Oral Seks Saat Hamil Tak Selalunya Selamat, Bayi Boleh Berisiko Terkena Herpes!
Melakukan oral seks saat hamil dilaporkan tidaklah seselamat yang disangka. Terdapat laporan risiko bayi dijangkiti herpes gara-gara perbuatan ini!
Ketika hamil, ramai wanita mengaku hormon mereka akan lebih memuncak-muncak, menambah nafsu dan keinginan untuk berintiman dengan pasangan.
Malah, bukan itu sahaja, seks semasa hamil juga membantu pasangan menjadi lebih rapat dan intim sepanjang proses kehamilan tersebut.
Selain beberapa posisi seks yang selesa, ramai wanita juga lebih suka melakukan oral seks saat hamil kerana ia memberi klimaks yang diingini!
Akan tetapi, tahukah anda tentang satu risiko oral seks saat hamil ini? Terdapat beberapa laporan yang mendedahkan risiko jangkitan herpes pada bayi akibat oral seks saat hamil!
Oral Seks Saat Hamil Mengundang Bahaya Tak Disangka
Menurut Healthline, ibu yang menghidap herpes ketika mengandung berkemungkinan untuk mendedahkan virus tersebut pada bayinya, sama ada ketika dalam kandungan, atau ketika ingin bersalin.
Malah, atas sebab itu juga, doktor pakar tidak menggalakkan ibu-ibu hamil untuk melakukan oral seks saat hamil, terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.
Oral Seks Saat Hamil: Bahaya Jangkitan Herpes Pada Bayi Baru Lahir
Walaupun pemindahan jangkitan herpes kepada bayi adalah sangat jarang berlaku, tetapi ia satu jangkitan serius yang harus dipandang berat oleh setiap ibu bapa!
Gangguan jangkitan seksual (STI) ini biasanya disebarkan melalui seks, seks oral, dan seks anal. Di Amerika Syarikat sendiri, hampir 1,200 hingga ke 1,500 bayi baru lahir dijangkiti herpes setiap tahun.
Jangkitan herpes pada bayi baru lahir akan membuatkan keradangan otak, malah juga kematian! Ibu-ibu yang mengalami jangkitan herpes ketika mengandung amat berisiko untuk “menurunkan” ia kepada bayi.
Mencegah Jangkitan Herpes Pada Bayi Baru Lahir
Untuk mengelak jangkitan herpes pada bayi baru lahir anda, sentiasa pakai kondom semasa melakukan hubungan seks. Tak kisahlah sama ada seks melalui faraj mahupun seks oral.
Gunakan juga dental dam yang boleh mencegah penyebaran virus. Ubat-ubatan anti-viral juga mungkin akan diberi jika anda disyaki mengalami jangkitan.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!
Posisi Seks Apa Yang Selamat Ketika Trimester Ketiga Kehamilan?
Artikel ini asalnya ditulis oleh Bianchi Mendoza dan mendapat kebenaran theAsianparent Philippines untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan