Sebagai artis yang terkenal di serata dunia, sudah tentu kelima-lima artis Bollywood ini perlu menjaga kecantikkan mereka agar sentiasa nampak cantik. Mereka juga perlu kekal muda supaya produser masih mengambil mereka berlakon filem.
Walaupun kebanyakkan artis mengambil jalan mudah dengan menyuntik botox atau membuat pembedahan plastik, tetapi 5 pelakon Bollywood ini memilih untuk menjaga kulit dan wajah mereka secara semulajadi.
Anda agak-agak apa rahsia mereka kekal muda dan tak dimamah usia langsung? Jom kita selami apa rahsia kekal muda yang 5 artis Bollywood ini amalkan.
Rahsia kekal muda #1: Rekha
Rekha merupakan salah seorang pelakon Bollywood yang masih aktif berlakon.
Walaupun sudah berusia 63 tahun, wajahnya kini nampak tidak berbeza dengan wajahnya semasa muda. Apa agaknya rahsia kekal muda Rekha, ya?
Sebenarnya, untuk penjagaan wajah, Rekha akan membersihkan wajahnya sebelum tidur dan melakukan rawatan spa untuk kulit tetap tegang.
Manakala untuk kesihatan rambut, dia guna ramuan khas yang diperbuat dari yogurt, madu dan putih telur. Rekha tidak guna sebarang produk rambut yang ada bahan kimia.
Dia juga tidak menggunakan pengering rambut kerana tidak mahu merosakkan rambutnya yang cantik itu.
Bagi kesihatan badan, Rekha akan minum 10-12 gelas air putih setiap hari dan mengamalkan diet yang sihat. Dia tidak makan makanan segera, makanan yang bergoreng atau yang terlalu masak.
Dia juga menjalani gaya hidup sihat dengan menjadi vegetarian, makan banyak buah serta kekacang,
Selain menjaga makan, Rekha juga bersenam setiap hari selama 10-15 minit agar tetap cergas. Dia mempraktikkan yoga dan meditasi selama bertahu-tahun. Selain itu, Rekha juga suka menari!
Rahsia kekal muda #2: Sonali Bendre
Sonali yang popular pada akhir tahun 90-an ini masih aktif berlakon sebagai artis jemputan. Salah satu filemnya adalah Kal Ho Na Ho. Dia dianggap artis yang paling cantik di era 90-an.
Sayangnya selepas berkahwin, Sonali meninggalkan dunia perfileman. Tapi kemunculannya kembali dalam drama tv menunjukkan yang dia masih kekal muda dan cantik. Ini rahsianya:
Sonali merawat kulitnya yang sensitif dengan pelembab dan toner. Dia juga tidak menggunakan terlalu banyak make-up.
Dia guna sabun muka untuk kulit sensitif agar tidak berminyak. Untuk perawatan rambut, Sonali menggunakan minyak kelapa yang memiliki anti bakteri.
Sonali juga menjaga makan, dia makan setiap 2 jam sekali. Dia menghindari makanan bergoreng dan makanan berminyak, juga makanan segera seperti burger dan pizza. Untuk menjaga kecergasan tubuh, Sonali melakukan senaman 3 kali seminggu selama 1 jam.
Rahsia kekal muda #3: Madhuri Dixit
Siapa yang tak kenal Madhuri Dixit? Pelbagai filemnya bersama Shah Rukh Khan meraih keuntungan dan filemnya masih ditayangkan sehingga sekarang seperti Dil To Pagal Hai dan Hum Tumhara Hain Sanam.
Bila melihat gambar ketika muda hingga sekarang, tidak banyak beza kecuali dia nampak lebih matang dan cantik.
Madhuri menggunakan campuran madu, perahan lemon, dan timun yang dicelup ke dalam susu untuk merawat kecantikan kulitnya pada waktu malam. Dia juga rajin mencuci muka 2 kali sehari, dan menggunakan toner setiap malam.
Untuk rambut, dia guna minyak rambut, syampu dan conditioner. Untuk minyak rambut, dia memakai campuran minyak zaitun dan minyak kastor. Untuk conditioner rambut dia membuatnya sendiri menggunakan campuran mayonis dan pisang.
Pelakon yang selalu menjadi pelakon utama ini menjaga makannya dengan makan banyak buah-buahan dan sayur. Serta tidak minum minuman bergas dan makanan berminyak.
Madhuri sangat suka menari, ia adalah senaman yang disukainya. Dia mempraktikkan tarian Kathak 3 hari dalam seminggu. Dia juga melakukan senaman kardio, angkat berat dan yoga 2 kali seminggu.
Rahsia kekal muda #4: Juhi Cawla
Juhi Chawla yang popular di era 90-an dan awal tahun 2000 ini, dikenali dengan senyuman lebarnya yang cantik. Dia juga menjaga kecantikannya dan tetap kekal muda.
Juhi menggunakan pelembab dan krim mata untuk membuat kulitnya sentiasa lembap. Dia juga memakai pembersih mild untuk kulit wajahnya. Dia ada rutin yang ketat, iaitu tidak tidur dengan memakai make up. Dia selalu membersihkan wajahnya dengan baby oil sebelum tidur.
Juhi minum 6-8 gelas air putih setiap hari. Dia memulakan hari dengan minum air putih atau segelas jus lemon dengan madu. Juhi memilih makanan yang dipanggang dan direbus daripada digoreng.
Untuk menjaga badan, Juhi melakukan yoga Iyengar dan lari di treadmill selama setengah jam. Serta meditasi setiap hari.
Rahsia kekal muda #5: Sridevi
Semasa hayatnya, Sridevi dikenali dengan rupa yang cantik seperti patung. Dia memiliki rutin kecantikan yang tak pernah diabaikan untuk menjaga penampilannya tetap kekal muda.
Sridevi memakai gliserin dan air mawar untuk menjaga kesegaran kulit wajahnya. Dia juga selalu ke spa untuk urut kepala dan meminyakkan rambut. Dia juga membersihkan make up sebelum tidur.
Sridevi mengamalkan pemakanan sederhana, masakan rumah, juga minum banyak air putih. Menu makanannya terdiri dari buah dan sayuran, serta menghindari makanan yang digoreng, makanan segera dan juga makanan berminyak.
Untuk senaman, Sridevi melakukan fitness, yoga, dan tenis dengan anak perempuannya. Dia aka bersenam setiap hari. Tak hairanlah jika dia tetap kelihatan cantik.
Sridevi telah meninggal baru-baru ini di usia 54 tahun akibat lemas di dalam tab mandi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Ibu 49 Tahun Ini Sungguh "Bergetah" Sampai Dianggap Kekasih Anak Sendiri!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!