Rahsia Zodiak Menandakan Isteri Si Queen Control, Adakah Anda Salah Satu Daripadanya?
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, dikatakan golongan isteri yang lebih mengawal semua perkara. Justeru, kenali pasangan anda menurut zodiak mereka!
Bergelar suami isteri pastinya akan ada satu pihak yang cuba mengawal segalanya dalam rumah tangga. Namun, tidak dinafikan keadaan ini sebenarnya berlaku atas alasan untuk ‘kebaikan’ bersama. Justeru, semak sikap pasangan menurut zodiak ini adakah anda tergolong sebagai queen control?
Memiliki isteri dengan sifat dan keperibadian suka mengawal adalah sesuatu yang menakutkan bagi para lelaki. Meskipun bagi sesetengah wanita menganggap ia memberikan kebaikan, namun sebenarnya secara tidak sedar memberikan kesan buruk terhadap hubungan.
Karakter pasangan menurut zodiak
Sekiranya isteri bersikap mengawal dan mengurus sendiri setiap perkara, para suami mungkin akan takut untuk berkomunikasi secara terbuka dan sanggup menyimpan rahsia setiap perkara yang berlaku.
Hal ini adalah untuk mengelakkan perselisihan faham yang boleh memudaratkan keharmonian rumah tangga. Meskipun ia adalah sangat sulit untuk diubah, namun setiap manusia dapat merasakan sifat ini dalam diri sendiri.
Jika dirasai terlalu melampau, anda perlu menghentikan perilaku sebegini kerana suami mungkin akan berasa terbeban dan fed up untuk berada di dalam rumah bagi tempoh masa yang lama.
Untuk lebih memudahkan, ahli astrologi telah membuat 5 ramalan tentang pasangan menurut zodiak yang cukup membuktikan anda seorang queen control ataupun tidak.
#1. Leo
Secara umumnya, wanita dengan zodiak Leo ini adalah sangat serius dan tenang. Namun entah bagaimana, mereka tidak meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap pasangan.
Justeru, anda mungkin akan cenderung untuk mengawal dan mengatur setiap perkara dalam hidup pasangan. Silap-silap mungkin sanggup pasang spy atau whatsapp web dekat komputer riba di rumah!
Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan berusaha membentuk diri pasangan dengan cara yang diidamkan.
#2. Sagitarius
Isteri dengan zodiak Sagitarius ini selalunya baik dalam mengendalikan orang lain. Tetapi anda mungkin tidak suka untuk mematuhi setiap perintah.
Anda tidak suka orang lain masuk campur dalam kehidupan peribadi dan gemar melakukan perkara mengikut kehendak diri sendiri tanpa mendengar pendapat pasangan.
Selain itu, anda banyak mengawal suami hanya kerana keinginan anda dipenuhi dengan baik. Pasangan mungkin akan hilang kuasa dengan sikap ini.
#3. Libra
Isteri dengan zodiak Libra lebih terarah untuk memimpin keluarganya. Mereka selalu ingin melakukan pembaharuan setiap saat dalam kehidupan dan tidak gemar kekal dalam keadaan yang sama.
Dalam mengendalikan suami pula, anda mungkin akan memberikan arahan setiap perkara dalam menguruskan anak, kebersihan rumah dan keperluan ahli keluarga.
Namun jika perkara yang diinginkan tidak dipenuhi, mungkin sahaja perang dunia akan meletus bila-bila masa sahaja!
#4. Virgo
Wanita dengan zodiak ini dikenali sebagai seorang penyayang dan sangat mencintai suami. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh perasaan yang mendalam terhadap pasangan mungkin membuatkan anda tidak boleh melihat suami bersama dengan orang lain.
Ia mungkin sahaja apabila suami berjumpa kawan-kawan, ahli keluarga atau lebih naik angin berbual bersama wanita lain.
Disebabkan rasa tergugat, sifat ini mendorong anda untuk mengawal pasangan setiap saat. Mungkin sahaja setiap 10 minit akan lakukan video call bagi memastikan suami tidak bersama yang lain.
#5. Scorpio
Perwatakan wanita dari zodiak Scorpio juga dikenali sebagai wanita yang penuh perasaan cinta terhadap pasangan. Disebabkan ini, anda menjadi terlalu protektif dan mengawal suami sepenuh hati.
Tahu sahaja apabila diri sendiri hilang rasa percaya, selalu tidak tenang memikirkan suami di luar dengan siapa, tentu akan berusaha memastikan dirinya adalah hak milik anda seorang.
Siapa sanggup berkongsi atau diam-diam suami pasang yang lain, kan? Anda juga mungkinmengawal kewangan suami dan memegang kad ATM miliknya kerana berpendapat bahawa lelaki berduit akan enjoy bersama wanita lain.
Kesimpulannya, alam perkahwinan sememangnya penuh dugaan. Hanya pasangan jiwa kental sahaja mampu menghadapi suka dan duka bersama sehingga masih berusaha mencipta kebahagiaan.
Bagi isteri yang bertindak queen control pula akan merasakan tindakan ini sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi kepentingan diri serta anak-anak.
Sumber: Suara.com
Kredit foto: baituljannah, rencah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: