Ibu Ini Sempat Menjawab Final Exam Di Hospital Ketika Tengah Sakit Kontraksi Nak Bersalin!

undefined

Semua ibu ada pengalaman bersalin anak pertama yang unik dan penuh kenangan, kan? Tapi ibu ini lebih dahsyat, sempat jawab final exam ketika nak beranak!

Setiap ibu pasti ada pengalaman bersalin yang penuh detik tidak dapat dilupakan malah berbeza-beza, kan? Tapi apa yang dilalui oleh ibu hamil ini wajar dijadikan sebagai inspirasi. 

Sebelum disahkan mengandung, Nayzia Thomas telah nekad untuk menghabiskan ijazah sarjana mudanya. Jadi, berita kehamilannya tidak menjadi penghalang untuk Nayzia.

Dan oleh sebab wanita ini sungguh power, detik nak bersalin pun tak memutuskan semangatnya untuk menjawab kertas peperiksaan akhir dalam bilik bersalin! Punya nekad dan fokus sungguh ibu ini, kan?

Pengalaman bersalin sambil jawab final exam

pengalaman bersalin sambil menjawab peperiksaan

Kredit: Twitter

Nayzia belajar bidang psikologi di Johnson Country Community College di Kansas. Wanita ini bakal menghabiskan semester terakhirnya ketika sarat mengandung.

Dia sebelum ini kekal duduk di kolej ketika kandungan memasuki minggu-39. Nayzia merancang untuk menghabiskan peperiksaan akhir dulu sebelum bersalin.

Tapi, ehem, faham sajalah bayi dalam kandungan ini seperti ada “waktunya yang tersendiri”, jadi tiba-tiba malam itu Nayzia sakit ingin bersalin. 

Namun, pengalaman bersalin Nayzia penuh suka duka yang patut dijadikan inspirasi!

Nayzia tidak sanggup membiarkan dirinya terlepas mengambil peperiksaan akhir tersebut, maka dia sanggup menjawab final exam itu dalam bilik bersalin!

Ibu dengan pengalaman bersalin yang patut dijadikan inspirasi

pengalaman bersalin pengalaman bersalin sambil menjawab peperiksaan

Kredit: Twitter

Jadi itulah apa yang Nayzia telah buat. Selepas selesai menjawab final exam terbabit, keesokan harinya, dia selamat bersalin seorang bayi lelaki.

Walau bagaimanapun, Nayzia tumpah banyak darah, namun nasib baiklah suaminya ada di sisi selepas pengalaman bersalin itu untuk menjaga Nayzia dan anak mereka.

Yang lebih menggembirakan, Nayzia bukan saja selamat bersalin, malah dia juga berjaya lulus final exam tersebut dengan GPA 3.5. Yay, tahniah Nayzia!

Pengalaman bersalin yang unik ini telah tular di Twitter dengan memperoleh hampir 93,000 likes dan 18,000 retweets. 

Apa yang dilalui oleh Nayzia menunjukkan kecekalan dan nekad seorang wanita yang menggalas tanggungjawab di bahunya. Nayzia tak menjadikan berita kehamilannya sebagai batu penghalang untuk menghabiskan ijazahnya.

Malah Nayzia juga tidak gentar untuk menjawab final exam dalam bilik bersalin ketika tengah sarat, tu! Wow! 

pengalaman bersalin, pengalaman beranak, cerita bersalin, cerita beranak

Kredit: Thought Catalog

Sebab itulah pengalaman bersalin Nayzia ini wajar dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita dan ibu hamil yang tengah melanjutkan pelajaran sekarang. 

Menurut kajian pada tahun 2014 oleh Institusi Kajian Wanita, hampir 26% wanita yang sedang melanjutkan pelajaran mempunyai anak yang bergantung pada mereka. 

Ibu lepas bersalin jangan lupa berehat dan berpantang

Nayzia menjelaskan dia akan bercuti dan berehat selama sebulan untuk menjaga bayi baru lahirnya. Semester hadapan baru dia akan melanjutkan pengajian semula. 

Ini untuk memberi ruang buat dirinya berehat selepas pengalaman bersalin yang sungguh menduga itu. 

Apapun, kami di theAsianparent mengucapkan tahniah kepada Nayzia dan keluarganya. Moga kita semua mampu kuat seperti Nayzia!

Sumber rujukan: Yahoo! Lifestyle

Kredit gambar: Twitter Nayzia Thomas

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Perkara Yang Anda Tidak Patut Cakap Pada Wanita Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!