Niat Nak Hantar Ke Sekolah, Sampai Tengah Jalan Baru Perasan Tertinggal Anak!

undefined

Desakan tanggungjawab seorang ibu yang kian mencabar sekaligus membuatkan mereka berhadapan dengan penyakit pelupa. Kisah lucu ini pasti mencuit hati anda!

Jika dahulu penyakit pelupa kebiasaannya dihadapi oleh segelintir golongan berusia sahaja. Namun, pada masa kini, golongan muda turut berhadapan dengan masalah yang sama.

Namun, ia bukanlah penyakit yang boleh dijangkiti oleh orang lain kerana merupakan sejenis sindrom kematian sel-sel otak pada tempoh yang pendek.

Gejala penyakit pelupa

penyakit alzheimer

credit to sources

Penyakit pelupa atau Alzheimer ini berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daya ingatan berkurangan, kemampuan berpikir dan berbicara, serta perubahan tingkah laku kerana gangguan di dalam otak yang sifatnya begitu perlahan.

Pada peringkat awal, seseorang yang menghidapi penyakit ini akan mudah lupa tentang perkara kecil seperti tidak ingat nama benda, tempat atau isi percakapan dengan orang lain.

Memandu bersendirian tertinggal anak

penyakit terlupa

credit to sources

Tidak dinafikan, tugas seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri merupakan sesuatu yang mencabar. Mana tidaknya, kudratnya diperlukan untuk memastikan seluruh isi rumah, suami dan anak-anak dalam keadaan baik.

Mereka yang tidak bekerja dan dipanggil sebagai suri rumah pastinya akan melakukan tugas mengemas rumah, menyiapkan makan minum keluarga, menghantar serta mengambil anak dari sekolah semuanya perlu ditanggung ‘beres’ bagi membantu suami yang sibuk bekerja.

Tidak dinafikan, situasi dengan rutin yang sama pada setiap hari sebenarnya akan membuatkan sesiapa sahaja berasa ‘tepu’ berada dalam rumah sehingga menyebabkan hilang tumpuan dan penyakit pelupa terhadap perkara kecil.

Di Malaysia, kita sering terbiasa dihidangkan dengan pelbagai kisah ibu ayah tertinggal anak dalam kereta, terlupa untuk mengunci jam bangun pagi dan tidak ingat untuk mengambil anak pulang dari sekolah.

Baru-baru ini tular sebuah video yang agak mencuit hati pengguna laman Twitter menunjukkan seorang ibu tergesa-gesa untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

https://twitter.com/torrespriss/status/1231748156716568580?s=20

Dia yang gelak besar mendapati anak-anaknya tiada di dalam kereta bersamanya. Menurut wanita berkenaan, dia sedang memandu untuk menghantar anak-anaknya.

Namun setibanya di pertengahan perjalanan, baru dia perasan bahawa anak-anaknya tiada dalam kereta. Dirinya juga sempat merakam tempat duduk belakang keretanya yang kosong dan hanya dia sahaja berada dalam kenderaan yang dinaiki.

Dengan gelak besar dan mengatakan bahawa dia perlu berpatah balik untuk mengambil mereka.

Rata-rata netizen turut berdekah melihat reaksi ibu yang geli hati dengan kelalaian pada pagi itu dan menyarankan agar dia mengambil hari bercuti untuk tenangkan fikiran.

Lebih melucukan, apabila wanita tersebut sampai ke rumah, rupa-rupanya anak-anak yang ditinggalkan bukanlah kanak-kanak yang masih kecil tetapi 2 remaja lelaki yang sudah besar.

Situasi itu membuat netizen tertanya-tanya bagaimana dia boleh tidak perasan keretanya kelihatan kosong tanpa kedua remaja itu.

Mencegah gangguan kognitif ringan

bahaya penyakit pelupa

credit to sources

Mungkin dalam kalangan ibu ayah akan mengalami situasi sukar untuk mengingat sesuatu perkara.

Kadang kala ia begitu menyiksakan apabila cuba mengingat sesuatu yang pernah anda lalui atau merasai pengalaman tersebut, namun minda tidak mampu mengembalikan ingatan tersebut.

Kurangnya tahap kemampuan kognitif otak ini tidak dapat ditangani dengan mengambil ubatan. Hal ini kerana ia memerlukan gabungan kesihatan fizikal dan mental bagi mengelakkan masalah menjadi lebih serius.

Seseorang yang sering menghidapi penyakit pelupa perlu mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan dari gangguan pada ingatan.

Kerosakan ingatan dimulai dengan seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kesihatan jantung terjejas yang menghalang bekalan oksigen dan darah untuk sampai ke otak.

Kesihatan tubuh badan dapat mencegah penurunan fungsi dan keupayaan ingatan otak dengan cara: 

  • Menerapkan pemakanan yang sihat dengan sumber protein, sayur dan buah
  • Mengawal tekanan darah dan kadar gula darah
  • Berhenti merokok
  • Melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti senamrobik atau zumba.

Para ibu juga disarankan untuk lebih aktif dalam kegiatan sosial di kawasan tempat kediaman yang diduduki.

Bukan itu sahaja, luangkan tempoh masa untuk anda bersantai dengan menyelesaikan puzzle, membaca buku atau menonton televisyen.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak, Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Niat Nak Hantar Ke Sekolah, Sampai Tengah Jalan Baru Perasan Tertinggal Anak!

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenumpang-pesawat-tertinggal-barang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!