X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

4 min bacaan
Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

Walaupun ramai berpendapat membebel sebagai perkara tidak baik, tapi isteri membebel mungkin kerana dari rasa sayang dan niat yang baik. Ini antara buktinya!

Kita sering dengar suami mengadu penat mendengar isteri membebel. Malah ada yang sanggup curang dan bercerai kerana kononnya sudah tidak tahan dengan isteri yang kuat membebel.

Tapi tahukah anda yang isteri membebel adalah isteri yang sayang pada suami dan ia kini terbukti boleh memberi manfaat kepada kesihatan suami? Ha… sekarang saya bukan sengaja nak back up isteri yang membebel, ya!

Kajian sendiri membuktikan selain dari kesetiaan, kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkahwinan yang bahagia. Hubungan yang harmoni boleh mengurangkan tekanan dan membantu mengekalkan minda yang waras walaupun menghadapi cabaran hidup. 

Sebab itu ada kajian yang membuktikan bagaimana perkahwinan yang sihat boleh tentukan kesihatan jantung anda!

Berbalik kepada isteri membebel, bagaimana ia boleh membuatkan suami lebih sihat pula?

Menurut kajian, isteri membebel boleh kurangkan risiko kencing manis pada suami

isteri membebel, isteri suka membebel, isteri kuat membebel, istri yang suka membebel, kenapa perempuan suka membebel, kenapa perempuan membebel

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati isteri membebel baik untuk suami kerana ini boleh mengurangkan risiko suami mendapat penyakit kencing manis pada masa depan.

Berikut antara hasil kajian ini:

  • Pada permulaan kajian,  penyelidik mengkaji sebanyak 1,228 pasangan berkahwin di antara usia 57 – 85 tahun. Menjelang akhir kajian yang telah mengambil masa 5 tahun, 389 menghidap penyakit kencing manis.
  • Penyakit kencing manis adalah penyakit yang memerlukan banyak penjagaan. Lelaki yang menghidap penyakit ini perlu banyak peringatan supaya sentiasa menjaga makan dan menjaga kesihatan diri.
  • Lelaki dengan isteri membebel mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengatasi penyakit ini.

“Penyakit kencing manis adalah penyakit yang dipengaruhi oleh faktor sosial. Menarik sungguh melihat bukti bagaimana perkahwinan boleh mempengaruhi kesihatan pesakit,” kata profesor Cathy Liu, Ph. D. kepada Healthline.

“Kualiti perkahwinan yang baik boleh menggalakkan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit.”

Isteri membebel adalah isteri yang sayang pada suami

isteri membebel, isteri suka membebel, isteri kuat membebel, istri yang suka membebel, kenapa perempuan suka membebel, kenapa perempuan membebel

Wahai suami…. Tahu tak disebabkan isteri membebel, anda tidak lupa untuk berjumpa doktor apabila sakit?

Isteri membebel akan buat anda ingat untuk makan vitamin, pilih makanan yang lebih sihat dan menjaga kesihatan diri secara keseluruhan.

“Tujuan kajian ini untuk mencabar tanggapan orang yang isteri membebel memudaratkan kesihatan,” kata Hui Liu, profesor sosiologi MSU dan penyelidik utama.

“Ia juga menggalakkan penyelidik untuk mengambil kira sumber-sumber lain dan kualiti perkahwinan. Kadang-kadang, isteri membebel adalah isteri penyayang.”

Mengapa isteri membebel? Ini dari sudut pendapat lain

Selalunya, isteri membebel disebabkan kerja yang belum siap. Ini perkara yang selalu berlaku pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Apabila ditambah dengan tekanan harian, pasangan suami isteri boleh melepaskan geram dengan membebel. 

Walaubagaimanpun, biasanya si isteri lebih banyak membebel dari si suami. Kenapa?

Ini kerana isteri rasa bertanggungjawab dan perlu memastikan semuanya diurus dengan baik contohnya rumah tangga, menjaga anak-anak dan lain-lain. 

isteri membebel, isteri suka membebel, isteri kuat membebel, istri yang suka membebel, kenapa perempuan suka membebel, kenapa perempuan membebel

4 tips supaya kita tidak menjadi isteri membebel 

Walaupun kita tahu suami akan mudah rimas dan tidak suka dengan isteri yang kuat membebel, tapi kita tetap akan melakukan perbuatan itu. 

Namun kini, kami sediakan beberapa tips untuk isteri mengawal tahap kebebelan dan mendatangkan lebih bahagia dalam perkahwinan:

1. Percaya pada kemampuan pasangan untuk menghabiskan tugas

Ini mungkin cabaran yang agak besar untuk sesetengah wanita, terutamanya jika suami mereka jenis yang suka menangguhkan kerja.

Tapi kepercayaan antara suami isteri juga perkara yang penting dalam perkahwinan yang harmoni.

2. Bersabarlah wahai isteri!

Hargai usaha suami dan beritahu mereka yang anda menghargai mereka tak kira apa pun. Rasa sayang itu tidak hanya berkembang apabila hubungan anda berdua berjalan lancar.

Tapi hubungan anda berdua akan lebih teguh jika pasangan bersabar dan menunjukkan kasih sayang walaupun menghadapi cabaran.

3. Jujur dengan pasangan

Apabila berbincang bersama pasangan, ada caranya untuk berjujur tanpa menyakiti perasaan mereka. Beritahu mereka apa yang anda harapkan, kemudian bincang cara untuk mengatasi masalah itu bersama-sama. 

4. Mengaku kesalahan diri

Jika isteri suka membebel setiap masa, ini hanya akan menyebabkan pasangan rasa tidak dihargai. Lebih-lebih lagi apabila si pengadu tidak mengaku mereka juga membuat kesalahan dan bukannya perfect sangat pun.

Jangan hanya beri fokus pada kekurangan pasangan, sebaliknya galakkan satu sama lain untuk memperbaiki diri.

Minta maaf dengan segera apabila anda terlanjur kata, dan amalkan sikap yang terbuka apabila mendapat kritikan.

Stories Rakan Kongsi
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It

***

Biarpun orang selalu menganggap membebel ni sebagai perkara yang negatif, jangan lupa untuk memandang dari sudut yang berbeza. Isteri membebel tidak semestinya perkara yang tidak baik.

Kerana mungkin disebalik kata-katanya itu, ialah seorang isteri yang sayang dan mengambil berat tentang pasangannya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Healthline, Michigan State University, TIME, The New York Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tak Salah Nak Kahwin Muda, Tapi Jika Tidak Bersedia Secara Mental, Padah Akibatnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian
Kongsikan:
  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • Kenapa Lelaki Kuat Cemburu? Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang & Rasional

    Kenapa Lelaki Kuat Cemburu? Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang & Rasional

  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • Kenapa Lelaki Kuat Cemburu? Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang & Rasional

    Kenapa Lelaki Kuat Cemburu? Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang & Rasional

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.