Penyakit Malas Suami Menjadi-Jadi, Wanita Ini Buat IG Untuk Tayang 'Perbuatan' Suami Itu
Jika pasangan anda seorang yang sangat pemalas dan suka sepahkan barang, apa yang akan anda lakukan?
Sesetengah orang memang ada penyakit malas pada waktu tertentu, malah kita sendiri pun bukanlah sentiasa rajin hendak melakukan sesuatu, kan? Tetapi jika pasangan anda seorang yang suka sepahkan barang, tentunya anda akan rasa tertekan dengan masalah ini!
Siapa yang tidak tertekan jika terlalu kerap perlu mengemaskan rumah yang bersepah, tambahan lagi apabila perkara tersebut boleh diselesaikan dengan mudah. Kalau tindakan menegur selalu diendahkan, apa lagi yang boleh anda lakukan?
Akaun Instagram Khas Untuk Tayang Penyakit Malas Si Suami!
Kebanyakan isteri mungkin akan membebel pada suami, atau diamkan sahaja sambil mengemas sepah yang dibuat si suami. Namun berlainan pula pendekatan seorang wanita di Jepun ini yang agaknya sudah tidak boleh tahan tabiat buruk si suami.
Akaun instagram yang diberi nama @gomi_sutero itu juga mempunyai terjemahannya yang lucu, ia bermaksud “buang sampah anda!” dalam bahasa Jepun.
Sampah bersepah begini memang menyakitkan mata,
#1 Tisu Terpakai Yang Dicampak Merata-Rata!
#2 Pakaian Tidak Digantung, Dibiarkan Di Lantai Pula!
#3 Stokin Dibiarkan Bergumpal
#4 Tab Mandi Dibiarkan Bertakung Selepas Digunakan
#5 Agaknya Di mana Tempat Sebenar Sikat Ini Ya?
Aduh, pening kepala juga ya jika pasangan bersikap sebegini. Sudah ditegur banyak kali pun masih tidak berubah!
12 Cara Menangani Rasa Malas
Menjadi sangat produktif bukan bakat semula jadi untuk semua orang. Ada di antara kita mempunyai etika kerja yang semula jadi, sementara yang lain lebih gemar melakukan kerja dengan jalan mudah sahaja.
Apa pun sebabnya, jika kemalasan mengganggu produktiviti anda, membuat anda tidak responsif terhadap tanggungjawab anda, dan jika ia tidak menjamin kejayaan anda, anda mesti belajar untuk mengatasinya.
Berikut adalah 12 cara mudah untuk menangani kemalasan anda supaya anda boleh mula menjadi lebih produktif.
#1 Pastikan Tidak Terlalu Banyak Kerja Tertangguh
Terlalu banyak kerja akibat tangguh boleh sebabkan anda menjadi malas dan akhirnya tidak melakukan apapun! Jika anda terlalu banyak kerja, kemungkinan anda sebenarnya tidak malas tetapi hanya berasa bingung dengan lambakan kerja tersebut.
#2 Cari Motivasi
Jika anda tidak bermotivasi, ia sangat mudah untuk menjadi malas. Untuk menjadi produktif, kita perlu bermotivasi.
Sekiranya sukar untuk anda mencari apa yang mendorong anda, buatlah senarai yang boleh anda rujuk apabila anda memerlukan dorongan tambahan.
#3 Perhatikan Persekitaran Anda
Jika anda mengelilingi diri anda dengan orang yang bersemangat dengan kerjaya, kreatif dan bermotivasi, keghairahan mereka akan mempengaruhi anda. Pastikan juga persekitaran anda memberi kemudahan yang anda perlukan untuk bekerja dengan baik.
#4 Hargai Masa
Manfaatkan masa anda dengan membuat kerja sehingga selesai atau tetapkan masa. Lihat senarai tugasan anda dan catat – anda boleh mengingatinya, tulis di atas kertas, perancang komputer atau telefon.
#5 Tahu Nilai dan Ganjaran Perbuatan Anda
Ia mudah untuk menjadi malas jika anda tidak melihat nilai dalam apa yang anda perlu lakukan. Cuba ini: apabila anda membuat senarai tugasan, sertakan manfaat setiap tugas.
Apabila anda memberi tumpuan kepada manfaat dan matlamat, produktiviti menjadi lebih bermanfaat. Ketahui nilai setiap tugas dan kemudian bekerja untuk mencapainya.
#6 Kongsi Impian Anda
Jika anda sedang berusaha mencapai sesuatu, contohnya berubah menjadi lebih baik, beritahu orang mengenainya! Mereka pasti akan bertanya bagaimana kemajuan anda, dan pastinya anda mahu melakukannya dengan baik bukan?
#7 Jika Ingin Berubah, Anda Perlu Mulakan Sekarang!
Akhir sekali anda perlu tahu, sekiranya anda tidak memulakan sekarang, mungkin tiada perubahan dalam hidup anda. Jika anda inginkan perubahan, pastikan anda memulakannya dengan diri sendiri!
Tidak ada penawar yang mudah untuk penyakit malas. Satu-satunya cara untuk mengatasinya ialah dengan menumpukan perhatian kepada tugas, bangun dan lakukannya!
Ayuh, disiplinkan diri untuk mencapai matlamat anda!
Macam mana nak hilang rasa takut berkahwin?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: worldofbuzz
Baca juga:
https://my.theasianparent.comminta-bantuan-suami-urus-rumahtangga