Baru-baru ini, seorang lelaki yang mempunyai gejala penyakit Covid-19 menyembunyikan simptom itu dari diketahui oleh kakitangan hospital supaya dia boleh menemani isterinya di wad bersalin.
Menurut laporan yang ditulis oleh USA Today, lelaki itu mendedahkan gejala penyakit tersebut selepas isterinya juga menunjukkan simptom yang serupa selepas melahirkan bayi mereka di hospital.
Di mana isterinya secara tiba-tiba mengalami kesukaran pernafasan hingga membimbangkan kakitangan yang bertugas.
Menurut Jurucakap Perubatan, ibu tersebut memiliki gejala penyakit Covid- 19 selepas bersalin.
Beliau turut menegaskan, inilah yang akan berlaku sekiranya orang yang telah dijangkiti menyorokkan simptom mereka dan tidak berterus terang.
Suami sorok gejala penyakit Covid-19 dari pengetahuan staf hospital
Walaupun, kakitangan di was bersalin itu telah dimaklumkan mengenai kemungkinan tentang pendedahan corona virus itu tetapi mereka dinasihatkan untuk terus bekerja sehingga muncul beberapa gejala.
Hal ini kerana, ada salah seorang kakitangan yang menunjukkan gejala penyakit tapi selepas membuat pemeriksaan swab keputusan yang diperolehi adalah negatif.
Namun begitu, disebabkan undang-undang dan privasi, pihak hospital tidak mahu mendedahkan sama ada ibu, ayah atau bayi baru lahir telah diuji positif dengan virus ini.
Mengenakan langkah pemeriksaan yang ketat
Insiden yang berlaku itu menyebabkan pihak Memorial Hospital Rochester New York mengenakan langkah-langkah pemeriksaan ketat ke atas beberapa pelawat yang dibenarkan masuk di wad bersalin.
Pusat Perubatan Universiti Rochester, mengumumkan pihak mereka akan mula mengambil suhu pelawat dan memerlukan kakitangan, pesakit serta pelawat untuk terus memakai topeng di sepanjang waktu bekerja.
Terdahulu di New York hampir 75,000 warga negara mereka telah dijangkiti corona virus dan kira-kira membabitkan 1550 kematian.
Pandemik corona virus ini telah merebak ke lebih dari 180 buah negara dan menjangkiti hampir 857,000 penduduk dunia dan membunuh hampir 42,000.
Lebih membimbangkan angka kematian ini meningkat setiap hari.
Ibu kongsi pengalaman bersalin seorang diri tanpa ditemani suami
Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, seorang wanita turut menceritakan pengalamannya semasa berada dalam fasa wabak corona virus ini.
Pengguna Facebook tersebut, Anies Surianie berkongsi secara penuh pengalaman untuk tatapan pembaca yang lain.
“Alhamdulillah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua dan rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini.
#1. Suami tidak boleh teman isteri dalam wad
Tidak kira bersalin anak ke berapa sekalipun, suami atau waris tidak boleh masuk untuk teman isteri. Mereka hanya boleh hantar di hadapan pintu wad bersalin sahaja. Ibu juga perlu standby mask jika jururawat meminta anda
untuk memakainya sebelum masuk ke wad bersalin.
Semasa itu, nurse dan doktor berpesan agar tidak panik, tidak menangis mahupun menjerit. Malah ibu juga disarankan untuk memberi perhatian kerana mereka saja yang boleh bantu kita.
Sementara suami pula hanya tunggu depan pintu wad bersalin untuk bersedia azan dan iqamatkan anak.
#2. Tiada peneman dan pelawat yang boleh datang jenguk isteri
Paling penting, ibu harus sediakan barangan baby dan ibu secukupnya untuk digunakan dalam labour room dan wad.
Selain itu, belajar siap-siap cara menyusu kerana itu sahaja senjata utama untuk menenangkan bayi.
Ini kerana, tiada emak atau suami yang boleh teman isteri di sisi jika anda berasa penat atau tak cukup tidur.
Nurse juga awal-awal berpesan supaya ibu letak tissue dalam pampers baby supaya senang nak tengok sama ada baby kencing atau tidak.
Sementara itu, kalau suami nak kirim bekal makanan dari rumah, mereka hanya boleh past pada guard sahaja. Malah beg baju semasa discharge juga hanya guard sahaja yang boleh tolong bawakan.
Justeru diharap para ibu yang sedang mengandung dan hampir ke due date tabah serta mengharungi perjuangan ini dengan kuat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Insider
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Telah Meragut Nyawa Bayi Berusia Bawah 1 Tahun
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!