Kerja Basuh Baju Jadi Lebih Mudah Bila Anda Ikut Tips Ini, Pasti Pakaian Anak & Suami Berbau Wangi!

undefined

Ini cara yang betul bila anda mahu menggunakan pelembut dalam pakaian semasa dibasuh.

Sebab utama kita membersihkan pakaian tentunya untuk membuang segala kotoran, kuman dan debu yang mungkin melekat pada baju yang dipakai seharian.

Atas sebab itu juga ramai orang suka menggunakan pelembut pakaian supaya dapat membawa kelembutan, kesegaran dan penambah baikan pada kain walaupun telah dicuci berulang kali. 

Ini kerana, kita semua inginkan keharuman dan kesegaran sepanjang hari serta bergaya, walaupun pakaian tersebut sudah lusuh. Malah dengan pelembut pakaian juga, diri lebih tampil berkeyakinan dan selesa menggayakan busana tersebut. 

Oleh sebab banyak kehadiran pelbagai produk detergen seperti Downy maka matlamat membersih dan mengharumkan pakaian berjaya dicapai secara bersama-samaan. Bila dicuci, pakaian terus jadi wangi, lembut dan bersih! 

Sebagai langkah mendapatkan hasil cucian yang bersih dan wangi tentulah perlu dimulakan dengan detergen dan cairan pelembut pakaian yang sesuai seperti Downy. 

Scha Alyahya dan pelembut pakaian Downy meraikan wanita seadanya 

pelembut pakaian, pelembut baju, pelembut kain, pelembut pakaian anak, pewangi pakaian, pewangi kain, pewangi baju anak, pewangi pakaian si manja, pewangi pakaian si comel

Baru-baru ini, Scha Alyahya telah bergabung memberi inspirasi kepada kaum wanita tentang cara dan bagaimana beliau merangkul diri semulajadinya supaya berkembang sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan personaliti Malaysia yang dikenali. 

Kempen “Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya” bertujuan bagi menggalakkan wanita supaya bangga dengan keperibadian yang unik dan kecantikan semulajadi mereka. 

Dalam masa yang sama, Downy memperkenalkan produk keluaran terbaru yang diberi nama  Downy Natural Aqua Ocean dan Downy Natural Secret Garden. 

Rangkaian Downy Natural yang dilancarkan dalam majlis itu mempunyai aroma tahan lama yang dapat melengkapkan haruman semulajadi seorang wanita supaya tetap yakin dan segar sepanjang hari. 

pelembut pakaian, pelembut baju, pelembut kain, pelembut pakaian anak, pewangi pakaian, pewangi kain, pewangi baju anak, pewangi pakaian si manja, pewangi pakaian si comel

Kedua-dua produk ini juga memiliki aroma yang segar dan tahan lama yang diilhamkan oleh keajaiban alam semula jadi sekaligus membuatkan wanita berasa yakin apabila menggayakan pakaian mereka. 

Produk Downy yang baru ini diambil dari inspirasi alam semulajadi sekaligus mengingatkan kaum wanita tentang lautan biru yang aman dan menenangkan. 

Downy Natural Aqua Ocean  dan  Downy Natural Scent Garden mempunyai bunga-bungaan yang menyegarkan sekaligus memberikan rasa selesa dan membawa wanita ke sesuatu tahap peningkatan serta keyakinan yang tinggi. Ia juga dilengkapi dengan aroma semulajadi yang dikuasai oleh haruman lain. 

Cara menggunakan pelembut baju supaya tahan lama dan wangi 

pelembut pakaian, pelembut baju, pelembut kain, pelembut pakaian anak, pewangi pakaian, pewangi kain, pewangi baju anak, pewangi pakaian si manja, pewangi pakaian si comel

Sekiranya anda telah memilih cairan pelembut pakaian yang tepat anda boleh perhatikan jumlah yang perlu digunakan juga supaya sesuai dengan kuantiti pakaian yang dicuci. Berikut cara betul yang harus anda ikuti: 

  • Tidak menggunakan pelembut pakaian melebihi sukatan yang disarankan kerana sekiranya terlalu banyak detergen digunakan ia mengambil proses lebih lama untuk dicuci dan jika terdapat sisa detergen ia boleh mengeluarkan bau yang kurang sedap. 
  • Tambahkan produk ini pada cucian terakhir supaya sisa buih boleh hilang dan pakaian bersih semasa dikeringkan. 
  • Keluarkan pakaian dan jangan biarkan terlalu lama dalam mesin basuh kerana ia boleh membuatkan cucian kembali berbau. 
  • Keringkan pakaian dan jangan biarkan ia lembab atau terkena hujan. Bila sudah kering, angkat segera, lipat dan simpan dalam almari pakaian. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Klik Dokter

Sumber: Cleanipedia 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsebab-berbahaya-untuk-berhenti-mengeringkan-baju-dalam-rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!