Senarai Lengkap 500 Nama Bayi Lelaki Dengan Maksud Yang Indah
Ibu masih tercari-cari nama anak lelaki Islam yang sedap? Cuba lihat 500 nama bayi lelaki yang kami sediakan ini. Mungkin ada yang anda berkenan!
Ada pelbagai pilihan nama anak lelaki di luar sana. Dari nama bayi lelaki Islam, ke nama dalam bahasa Arab, nama moden, kemelayuan, nama inspirasi nabi atau sahabat.
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil.
Disebabkan itu apabila bayi dilahirkan ke dunia, ibu ayah wajib memberikan satu nama kepadanya. Apabila mencari nama anak terbaik, anda tidak boleh memandang remeh.
Hal ini kerana nama yang anda berikan kepada si kecil ini akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila.
Ia juga akan tercatat dalam sijil kelahiran, kad pengenalan, lesen memandu, sijil akademik dan sijil kematiannya.
Sekiranya nama yang diberikan memberikan maksud tidak baik, anak-anak akan dikenali dengan nama berkenaan sehingga ke akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, pepatah Arab ada menyebut, ”Melalui namamu, sudah ku kenal siapa ayah kamu.” Hal ini kerana:
#1. Nama memberikan kesan kepada kehidupan seseorang
Pepatah Arab mengatakan: ‘Bagi setiap empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya.’
Hakikat ini telah diakui oleh Ibnul Qayyim dengan berkata, ” Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka.”
#2. Waktu memilih nama
Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberikan nama bayi. Sama ada hari pertama atau dalam masa tiga hari pertama, atau hari ketujuh.
#3. Siapakah yang berhak memberi nama
Sekiranya anda dan pasangan telah bersetuju dengan satu nama, maka ia sangat baik tanpa sebarang masalah.
Sekiranya berlaku perselisihan ketika menyelesaikan perkara ini, ia berhak sepenuhnya terhadap suami. Namun, elakkan menggunakan kuasa veto yang boleh menjejaskan keharmonia keluarga.
Anda juga boleh meminta pendapat orang lain untuk memberikan nama yang elok, sebagaimana beberapa sahabat meminta Rasulullah meletakkan nama anak-anak mereka.
#4. Nama mesti dibinkan kepada bapanya
Demikian arahan Allah Taala dalam surah Al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, ”Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka.”
#5. Pilihan nama yang baik
Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok dan mempunyai makna yang baik. Pepatah Arab ada mengatakan, ‘kewajipan ayah terhadap anaknya ialah memilih baginya ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarnya adab yang baik.’
Pasti pening kepala ibu bapa nak pilih nama bayi lelaki anda, kan? Jangan risau. Hari ini, kami berikan anda pilihan 500 nama bayi dari huruf A sampai Z.
Malah, kami juga ada senarai nama yang diambil inspirasi dari sahabat dan pejuang Islam terkenal!
Pasti selepas membaca senarai nama ini, anda akan berjumpa nama yang anda berkenan!
Jom mulakan pencarian!
200 nama bayi lelaki dari huruf A sampai Z
Memilih nama anak sama seperti memilih calon pasangan untuk dijadikan suami/isteri.
Jadi, diharap 250 nama di atas dapat membantu anda. Tak cukup dengan itu, kami juga ada 100 gabungan nama lelaki dalam Islam yang sama juga menarik.
Pemilihan nama gabungan ini lebih senang untuk ibu bapa kerana tidak perlulah mencari satu-satu nama baby lelaki.
100 gabungan nama bayi lelaki Islam
Kalau anda mencari nama bayi yang unik dengan maksud terbaik, cubalah 11 nama anak lelaki Islam yang diinspirasi dari nama nabi, sahabat Rasullah, para khalifah, sasterawan dan ilmuan Islam ini.
Pasti anda akan tertarik dengan keunikannya!
Nama anak lelaki selebriti juga tidak kurang menariknya. Bolehlah anda ambil ia sebagai inspirasi juga.
Antaranya seperti dalam 10 Nama Islam Bayi Lelaki Selebriti Terkenal Malaysia ini.
Diharapkan, dengan senarai nama nama ini, anda boleh memilih dan membuat keputusan nama anak mana yang ingin anda pilih.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!
Baca juga: Biasa Sangat Letak Nama Melayu Pada Anak? Apa Kata Guna 50 Nama Bayi Argentina Ini Pula!