Jantung Terhenti, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Lepas Acara Hari Sukan Di Sekolah

undefined

Ketahui cara rawatan awal yang boleh diberikan sekiranya mangsa mengalami jantung terhenti secara tiba-tiba.

Selepas mengambil bahagian dalam acara larian pada temasya sukan di padang Kolej Matrikulasi Labuan Sabah, seorang pelajar tingkatan 4 meninggal selepas rebah dan tidak sedarkan diri. 

Norsahfiza Jaratin, 16 tahun merupakan wakil pelari pecut acara 200 meter bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha. 

Ketika sampai di garisan penamat dalam temasya sukan tahunan itu, dia dipercayai tidak sedarkan diri kemudian selang beberapa minit di Hospital Nukleus Labuan dia telah meninggal dunia. 

Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 8.55 pagi di mana guru sekolah, Zaharah Mat Jali cuba memberi rawatan pertolongan cemas kepada Sahfiza, namun gagal dan dia tidak memberikan sebarang respon. 

Menurut Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, seorang guru sekolah tersebut segera hubungi pihak ambulans namun pelajar itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. 

Namun, pihak hospital belum mengesahkan sama ada Norsahfiza diserang sawan atau mengalami jantung terhenti. Laporan kejadian telah dibuat di balai polis berdekatan oleh pengetua sekolah terbabit. 

Insiden pelajar tingkatan 4 meninggal – Bantuan asas hayat yang boleh diberi jika kejadian sama berulang 

pelajar tingkatan 4 meninggal, pelajar tingakatan empat meninggal dunia, pelajar sekolah maut, maut selepas bersukan, mati selepas bersukan, pelajar mati lepas bersukan di sekolah, pelajar sekolah meninggal dunia lepas acara sukan

Bantuas asas hayat merupakan rawatan kecemasan awal melalui kaedah resusitasi kardio – pulmonari bagi membantu mangsa apabila denyutan jantung terhenti secara tiba-tiba. 

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menyelamatkan mangsa sementara menunggu bantuan kecemasan tiba. 

Tanda-tanda jantung terhenti: 

Kaedah melakukan bantuan asas hayat 

pelajar tingkatan 4 meninggal, pelajar tingakatan empat meninggal dunia, pelajar sekolah maut, maut selepas bersukan, mati selepas bersukan, pelajar mati lepas bersukan di sekolah, pelajar sekolah meninggal dunia lepas acara sukan

  1. Pastikan persekitaran anda dan mangsa di kawasan yang selamat dan tidak berbahaya. 
  2. Periksa tindak balas mangsa seperti menyebut namanya (jika kenal mangsa) atau tepuk kedua-dua bahu mangsa secara sederhana. 
  3. Buka saluran pernafasan mangsa dengan cara mendongakkan dahi dan angkat dagu mangsa. 
  4. Bantuan pernafasan dengan cara picit hidung mangsa dan berikan dua hembusan nafas sebanyak dua kali berturut-turut selama dua saat dalam setiap hembusan di mulut mangsa. Kemudian pastikan anda melihat pergerakan dada mangsa. 
  5. Peredaran darah dan tekanan dada. Jika mangsa tidak bernafas, posisikan diri anda di sebelah dada mangsa. Lakukan tekanan dada sebanyak 30 kali secara berterusan diikuti memberi dua hembusan nafas dan lakukan sebanyak lima kali pusingan. Pastikan juga tangan anda diletakkan di atas bahagian tengah dada mangsa dalam kelajuan 100 hingga 120 kali tekanan seminit.

Sebagai ibu bapa, pastikan anak sihat sepenuhnya sebelum membenarkan dia menyertai sebarang aktiviti lasak di sekolah mahupun tempat awam.

Semoga adik Norsahfiza ditempatkan di kalangan para ahli Syurga dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Salam Takziah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : The StarKosmo, My Health 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-serangan-jantung/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!