Mengapa kehamilan buat wanita lebih bernafsu atau kadang-kadang tak bernafsu langsung?

undefined

Nafsu ketika hamil kadang-kadang sungguh tinggi. Tapi ada yang hilang nafsu terus. Mengapa? Ini antara sebab dan langkah keselamatan yang wajib anda tahu.

Ada satu rahsia ketika hamil yang ramai para ibu tidak beritahu sesiapa, walaupun dalam kelas kehamilan. Ia bukan tentang bagaimana nak kemas beg ke hospital. Tapi ia tentang nafsu ketika hamil. 

Seorang ibu bernama Amirah berkongsi kepada theAsianparent tentang nafsu ketika hamil yang dialami beliau. Ketika kehamilan pertama itu, libido (nafsu seksual) beliau semakin meningkat tanpa boleh dikawal!

“Saya rasa badan saya hebat. Saya amat sukakan perut dan payudara saya ketika hamil.”

Tapi lain pula yang dirasa oleh beliau ketika kehamilan kedua! Beliau tiada nafsu langsung dan sering menolak ketika diajak untuk “bersama”.

“Saya takkan benarkan suami memegang saya. Jangan pandang saya pun!”

Aik, macam mana nafsu ketika hamil boleh bertukar-tukar? Ada ketika wanita jadi lebih bernafsu, namun ada ketika hingga tak bernafsu langsung!

Mengapa nafsu ketika hamil berubah-ubah?

nafsu ketika hamil, nafsu ketika mengandung, nafsu semasa hamil, nafsu semasa mengandung, nafsu seks, nafsu seks semasa mengandung, nafsu seks ketika hamil

Sepanjang proses kehamilan, terdapat pelbagai jenis perubahan fizikal dan emosi yang akan menjejaskan nafsu seks anda. 

Menurut Dr Doug Black, pakar OB/GYN di Ottawa, kebanyakan wanita hamil akan mengalami peningkatan libido (nafsu seksual) terutamanya pada penghujung trimester pertama

Malah, nafsu ketika hamil ini semakin meningkat kerana peredaran darah yang semakin banyak ke organ seksual, payudara dan vulva vagina. 

Namun apabila masuk trimester kedua, nafsu ketika hamil mungkin akan semakin berkurangan. Hal ini mungkin disebabkan oleh sensitiviti yang semakin meningkat dan rasa tidak selesa ketika berasmara semasa hamil.

Langkah berjaga-jaga yang harus diambil oleh ibu mengandung

nafsu ketika hamil, nafsu ketika mengandung, nafsu semasa hamil, nafsu semasa mengandung, nafsu seks, nafsu seks semasa mengandung, nafsu seks ketika hamil

Jangan ingat sepanjang 9 bulan kehamilan ini, anda akan melalui fasa yang penuh sweet, loving dan caring saja. Anda dan pasangan mungkin akan bergelut dengan rasa kepenatan, masalah imej badan, stress dan sebagainya.

Bercakap tentang nafsu ketika hamil, perkara yang harus dipertimbangkan semua wanita adalah jika terdapat pendarahan selepas seks.

Bagi wanita yang terbuka untuk mengalami plasenta previa atau uri di bawah, pakar memang tak akan menggalakkan anda melakukan seks ketika hamil. Begitu juga dengan wanita yang memiliki masalah pembukaan serviks atau kelahiran pramatang. 

Anu Sharma-Niwa, seorang pakar psikologi mendedahkan, tidak mengapa jika wanita hamil menolak untuk bersama pasangan. Apa yang penting adalah komunikasi. Beritahu pasangan apa yang anda rasa.

Adakah seks boleh mempercepatkan proses bersalin?

Ramai yang menganggap seks terumatanya ketika trimester terakhir kehamilan akan mempercepatkan proses bersalin. Betul ke?

Menurut pakar, walaupun tiada kajian saintifik yang betul-betul mampu membuktikan hal itu, namun tidak salah jika anda mencuba. 

Apabila anda puas dan mencapai klimaks selepas berasmara, tubuh anda akan melepaskan hormon oxytocin. Hormon ini mampu mempercepatkan proses bersalin! Jadi tak salah untuk anda mencuba 😉

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Today’s Parent

Baca juga:

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan “Umph” Buat Anda Dan Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!