Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?
Pendarahan ketika mengandung boleh menjadi petanda bahaya janin dalam kandungan. Sekiranya ini berlaku, ibu hendaklah segera mendapatkan rawatan dari pakar
Pendarahan ketika mengandung adalah perkara yang paling ditakuti oleh bakal ibu. Medilineplus melaporkan 1 dariada 10 wanita berupaya mengalami keadaan ini selama trimester ketiga kehamilan.
Ia terjadi disebabkan oleh serviks atau mulut rahim yang lebih terbuka atau melebar sewaktu hamil. Inilah yang memungkinkan keluarnya sedikit tompokan darah bercampur keputihan atau lendir.
Pendarahan ketika mengandung, ini yang perlu ibu waspada
Pendarahan ketika mengandung boleh menjadi petanda masalah yang lebih serius. Dalam beberapa bulan terakhir kehamilan, ibu dinasihatkan untuk merujuk pakar di klinik berdekatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Kebiasaannya, tompokan darah kecil yang keluar dari vagina boleh terjadi ketika ibu berada pada trimester pertama dan akhir. Sekitar 20 peratus wanita dikatakan mengalami pendarahan atau keluar tompokan berwarna merah muda, merah atau coklat sewaktu trimester ketiga.
Warna coklat yang keluar dari vagina pula menandakan bahawa darah sudah lama berada dalam rahim atau tidak dikeluarkan dari tubuh dengan cepat.
Penyebab keluarnya tompokan coklat ketika trimester terakhir
#1. Kehamilan luar rahim (ektopik)
Dalam beberapa kes, pendarahan ketika hamil yang berwarna coklat ini disebabkan oleh kehamilan ektopik. Kondisi ini berpotensi mengancam nyawa dan memerlukan rawatan hospital secepat mungkin.
Pastikan anda segera berjumpa doktor jika berlaku pendarahan yang disertai dengan gejala:
- Sakit bahu
- Sakit perut dan pinggang
- Lemas atau pengsan
- Sakit kepala yang teruk
- Pening
- Kulit kelihatan pucat atau kaki tangan berasa sejuk
- Degupan jantung lebih cepat
#2. Iritasi serviks
Keluarnya tompokan coklat semasa mengandung yang disebabkan iritasi serviks boleh terjadi bila-bila masa sahaja ketika kehamilan. Sewaktu berbadan dua, terjadi peningkatan hormon dan aliran darah ke rahim atau serviks.
Keadaan ini membuatkan serviks menjadi sangat sensitif sehingga akhirnya menyebabkan pendarahan. Selain itu, hubungan seksual yang begitu ganas, pemeriksaan serviks oleh doktor dan jangkitan kuman turut menjadi punca ia berlaku.
#3. Gangguan pada plasenta dan serviks
Dalam kes yang jarang terjadi, pendarahan berwarna coklat semasa mengandung boleh menjadi petanda adanya masalah pada plasenta seperti plasenta previa atau infeksi pada rahim.
Plasenta previa adalah di mana kedudukan uri di bawah menghalang jalan keluar bayi. Ia akan menyebabkan pendarahan dan memberi ancaman terhadap nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
#4. Keguguran
Sebarang jenis pendarahan semasa kehamilan boleh menjadi tanda awal keguguran. Ia biasanya akan disertaai dengan gejala seperti:
- Sakit punggung
- Kekejangan dan sakit perut
- Keluar darah berwarna merah dalam jumlah yang banyak
- Keluarnya darah beku dari vagina
#5. Tanda-tanda melahirkan bayi
Keluarnya darah coklat ketika trimester terakhir boleh menjadi petanda bahawa waktu bersalin sudah semakin dekat. Sewaktu tubuh bersedia untuk melahirkan bayi, pintu rahim akan lembut dan mengeluarkan lendir.
Keadaan ini adalah untuk melindungi rahim daripada serangan bakteria atau kotoran dari tubuh. Biasanya, lendir yang keluar adalah berwarna putih, coklat, merah atau bahkan sedikit kehijauan.
Sekiranya keluar tompokan coklat semasa mengandung 36 hingga 40 minggu, ia merupakan tanda-tanda bakal bersalin tidak lama lagi.
Kesan keluarnya tompokan coklat ketika trimester ketiga
Meskipun pendarahan berwarna coklat semasa mengandung adalah perkara yang normal, para ibu tetap dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan pemeriksaan doktor kandungan.
Lebih-lebih lagi jika ia muncul bersama gejala lain seperti sakit teruk, pendarahan yang banyak dari vagina, demam, berasa kekejangan atau kontraksi pada rahim.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan disertai dengan rawatan lain bagi memastikan ibu mengandung serta janin berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Selain mendapatkan rawatan klinik, doktor juga akan menyarankan anda untuk berehat di tempat tidur, mengurangkan aktiviti seharian, tidak mengangkat benda berat dan menjaga tubuh agar kekal hidrasi dengan pengambilan air putih dalam kuantiti yang banyak.
Sumber: Nutrisi guru
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin