Staf Perubatan Dah Siap Pakai PPE Lepas Diberitahu Ada Lelaki Pengsan, Tapi Rupa-Rupanya Dia...
Pasukan perubatan siap pakai pakaian khas perlindungan peribadi (PPE) untuk mendekati seorang lelaki yang dipercayai pengsan di tepi sawah yang disangkakan terkena jangkitan Covid-19, tapi rupa-rupanya dia pengsan sebab putus cinta!
Setiap orang mesti pernah mengalami pengalaman putus cinta, kan? Apatah lagi, fasa ini adalah sesuatu yang cukup menyakitkan kerana kita ditinggalkan oleh seseorang yang amat dicintai.
Meskipun pengalaman putus cinta itu mengecewakan hati dan perasaan anda, namun anda harus bijak menanganinya dengan baik kerana hidup perlu diteruskan. Siapa tahu lambat laun anda jumpa orang lain yang lebih
secocok.
Pengalaman putus cinta di musim Covid-19.
Namun berbeza dengan kisah seorang lelaki ini yang boleh dikatakan sedikit lucu kerana membabitkan pasukan perubatan.
Ia bermula apabila penduduk kampung panik dan terkejut melihat seorang remaja terbaring di tepi sawah padi. Lantas mereka terus menghubungi pihak hospital kerana menyangka lelaki berkenaan dijangkiti wabak corona virus.
Kejadian yang mengejutkan ini berlaku di Magetan Jawa Timur, Indonesia.
Lebih-lebih lagi, sekumpulan pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian bersama ambulans dengan peralatan lengkap khas yang digunakan untuk pencegahan Covid-19 iaitu pakaian khas perlindungan peribadi (PPE).
Walaubagaimanapun, belum sempat melakukan sebarang pemeriksaan ke atas lelaki yang pengsan itu tapi secara tiba-tiba dia bangun dan kemudiannya menangis. Lelaki tersebut dipercayai berumur 18 tahun.
Terlalu sedih putus cinta
Selepas pemeriksaan terhadapnya dilakukan, dia rupa-rupanya berkeadaan sebegitu kerana sedih akibat baru putus cinta dengan kekasihnya!
Kisahnya bermula apabila penduduk kampung yang terkejut melihat lelaki berkenaan yang elok menunggang motosikal tapi tiba-tiba terjatuh lalu terbaring di tepi sawah.
Jadi sebab panik sangat mereka pun telefonlah hospital. Bagus kan, ini tandanya mereka ambil berat dengan keadaan yang belaku di sekeliling.
Petugas hospital bersedia dengan pakaian khas
Lebih melucukan, petugas perubatan sudah bersedia dengan kelengkapan khas kerana risau juga kalau lelaki itu benar-benar dijangkiti corona virus.
Namun sebaliknya bertukar haru biru kerana rupa-rupanya dia terbaring di tepi sawah selepas ditinggalkan teman wanita kerana terlalu kecewa.
“Hati saya benar-benar sakit dan sedih kerana masih sayangkan dia. Tapi tiba-tiba dia minta putus jadi saya tidak boleh berbuat apa,” katanya sambil teresak menangis.
Disebabkan itu, petugas perubatan yang ada di situ bertindak memujuk remaja tersebut sambil memberikan kata-kata semangat agar dia bangkit dari pengalaman putus cinta itu, sekaligus tidak terus berputus asa untuk
mendapatkan kehidupannya kembali.
Selepas diberikan kata semangat, remaja itu dilihat tenang dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada petugas perubatan sebelum beredar dengan menunggang motosikalnya semula seperti biasa.
5 tips tangani putus cinta
#1. Lepaskan apa yang terpendam
Jangan bimbang untuk melayani perasaan kecewa itu, ini kerana ramai lelaki beranggapan sedih dan air mata adalah simbol kelemahan.
Namun tanggapan ini sebenarnya salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.
Adalah lebih baik anda memberikan masa beberapa jam untuk menyendiri dan merentas kembali waktu bahagia dulu.
Dengan cara ini dapat membina kembali semangat diri dan memberi ruang untuk menyusun jati diri.
#2. Bukan pengakhiran hidup
Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup kerana masih ramai lagi insan lain yang menyayangi anda seperti keluarga, sahabat dan saudara mara.
#3. Jangan stalk bekas kekasih
Mesti kekadang teringin juga nak stalk bekas kekasih anda kan? Tapi sebaiknya anda padam segala benda yang boleh mengingatkan kembali kepadanya seperti nombor telefon bimbit, gambar, video dan apa saja kenangan anda dengannya.
Ini kerana bila anda kenang kembali sejarah lampau ia hanya membuatkan semangat kembali down.
Apapun tidak guna anda mengenang orang yang sudah tidak lagi pedulikan hal anda. Ia hanya membuang masa sahaja!
#4. Buat aktiviti fizikal dan riadah
Apabila fizikal bergerak secara automatiknya minda juga turut serta. Jadi hadirkan diri ke gimnasium, bermain futsal, berjogging di taman dan lain-lain untuk kekalkan stamin serta mental yang positif.
#5. Sibukkan diri
Sibukkan diri dengan bekerja, melakukan aktiviti menarik, keluar menonton wayang atau kerja-kerja lain supaya anda tidak ada masa untuk ingatkan kembali sejarah putus cinta itu.
Kemudian, anda boleh juga mencuba hobi baru seperti mendaki gunung atau melancong di destinasi yang menarik. Barulah hidup anda kembali tenang dan tidak serabut.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Sinar Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga