4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!

undefined

Dalam excited dengan bayi dalam kandungan, ibu jangan buat 4 pantang larang semasa hamil ini ya! Kalau tak, perkembangan otak bayi boleh terjejas!

Kehamilan adalah satu pengalaman yang amat menerujakan bagi semua wanita. Tapi, dalam excited itu, jangan pula ibu-ibu terlupa pantang larang semasa hamil, ya!

Pantang larang semasa hamil seperti apa yang anda buat setiap hari, makan dan minum sebenarnya boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan – terutamanya pada otak bayi.

Jadi sebab itu sebagai ibu hamil, anda perlu lebih berhati-hati dan mengambil tahu tentang semua maklumat. 

Baca juga: BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Berikut antara empat perkara yang boleh menjejaskan perkembangan otak bayi dan harus dipandang serius oleh bakal-bakal ibu:

4 pantang larang semasa hamil yang boleh jejaskan otak bayi

pantang larang semasa hamil

Kredit: Shutterstock

1. Jangan lupa lakukan pemeriksaan untuk masalah genetik

 

Terdapat banyak masalah genetik yang boleh menyebabkan kecacatan otak pada bayi dalam kandungan. Contohnya seperti:

  • Sindrom Down, Phenylketonuria dan penyakit Tay Sachs
  • Kecacatan kongenital yang boleh berlaku pada kedua-dua ibu bapa (lalu anak pun membawa gen ini)

Sebab itu penting untuk ibu hamil selalu melakukan pemeriksaan pranatal dan imbasan ultrasound sebelum tarikh due date.

Ini supaya anda dapat mengetahui jika ada sebarang masalah pada perkembangan bayi dan mendapatkan pandangan pakar.

2. Jangan terdedah pada benda bertoksin dan berbahaya

pantang larang semasa hamil

Kredit: economictimes.com

  • Antara pantang larang semasa hamil yang penting ialah ibu hamil jangan terdedah pada plumbum, merkuri, atau sebarang persekitaran yang berbahaya. Persekitaran ini mampu menjejaskan intelektual bayi!
  • Anda toksin yang kerap didedahkan kepada ibu hamil adalah alkohol, asap rokok atau dadah. Jadi second-hand smoker pun boleh memberi kesan pada bayi anda!
  • Ibu mengandung tidak boleh minum alkohol atau merokok kerana ia boleh menyebabkan janin mengalami sindrom.

3. Jangkitan bakteria atau kecederaan parah

pantang larang semasa hamil

Ibu mengandung lebih terbuka untuk terkena jangkitan bakteria. Antara jangkitan yang bahaya pada bayi dalam kandungan ialah jangkitan meningitis dan campak.

Jadi ibu, waspada dan jangan terlalu terbuka dengan orang sakit. Jaga kesihatan badan anda sendiri supaya bayi dalam kandungan tidak terjejas.

4. Komplikasi ketika kehamilan

  • Bayi yang kekurangan oksigen ketika dalam proses bersalin akan mengalami kecederaan otak dan kecacatan intelektual
  • Bayi pramatang juga lebih mudah terjejas. Terdapat pelbagai punca kelahiran bayi pramatang. Salah satunya ialah pra eklamsia. Keadaan ini akan menjejaskan ibu malah bayi
  • Pra eklamsia akan mengehadkan plasenta daripada mendapatkan darah. Hasilnya, bayi akan lahir lebih kecil dari bayi normal.

Jika anda mengalami sebarang komplikasi, sila dapatkan pakar dengan segera. Semoga anda mengambil berat akan pantang larang semasa hamil ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 4 pantang larang semasa hamil mengikut trimester, jangan sampai terbuat ya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!