Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

undefined

Dalam satu post IG yang tular, Nina Sabrina Ismail Sabri ada berkongsi isi hatinya tentang pengalaman bersalin, berpantang dan menyusu badan. Semoga ia bermanfaat untuk ibu muda di luar sana.

Pengalaman bersalin yang dilalui Nina Sabrina, isteri Jovian Mandagie

Setiap ibu pasti ada cerita pengalaman bersalin masing-masing. Bukan semua orang ada proses bersalin, kisah berpantang, dan keupayaan menyusu yang sama. Yang pastinya, bagi ibu muda, kisah-kisah sebegini boleh dijadikan panduan dan rujukan apabila tiba masa mereka melalui proses yang sama.

Seperti seorang ibu muda ini, Nina Sabrina Ismail Sabri, isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air Jovian Mandagie, beliau juga ada kisahnya.

Dan, beliau telah pun berkongsi kisah perjalanannya ketika bersalin, berpantang dan menyusukan puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie, di akaun Instagram beliau.

pengalaman bersalin berpantng nina sabrina ismail sabri

Perkongsian dari hati tentang pahit manis bersalin, berpantang dan menyusu badan yang dilalui Nina

***

Sudah lama saya ingin menulis, tapi tidak sempat kerana @princessmandagie (Jeanelle Nika Mandagie) banyak menuntut masa saya… dan separuh masa lagi, saya luangkan untuk “baby” tua @jmandagie (Jovian) apabila dia pulang dari kerja.

Kisah ini adalah untuk ibu-ibu muda dan mereka yang akan jadi seorang ibu suatu hari nanti. Saya merasakan yang ia amat penting untuk saya kongsi.

Jika tiada siapa pernah beritahu anda tentang hal ini, ketahuilah yang selepas anda bersalin, jangan berasa terkejut atau sedih apabila melihat diri sendiri di depan cermin.

Mudah untuk bercakap, tapi saya sendiri memang rasa nak menangis bila saya lihat diri saya di cermin. Kulit mula mengendur, dan rahim akan membengkak sehingga anda kelihatan seperti sedang hamil 2 bulan pula!

Jangan risau, rahim anda akan mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 ke 6 minggu dan perut anda pun akan mengempis. Pastikan anda mengurut dan bersenam. Bagi ibu yang melalui pembedahan c-seksyen seperti saya, perut kita akan membengkak lama sedikit, jadi bersabarlah.

Ya, anda akan berasa kecewa dengan badan anda, tapi percayalah, ia akan jadi lebih baik tidak lama lagi.

Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif yang dapat memotivasikan anda; mereka yang negatif, boleh pergi main jauh-jauh!

Yang penting, kita kena sentiasa happy, makan makanan yang sihat supaya luka cepat sembuh. Sihat itu nombor satu, cantik akan datang kemudian.

pengalaman bersalin czer nina ismail sabri

C-seksyen tidaklah teruk sangat. Saya sendiri takut pada mulanya kerana saya belum pernah kena masuk wad sebelum ini. Nak kena cucuk pun saya takut!

Saya dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan c-seksyen kerana saiz Jeanelle sedikit besar dan pelvik saya kecil saja. Yang penting, bayi dan anda selamat!

Saya kenal beberapa orang ibu yang kecewa selepas c-seksyen, jangan begitu. Kita perlu berasa bangga dengan parut perjuangan kita itu!

Selain memberikan kata-kata positif untuk ibu yang terpaksa melalui pembedahan caesarean ketika bersalin, Nina juga turut berkongsi cerita tentang pengalaman breastfeeding.

Beliau memberikan kata-kata perangsang buat ibu yang kurang bernasib dan tiada susu badan.

Jangan risau jika susu anda kurang pada beberapa hari atau minggu pertama…

pengalaman bersalin anak pertama nina ismail sabri

Saya sendiri tiada susu yang banyak semasa minggu pertama, tapi amatlah penting untuk memastikan bayi kita kekal kenyang. Jadi, saya beri Jeanelle susu formula dulu.

Alhamdulillah, susu saya mula mengalir selepas minggu pertama. Saya perasan rehat yang cukup dan hati yang tenang akan membantu menghasilkan susu badan yang banyak.

Saya tahu ada para ibu di luar sana yang berasa kecewa apabila mereka tidak dapat memberikan susu badan dalam minggu pertama, tapi kalau anda kekal stres, susu tidak akan keluar.

Kalau masih tiada juga susu badan, anda boleh memberikan 50-50 susu badan dan susu formula. Kalau tiada rezeki juga, berikan susu formula.

Ingatlah, ibu yang baik akan menyusukan bayi mereka. Itu saja. Tak kisah sama ada susu badan atau susu formula, yang penting, bayi perlu kenyang dan sihat.

Saya tiada tip yang banyak tentang bagaimana untuk menambah susu badan, tapi Lactoma Mama berkesan untuk saya. Saya juga minum sup herba cina dan ia juga berkesan untuk saya.

Saya juga masih baru dalam hal ini, jadi saya banyak melakukan “try and error”.

***

Nasihat Nina untuk ibu-ibu di luar sana

pengalaman bersalin nina jovian mandagie

Dalam post IG yang tular tersebut, Nina ada memberikan nasihat kepada para ibu muda.

***

Akhir sekali, buat ibu-ibu yang asyik mengutuk mereka yang tidak boleh menyusu badan, shame on you!

Ingatlah untuk sentiasa berlaku baik kepada ibu-ibu yang lain, kita semua ada perjalanan dan kisah masing-masing. Apa yang berkesan untuk anda tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Sebagai rumusannya, kelilingi diri anda dengan orang yang positif. Bagaimana anda membesarkan anak, apa yang anda berikannya makan, bagaimana anda berpantang, dan bagaimana anda bersalin – semua itu pilihan anda!

Orang lain boleh memberi nasihat dan anda boleh mengambil apa yang patut, tapi anda perlu memutuskan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Hanya anda saja yang tahu apa yang terbaik untuk anda dan anak anda. Jika ada orang cuba untuk memaksa anda tentang apa yang anda perlu lakukan, jangan stres.

Lihat dalam mata mereka dan ucapkan terima kasih! Ambil apa yang anda rasakan baik untuk diri, dan abaikan apa yang tidak.

Ingatlah, sahabat dan keluarga yang baik akan memberikan nasihat, tapi mereka yang memaksa anda mendengar nasihat mereka itu hanya mahu menunjuk pandai.

Saya sangat berterima kasih kepada ibu dan rakan saya yang telah berkongsi banyak tip dan cerita mereka semasa saya mengandung.

Saya mendapat banyak ilmu dan ia membantu saya mengatasi banyak masalah sebagai seorang ibu muda.

Anda sangat supportive dalam perjalanan saya sebagai seorang ibu. Anda tahu siapa diri anda, anda memang terbaik!

***

Sehingga kini, post IGnya telah menerima hampir 32k likes dan beratus komen. Ramai ibu lain turut bercerita tentang pengalaman bersalin masing-masing di ruang komen tersebut.

Memang menyentuh hati, kan? Ia sememangnya satu perkongsian yang jujur, dari hati ke hati.

Ibu, mari menjadi lebih baik dan bersikap lembut sesama sendiri. Tidak perlu saling mengutuk dan menyalahkan.

Kita semua seorang ibu, dan setiap dari kita hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. 

 

 

 

Sumber: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!