X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

4 min bacaan
Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

Nama bayi lelaki islam dari nama nabi, sahabat Rasulullah, khalifah, para ilmuwan ternama Islam ini boleh dijadikan rujukan buat ibu ayah

Anda nak cari nama bayi lelaki Islam yang mempunyai maksud yang baik dan unik? Kalau nak belek buku nama-nama Islam memang pening nak membaca satu-satu.

Kali ini kami sediakan 11 nama bayi lelaki Islam yang diinspirasi dari nama nabi, sahabat Rasulullah, para khalifah, para sasterawan dan para ilmuwan Islam pula.

Moga ia dapat memudahkan ibu bapa untuk mencari nama anak yang baik dan unik.

Kumpulan nama bayi lelaki Islam dengan maksud yang baik

nama anak lelaki islam

credit to sources

Nama bayi lelaki Islam inspirasi dari nama nabi #1 – Ayub

Nabi Ayub merupakan seorang nabi yang terkenal dengan kesabarannya yang tinggi. Semasa hayatnya, beliau telah diuji dengan sakit berpanjangan sehingga kehilangan harta, isteri dan nyawa anak-anaknya.

Dia menderita selama 18 tahun dan walaupun sakitnya semakin teruk, imannya tidak berkurang malah makin bertambah. Oleh sebab imamnya yang tinggi, Allah menyembuhkan penyakitnya dan isteri yang meninggalkannya juga kembali ke pangkuannya.

Nama bayi lelaki Islam #2 – Yahya

Kisah Nabi Yahya tidak banyak diceritakan  dalam Al Quran, namun dalam Surah Maryam ayat 7, ada menyebut yang Nabi Zakaria akan dikurniakan anak bernama Yahya.

Nabi Yahya dikenali dengan sifat menghormati orang, tegas dan bertaqwa. Yahya dalam bahasa arab bererti ‘hidup’.

Nama bayi lelaki Islam- Inspirasi sahabat Rasulullah

#1 – Abizar

Abizar merupakan antara orang pertama yang masuk Islam tanpa paksaan. Beliau juga sanggup berjalan kaki ke Mekah untuk menemui Rasulullah.

Abizar berasal dari suku Ghiffar para perompak, tapi selepas memeluk Islam, beliau menjadi pejuang berani, setia dan sentiasa menolong orang susah.

Beliau juga dikatakan menyebar Islam bukan sahaja kepada keluarganya malah hampir semua suku Ghiffar berjaya diIslamkan.

#2 – Amru

Amru adalah seorang sahabat Rasulullah yang mempunyai banyak bakat dari pelbagai bidang. Beliau seorang pedagang yang juga mahir dalam pelbagai bahasa.

Amru juga sempat memimpin Palestin dan menjadi gabenor Mesir semasa hayatnya. Amru diambil dari perkataan Amr yang bermaksud hidup atu berumur panjang.

Nama bayi lelaki dalam Islam- Inspirasi dari khalifah

nama bayi lelaki 2022

credit to sources

Nama bayi lelaki Islam #1 – Yazid

Ada 3 khalifah yang memimpin Bani Umayyah dan salah satunya adalah Yazid III atau Yazid Ibnu Al Walid.

Yazid III dikenali sebagai pemimpin yang adil, sederhana dan cekap. Namun, dia hanya memimpin selama 6 bulan kerana tumor otak. Yazid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, kemajuan, semakin kaya, atau semakin bahagia.

Nama bayi lelaki Islam #2 – Umar

Umar Al Khattab adalah khalifah kedua selepas Abu Bakar As Siddiq. Beliau seorang yang tegas, berani dan berwibawa. Rasulullah juga pernah bersabda yang syaitan akan lari ketakutan jika bertemu Umar.

Selama 10 tahun kepimpinannya, Islam tumbuh pesat dan merebak sehingga ke Baitul Maqdis.

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?

Pilihan nama bayi lelaki inspirasi nama sasterawan

#1 – Sanai

Sanai merupakan seorang penyair Parsi yang hidup pada abad ke- 11 dan 12. Karyanya yang termahsyur adalah “The Hadiqat Al Haqiqah” yang menjadi karya epik Sufi pertama Parsi.

Sanai juga mendapat jolokan ‘guru para sufi Parsi’.

#2- Rumi

Siapa yang tidak kenal Rumi? Penyair agung dunia dan ahli sufi di abad ke-13. Sebahagian besar karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dankaryanya diterjemah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Kumpulan nama anak lelaki Islam – Inspirasi tokoh ilmuwan

pilihan nama anak lelaki

credit to sources

Nama anak lelaki dalam Islam #1 – Tsabit

Tsabit bin Qurra adalah sorang astronomi, ahli fizik dan ahli matematik serta penterjemah Arab pada abad ke-9 dan 10.

Tsabit menemukan beberapa penemuan penting seperti ilmu statika dalam matematik. Makna Tsabit adalah stabil di dalam bahasa arab.

Nama anak laki-laki Islam #2 – Sina

Ibnu Sina merupakan seorang ilmuwan, doktor dan ahli falsafah yang berasal dari Parsi.

Ibnu Sina merupakan Bapa Perubatan Moden dan karya utamanya ‘Qanun fi Thib’ dijadikan rujukan dalam bidang kodoktoran selama berabad-abad.

Maksud Sina ialah gunung dah semenanjung Sinai dalam bahasa Arab. Manakala dalam bahasa Latin bermaksud diberkati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nama Bayi Perempuan Islam Dengan Maksud Yang Indah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Lelaki
  • /
  • Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!
Kongsikan:
  • Nama Bayi Lahir Di Bulan Syawal & Ramadhan Dengan Maksud Yang Indah

    Nama Bayi Lahir Di Bulan Syawal & Ramadhan Dengan Maksud Yang Indah

  • Kumpulan Nama Perempuan Islam Yang Unik & 'Trending' Untuk Tahun 2025, Miliki Maksud Indah

    Kumpulan Nama Perempuan Islam Yang Unik & 'Trending' Untuk Tahun 2025, Miliki Maksud Indah

  • 200+ Nama Anak Perempuan Huruf R Yang Menarik, Indah Berserta Makna Baik

    200+ Nama Anak Perempuan Huruf R Yang Menarik, Indah Berserta Makna Baik

  • Nama Bayi Lahir Di Bulan Syawal & Ramadhan Dengan Maksud Yang Indah

    Nama Bayi Lahir Di Bulan Syawal & Ramadhan Dengan Maksud Yang Indah

  • Kumpulan Nama Perempuan Islam Yang Unik & 'Trending' Untuk Tahun 2025, Miliki Maksud Indah

    Kumpulan Nama Perempuan Islam Yang Unik & 'Trending' Untuk Tahun 2025, Miliki Maksud Indah

  • 200+ Nama Anak Perempuan Huruf R Yang Menarik, Indah Berserta Makna Baik

    200+ Nama Anak Perempuan Huruf R Yang Menarik, Indah Berserta Makna Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham