X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

4 min bacaan
5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

Ada ke posisi seks ketika hamil yang selamat, selesa dan menjanjikan kepuasan? Ada! Kami senaraikan 5 posisi seks ketika hamil yang anda semua patut cuba.

Seks ketika hamil, boleh ke?

Siapa kata tak boleh melakukan seks ketika hamil? Menurut pakar, hubungan intim sewaktu kehamilan adalah baik untuk kesihatan!

Malah, hormon untuk melakukan seks ketika hamil juga akan membuak-buak, membuatkan ia lebih seksi!

Tak percaya? Cuba baca 4 sebab mengapa seks ketika hamil adalah seksi ini.

Lagipun, melakukan seks ketika hamil bermakna anda takkan hamil lagi (buat masa sekarang). Jeng jeng jeng.

Jangan risau… Kami sudah sediakan beberapa artikel tentang posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba.

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan Umph Buat Anda Dan Pasangan

Ada 5 posisi seks ketika hamil yang menjanjikan kepuasan!
Kredit gambar: Birth Literacy

Sebelum ini, kami telah jelaskan apa 6 gaya seks ketika hamil yang selamat dan selesa, kan?

Hari ini kami akan beri anda tips 5 posisi seks ketika hamil yang menjanjikan “umph” dan kepuasan untuk anda pula!

Tak payah nak risau sama ada anda terlalu “besar” untuk melakukan posisi seks ini atau tidak.

Yang pasti, ia menjanjikan kepuasan dan tak susah pun!

Jom tengok.

5 Posisi Seks Ketika Hamil Yang Menjanjikan Kepuasan Berlipat Ganda Buat Anda Dan Pasangan!

1 – Missionary dari tepi

Wanita hamil tak sepatutnya asyik baring terlentang terutamanya ketika trimester kedua dan ketiga.

Jadi, gaya missionary biasa mesti kena keluar dari menu posisi seks ketika hamil. Tapi, kalau anda nak juga buat gaya ini (sebab senang dan anda keletihan), boleh cuba ubah sedikit gayanya.

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan Umph Buat Anda Dan Pasangan

Kredit gambar: Cosmopolitan

Begini – letak bantal di belakang badan anda. Anda perlu berpusing ke tepi sedikit sambil pasangan menghadap anda.

Jika perut menjadi penghalang, cuba minta suami jauhkan perutnya dari perut anda. Tapi kaki kalian masih boleh bercantum.

Kemudian, mulakan aksi.

Uh, aksi ini confirm menjanjikan umph, ya!

2 – Doggy-style

Ketika hamil, rasanya posisi seks gaya doggy mungkin yang paling senang. Tapi, kalau senang dan selalu sangat buat pasti membosankan. Betul tak?

Jadi… apa kata anda cuba melakukan gaya doggy ini di ruang tamu pula.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Cuba melutut di sofa dan menghadap ke depan. Suami pula boleh memulakan dayungan dari belakang.

Tapi jangan ingat posisi ini tak bagi kepuasan, ya! Belum cuba belum tahu.

3 – Gaya spooning

Apabila kandungan anda sudah masuk trimester ke-3, gaya spooning adalah gaya yang paling best dan menyeronokkan!

Stories Rakan Kongsi
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Ini sebab perut tercinta anda akan mengganggu proses “make love” ini.

Jadi, anda kena pusing ke depan dengan suami di bahagian belakang untuk memberikan kepuasan. 

Sambil beraksi, anda dan pasangan boleh cuddle manja-manja gitu.

4 – Servis dari tepi katil

Siapa kata anda tak boleh mencuba aksi mengghairahkan ketika hamil? Dengan gaya ini, anda pasti tersenyum sampai ke telinga!

Cuba tinggikan punggung anda dengan meletakkan seberapa banyak bantal yang boleh. Duduk di penghujung/tepi katil.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Buka kangkang anda. Suami pula kena melutut di tepi katil dan menghampiri anda perlahan-lahan…

Kalau suami kurang selesa, dia pun boleh letak bantal di lututnya!

5 – Reverse cowgirl

Jangan stress sangat untuk cari posisi seks yang sesuai ketika hamil. Mari kita berekperimen, tapi dalam skala yang selamat. Okay?

Posisi seks ketika hamil yang ke-5 ini pasti menjanjikan kepuasan yang tak terhingga untuk anda. 

Malah, anda juga boleh “mengawal” aksi.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Cuba ambil posisi seperti doggy, kemudian anda di hadapan melutut seakan cowgirl. Posisi ini dipanggil reverse cowgirl. 

Kawal aksi dan luahkan segala kepuasan anda di hadapan pasangan. Pasti pasangan tergoda. Siapa kata wanita hamil tak seksi, kan!

Ha… macam mana? Nak cuba tak? 

Secara amnya, posisi seks yang paling selamat ketika hamil adalah di mana wanita duduk di atas. Jadi, dalam banyak-banyak posisi seks ini, cubalah ikut keselesaan anda ya!

Sumber rujukan: Cosmopolitan

Kredit gambar: What To Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

4 Sebab Mengapa Seks Ketika Hamil Sebenarnya Adalah Seksi

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan
Kongsikan:
  • Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

    Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

  • Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

    Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

    Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

  • Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

    Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.