapa mulut busuk selepas bangun dari tidur terutama di waktu pagi? Mesti juga terfikir kenapa ada perkataan air liur basi?

Pernahkah anda terfikir kepada adanya perkataan air liur basi? Anda juga pasti pernah terfikir kenapa mulut busuk selepas bangun dari tidur terutama di waktu pagi?

Waktu baru bangun pagi paling takut nak bercakap dengan orang, takut bau mulut buat orang pening kepala pula. 

Anda pasti nak tahu kan? Kenapa mulut berbau ketika bangun tidur? Perkongsian doktor pergigian ini di, Mohd Khairul Izwan di laman Facebooknya menjawab persoalan yang berlegar-legar di fikiran ramai selama ini. 

Mulut busuk bangun pagi

mulut busuk

Menurut perkongsian doktor itu, ketika kita tidur dalam tempoh waktu yang lama, aliran air liur di dalam mulut akan menurun kerana tiada pergerakan aktif daripada otot mulut.

Salah satu fungsi air liur adalah untuk menyeimbangkan pH di dalam mulut kita.

Secara tidak langsung, apabila aliran air liur di dalam mulut menurun ketika tidur, aktiviti bakteria di dalam mulut pula akan meningkat menyebabkan mulut kita menjadi lebih berasid.

Walaupun kita memberus gigi, namun secara normal mulut kita akan tetap didiami oleh pelbagai spesis bakteria. Koloni bakteria ini disebut sebagai ‘flora normal’ mulut.

Air liur basi, mulut busuk

mulut busuk

Tindak balas flora normal bakteria di dalam mulut ini akan menyebabkan air liur kita berbau busuk ketika bangun daripada tidur. Air liur inilah yang disebut sebagai air liur basi.

Disebabkan, itulah pentingnya untuk kita memberus gigi setiap malam sebelum tidur bagi mengelakkan sisa makanan berkumpul di dalam mulut.

Malas berus gigi sebelum tidur banyak buruknya

Menurut doktor itu, sisa makanan ini boleh meningkatkan aktiviti bakteria berlipat kali ganda ketika kita tidur, menghasilkan asid yang lebih banyak dan meningkatkan risiko terjadinya kerosakan gigi atau gigi berlubang.

Justeru katanya, walau malas macam mana sekalipun, pastikan anda tidur dalam keadaan anda telah memberus gigi setiap malam ya!

5 tips pilih berus gigi

mulut busuk

Pemilihan berus gigi yang betul adalah langkah pertama dalam mendapatkan gigi yang sihat. Ramai diluar sana mengambil mudah dan beranggapan bahawa cukup sekadar mereka memberus gigi dengan apa jenis berus gigi sekali pun.

Pemilihan berus gigi yang tepat adalah langkah pertama dalam menjaga kesihatan gigi anda.

Kesilapan dalam memilih jenis berus gigi boleh menyebabkan masalah-masalah kerosakan pada gigi walaupun ianya diberus setiap hari.

Tips dari Klinik Pergigian Nurain ini mungkin boleh membantu anda membuat pilihan yang betul! Antara perkara asas dalam memilih berus gigi yang terdapat di dalam pasaran adalah:

#1. Pilih berus gigi yang mempunyai kepala yang kecil

Dengan memilih kepala berus yang kecil ia membantu untuk memberus di kawasan-kawasan yang sukar dicapai. Logiknya kepada yang kecil akan lebih mudah memasuki ruangan mulut yang kecil seperti di bahagian belakang gigi.

#2. Pilih berus gigi yang lembut soft atau extra soft

Jika anda lihat kini banyak jenama berus gigi yang berada di pasaran mula mengeluarkan berus gigi yang lembut. Kebiasaanya berus gigi jenis ini mempunyai berus yang nipis, halus dan lembut.

Berus gigi yang lembut dapat membantu mencegah kehakisan pada gigi, dapat masuk ke celah-celah gigi dengan lebih dalam dan tidak mencederakan gusi.

#3. Pilih berus gigi yang ada pembersih lidah

Kebanyakan berus gigi yang berada di pasaran sudah mempunyai pembersih lidah dan dijual pada harga yang sama. Maka adalah lebih berbaloi jika anda memilih berus gigi yang mempunyai pembersih lidah.

Seperti yang sedia maklum, bakteria paling banyak terperangkap di celah rekahan lidah. Jika anda tidak membersihkan lidah, bakteria masih banyak terkumpul di dalam mulut anda. 

#4. Pilih berus gigi yang mempunyai pemegang yang selesa

Dengan memilih pemegang yang selesa ini dapat membantu anda untuk mengawal berus gigi dengan lebih baik sewaktu anda memberus gigi.

Ada juga kes dimana berus gigi yang digunakan tergelincir daripada kawalan dan mencederakan gusi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mohd Khairul Izwan, Klinik Pergigian Nurain

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyebab-gigi-kuning

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!