Bulan Puasa Jarang Seks, Tapi Teringat-Ingat, Cuba Cara Ini Naikkan Nafsu Suami, Isteri
Bulan puasa ini seks kadangkala jadi bukan keutamaan, tetapi ada juga pasangan yang mengadu teringat-ingat. Kami kongsikan tips naikkan nafsu suami,isteri.
Bulan puasa bulan ibadah, tetapi menunaikan nafkah batin pada suami atau isteri juga satu kewajipan. Jadi bagaimana anda manfaatkan masa yang ada untuk naikkan nafsu suami atau isteri?
Geram juga kan, bila ada depan mata, tapi si dia jual mahal pula. Lebih-lebih lagi jika anda pasangan jarak jauh yang jarang berjumpa tiba-tiba dapat puasa bersama pastilah ingin selit elemen erotik juga kan?
Mungkin anda boleh cuba cara yang kami kongsikan ini untuk naikkan nafsu suami atau isteri. Usik saja confirm menjadi!
Naikkan nafsu suami, isteri dengan cara ini, cuit je confirm menjadi!
Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan hubungan seks yang sihat dan bermakna kan? Namun, bagaimana jika si suami atau isteri sering sahaja buat anda kecewa kerana tidak ‘bernafsu’ ketika beraksi di ranjang? Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini yang masanya terhad.
Kami kongsikan beberapa cara yang anda boleh praktikkan terutama untuk para isteri naikkan nafsu suami. Ia pasti boleh bangkitkan keghairahan seks pasangan anda!
#1. Bibir
Antara elemen yang paling penting dalam adegan foreplay tentu sekali adalah berkucupan bibir. Ia adalah babak di mana anda dan pasangan perlu bertentang mata sambil mengungkapkan kata-kata cinta yang romantis.
Bahagian bibir lelaki atau perempuan sangat penuh dengan tisu kecil yang akan menghantar isyarat ‘geli’ sehingga ke tulang belakang mereka apabila disentuh dengan tangan atau bibir pasangannya.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Tidak perlu meminta izin, terus sahaja rangkul lehernya dan kucup bibirnya dengan penuh keinginan. Bukankah unsur kejutan itu lebih menarik?
#2. Leher
Selepas puas bermain lidah dengan encik suami atau isteri, apa kata anda turun sedikit ke bahagian lehernya pula? Tidak kisah bahagian kiri atau kanan, bermain-mainlah di kawasan zon erotik ini.
Mungkin anda boleh mencium, menjilat atau menghisap leher suami atau isteri yang penuh dengan feromon. Dengan ini, bukan sahaja suami akan terangsang malah anda juga akan turn on!
Mahu sesuatu yang lebih ‘panas’? Apa kata anda cuba buat love bite kepada pasangan? Ia sudah tentu akan memberi kesan yang positif dan mendalam kepada fizikal serta mental mereka.
#3. Telinga
Pernahkah anda berbisik dan mendengus dengan begitu rapat di telinga suami atau isteri? Cuba lihat reaksi mereka, sudah pasti mereka akan sangat teruja mendengar anda mengerang ketika bersenggama, bukan?
Ini kerana bahagian telinga terutamanya cuping, adalah sangat sensitif terhadap apa-apa jenis rangsangan. Sama ada dari bentuk bunyian, dengusan atau hembusan nafas, ia boleh meningkatkan keghairahan.
Jadi, ketika suami sedang asyik mendayung, bisikkanlah ke telinganya kata-kata cinta dengan nada yang sangat berahi. Dengan ini, suami pasti tidak akan mahu pandang perempuan lain lagi! Ini cara menggoda suami yang paling mudah. Isteri pun begitu juga, bisikkan kata-kata cinta ke telinganya.
#4. Ketiak
Ketiak sebagai zon erotik lelaki memang kedengaran agak aneh, bukan? Namun, jangan terkejut! Ini kerana bahagian bawah lengan ini memang sudah sedia maklum adalah antara bahagian kegemaran para wanita.
Sebabnya, ketiak adalah bahagian pada tubuh badan yang penuh dengan feromon. Pernah dengar atau tidak tentang menghidu ketiak suami, isteri boleh hilang migrain?
Selain itu, ia juga akan membuat lelaki terangsang jika ia disentuh dengan manja oleh tangan isteri yang kecil dan halus itu.
#5. Kemaluan
Akhir sekali, sudah tentulah cara menggoda suami atau isteri terletak pada alat kemaluannya. Jadi, bermainlah dengan zakar, testis dan sekitar kawasan ari-ari mereka untuk membangkitkan keghairahan.
Sentuh dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Tak lari ke mana pun isteri atau suami anda itu. Jadi diharapkan tips yang kami kongsikan ini akan membantu naikkan nafsu sekaligus memperbaiki kehidupan seks anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: gempak.com
Baca juga: “Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun – Ini apa yang saya tak sangka!”