Lelaki Kongsi Detik Bersalin Isteri Yang Lucu, Tangan Bercalar & Hampir Nak Kena Smackdown!
Lelaki ini berkongsi pengalaman teman isteri dalam wad bersalin
Masuk saja minggu ke-39 kehamilan, tentunya suami dan isteri akan rasa lebih teruja dan bersemangat untuk menyambut kelahiran cahaya mata tak lama lagi.
Namun perasaan gementar dan takut turut hadir terutama bila mengenang isteri yang pertama kali merasai detik ini, tapi kehadiran suami di sisi tentunya membuka semangat pada isteri untuk bersalin dengan lancar dan sempurna.
Sebelum itu, jom kita ikuti perkongsian dari seorang lelaki ini tentang pengalaman lucu semasa teman isteri dalam wad bersalin.
Pengalaman lucu teman isteri dalam wad bersalin
Saya nak kongsi pengalaman teman isteri dalam wad bersalin. Nasihat saya, semasa isteri sedang tahan contraction, pasrah saja apa yang dia nak buat. Kalau dia genggam tangan sekuat hati, biarkan saja. Tapi pastikan tidak memakai cincin, takut cincin pecah.
Jangan risau, contraction datang kita boleh predict. Ada mesin yang diletakkan bersebelahan dengan katil, kalau nampak bacaan semakin hampir ke 99 kena bersedia dari segi fizikal dan kuatkan mental.
Nampak tak graf dekat paling bawah gambar? Itu graf contraction per minit. Paling tinggi maksudnya sedang contraction.
Rezeki saya dapat temankan isteri sebanyak dua kali dalam wad bersalin. Nasihat saya, pastikan anda jaga makan dan minum isteri.
Sebabnya masa ini tenaga diperlukan untuk nantikan proses kelahiran. Pastu kena bersedia dengan kata-kata semangat untuk isteri dan relakan badan untuk dilepaskan rasa sakit isteri.
Masa anak pertama, saya bisikkan kata semangat untuk isteri macam ini “sayang, sayang kena tolong Mieshal (maksudnya push kuat lagi) supaya Mieshal tolong diri dia keluar.
Saya ingatkan sweet habis cakap macam itu, lepas tu isteri saya cakap dia rasa nak smackdown saya masa cakap macam itu. Haha!
Masuk anak kedua, saya lebih berpengalaman kerana setiap kali isteri nak push, saya tolak sama-sama belakang badan isteri. Tapi dalam wad bersalin, saya pun penat dan tak ada masa nak rehat walau sesaat. Saya seolah jadi part time nurse dan guru kaunseling bagi isteri.
Pengalaman lucu di wad bersalin, takut & seriau
Pertama kali masuk wad bersalin, memang rasa seriau bila tengok semua benda.
Tapi pastikan hati dan badan fokus pada isteri sebab dia yang bertarung, jadi kita sebagai suami kena bagi semangat untuk hilangkan rasa takut & kurangkan rasa sakit isteri. Anak pertama sempat berlawak dengan isteri, laju anak keluar.
Bila semua dah selesa, isteri pun dah masuk bilik berehat. Masa ini boleh cek tangan sendiri. Masa anak sulung, bercalar juga lengan saya.
Anak kedua, tangan rasa sakit sebab isteri genggam kuat. Walaubagaimanapun, hargai pengorbanan isteri kerana dia pembawa zuriat dan keturunan kita.
5 tip untuk suami teman isteri bersalin
Ini beberapa cara kalau suami buat keputusan untuk teman isteri dalam wad bersalin.
#1. Pastikan anda tahu apa yang isteri mahu
Pertama kali yang anda perlu buat adalah berbincang dengan isteri tentang apa yang dia mahu dan tidak semasa dalam proses kelahiran. Sebaiknya elak tanya semasa dia sedang sakit nak bersalin, silap hari bulan boleh kena penumbuk kat muka!
#2. Bawa keperluan untuk diri sendiri
Walaupun anda lebih menumpukan perhatian pada isteri tapi kebajikan untuk diri sendiri jangan dilupakan sekiranya anda bermalam di hospital untuk menemani isteri di kamar bersalin. Misalnya bawa selipar, baju sehelai dua, seluar, makanan dan keperluan lain yang anda rasakan perlu.
#3. Lebih fleksibel
Proses kelahiran ini bukan berlaku dalam masa yang singat bahkan anda sendiri tidak jangka bila bayi akan dilahirkan. Jadi anda perlu bersabar dan lebih fleksibel menempuhi apa saja yang akan berlaku. Tapi jangan sesekali minta doktor mempercepatkan proses kelahiran hanya kerana penat menunggu.
#4. Buat sesuatu untuk alihkan perhatian isteri
Tugas suami yang seterusnya adalah mengenalpasti sesuatu yang boleh fokuskan isteri terhadap perhatiannya melayan sakit kontraksi.
Contohnya urut tapak kaki isteri, urut belakang badan isteri, buat tekni bertenang dan pernasan yang betul.
#5. Tahu batas anda
Bilik bersalin adalah tempat paling sibuk kerana ramai pesakit sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Jadi pastikan anda tahu apa yang anda boleh buat dan serahkan tugas tersebut kepada mereka yang lebih bertauliah.
Apapun jangan terkejut jika ada katil sebelah yang tiba-tiba terpekik melolong kerana menahan sakit. Sebab itu adalah keadaan biasa dalam wad bersalin.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Milin
Baca juga
https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-perjuangan-ibu