5 pelakon Bollywood yang pernah keguguran, ikuti kisah kecekalan mereka ini...
Pelakon Bollywood ini pernah mengalami kejadian yang menyedihkan dalam hidup mereka, iaitu keguguran anak. Lihat kisah mereka.
Keguguran adalah perkara yang menyakitkan bagi mana-mana wanita apabila harapan mereka untuk memeluk bayi dalam kandungan tak kesampaian.
Perkara ini juga pernah berlaku pada pelakon Bollywood ini. Jom ikuti kisah menyayat hati mereka. Lihatlah bagaimana kuat dan cekal mereka menghadapi kisah duka ini.
5 pelakon Bollywood yang pernah keguguran
1. Gauri Khan
Walaupun kini mereka bahagia dengan tiga orang anak, isteri kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan ini pernah mengalami keguguran sebelum mereka melahirkan anak pertama mereka, Aryan.
Gauri mengalami keguguran pada tahun 1997. Shahrukh Khan pernah berkata
“Sebelum Aryan lahir, kami telah mengalami keguguran beberapa kali. Tapi kemudian Aryan lahir. Walaupun kami menginginkan anak perempuan sulung, tapi kami tetap gembira dengan kelahiran Aryan.”
2. Rashami Desai
Pelakon Bollywood yang berjaya membawa watak antagonis sebagai Tapasya dalam drama Uttaran ini telah jatuh cinta dan berkahwin dengan Nandish pelakon yang sama-sama berlakon dalam drama ini. Mereka berkahwin pada tahun 2012.
Beberapa bulan selepas berkahwin, Rashami telah disahkan hamil tapi sayangnya kehamiilannya berakhir dengan keguguran.
Pasangan ini juga tak dapat mempertahankan perkahwinan mereka dan bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga.
3. Kajol
Kajol yang berkahwin dengan Ajay Devgan ketika kareernya sedang berada di puncak pada tahun 1999. Empat tahun selepas itu dia dikurniakan seorang anak, Nysa.
Sebelum Nysa lahir, Kajol pernah hamil dua tahun selepas berkahwin tapi mereka terpaksa menggugurkan kandungan kerana anaknya hamil di luar rahim.
4. Kiran Rao
Isteri kepada pelakon popular Aamir Khan ini telah disahkan hamil pada tahun 2009. Empat tahun selepas perkahwinan mereka. Tapi malangnya mereka mengalami keguguran.
“Kiran dan saya telah kehilangan anak walaupun kami telah cuba menjaganya dengan baik, tapi kami tak boleh mencegah perkara ni dari berlaku.”
Mereka tak pernah berhenti berusaha untuk mendapat anak dan selepas gagal berulang kali, mereka akhirnya membuat keputusan untuk mempunyai anak melalui ibu tumpangan.
Mereka dikurniakan anak pada tahun 2011 melalui ibu tumpangan.
5. Shilpa Shetty
Shilpa Shetty yang berkahwin dengan ahli pernigaan pada tahun 2009 telah melahirkan anak pertamanya pada tahun 2012.
Tapi, sebelum melahirkan anaknya, Shilpa pernah mengalami komplikasi kehamilan pada tahun 2010 dan mengalami keguguran.
“Ketika saya mengetahui yang saya mengandung buat pertama kali, saya sangat gembira. Tapi kemudian saya mengalami keguguran dan saya ingat saya tak boleh hamil lagi.”
Tapi Shilpa bernasib baik kerana dapat merasa kebahagiaan untuk menjadi seorang ibu kepada anaknya Viaan Raj Kundra.
Semoga kisah pelakon Bollywood ini dapat menguatkan semangat anda untuk terus cuba mendapatkan anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di theAsianparent Malaysia
Sumber asal ditulis oleh Fitriyani, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia
Baca juga: