X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Obses nak jadi Angelina Jolie, remaja ini sanggup buat 50 pembedahan plastik

3 min bacaan
Obses nak jadi Angelina Jolie, remaja ini sanggup buat 50 pembedahan plastik

Gara-gara obses dengan Angelina Jolie, remaja ini sanggup melakukan hampir 50 pembedahan plastik jadi Angelina Jolie. Boleh ke remaja melakukan pembedahan plastik?

Pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Pernah tak anda berangan anda bangun tidur dan tiba-tiba anda jadi artis Hollywood kegemaran anda? Mungkin jadi Scarlett Johansson ke… Atau Angelina Jolie? Sanggup anda buat pembedahan plastik jadi Angelina Jolie?

Itulah yang dilakukan oleh remaja berusia 19 tahun ini. Sahar Tabar, berasal dari Iran dikatakan amat obses dan menggemari pelakon Angelina Jolie. Siapa yang tak kenal dengan pelakon Tomb Rider itu, kan? 

Oleh sebab terlalu obses dengan beliau, Sahar sanggup melakukan hampir 50 pembedahan plastik jadi Angelina Jolie! Dia juga dilaporkan berdiet untuk hilang berat badan hampir 34 kilo bagi kelihatan macam bekas isteri Brad Pitt itu. 

pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Inilah rupa Sahar sebelum dan selepas pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Remaja buat pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Remaja itu kemudiannya memuatnaik gambar transformasinya ke akaun Instagram. Di sana, ramai netizen mengecam Sahar dengan kejam dan mengatakan dia kelihatan seperti zombie, bukan Angelina Jolie.

Malah, ada juga komen pedas yang mengatakan Sahar kelihatan seperti salah satu karakter dalam The Corpse Bride, sebuah filem arahan Tim Burton!

pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Walaubagaimanapun, masih ada banyak spekulasi yang timbul selepas Sahar mendakwa dia menjalani pembedahan plastik jadi Angelina Jolie itu. Ramai netizen mengatakan gambar-gambar Sahar sama ada disunting dengan photoshop, alat solek atau prostetik.

Selamat ke jika remaja menjalani pembedahan plastik?

Obses Sahar untuk kelihatan seperti Angelina Jolie mungkin adalah kerana sejenis gangguan yang digelar sebagai body dysmorphic disorder, atau BDD. 

BDD adalah sejenis gangguan psikiatri di mana seseorang individu akan terlalu obses dengan “kecacatan” pada diri atau penampilan mereka. Ia menyebabkan mereka rasa terganggu dan gagal untuk bertindak normal seperti biasa.

Kini, ramai remaja menderita dengan gangguan psikiatri ini. Yang lebih membimbangkan, ada juga remaja semuda usia 13 tahun menghidap gangguan ini!

Pembedahan plastik tidaklah terlalu buruk, kadang-kala ia penting untuk membantu mangsa kebakaran atau mangsa asid. Tai, remaja mungkin menganggap pembedahan plastik adalah jalan untuk menutup “kekurangan” mereka.

pembedahan plastik jadi Angelina Jolie

Pembedahan plastik jadi Angelina Jolie seperti ini tanda remaja memerlukan bantuan

Pembedahan plastik membawa pelbagai risiko, terutamanya untuk para remaja. Melakukan pembedahan plastik pada usia yang terlalu muda akan membawa kepada ketagihan pembedahan plastik. 

Ketagihan ini mampu menyebabkan kematian!

Remaja yang melakukan pembedahan plastik di usia muda merupakan satu tanda “meminta bantuan” di mana mereka mungkin mengalami masalah imej badan.

Ini antara cara ibu bapa boleh buat untuk mengelak anak-anak anda rasa tak yakin dengan rupa dan badan mereka sendiri:

  1. Buat mereka rasa disayangi dan dihargai. Biar anak anda tahu yang anda akan selalu ada untuk mereka. Mereka juga perlu tahu mereka cantik, luar dan dalam. Beri mereka pujian untuk meningkatkan keyakinan.
  2. Sentiasa bersedia untuk melindungi mereka. Remaja cenderung merasa kurang cukup dengan diri sendiri, terutamanya kerana badan mereka sedang mengalami perubahan. 
  3. Cakap dengan mereka tentang apa itu penampilan diri. Ajar mereka untuk menjaga diri sendiri dan membentuk imej mereka sendiri.
  4. Jadi contoh. Sebagai ibubapa, anda juga perlu memiliki imej badan yang positif. Anda kena yakin dengan kulit/badan anda sendiri. Barulah mereka tahu apa erti mencintai diri sendiri.

 

 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsaya-mahu-menjadi-makhluk-asing-yang-tidak-berjantina/

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Obses nak jadi Angelina Jolie, remaja ini sanggup buat 50 pembedahan plastik
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham