Kartun Peppa Pig Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak: Ibu Bapa Harus Pantau Video Di YouTube!

undefined

Pakar kanak-kanak mengatakan kartun Peppa Pig adalah untuk pembelajaran, tapi isi kandungannya telah memberi pelbagai impak negatif pada kanak-kanak. Lambakan video palsu di YouTube juga memburukkan keadaan. Ibu bapa harus bertindak!

Baru-baru ini, akaun Facebook digemparkan dengan perkongsian seorang ibu menerusi akaun Kitty Jean yang menyarankan semua ibu bapa mengawasi apa yang ditonton anak-anak di YouTube.

Malahan, Kitty juga meminta ibu bapa mengawasi kandungan video dalam YouTube Kids juga!

Kartun Peppa Pig Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak: Ibu Bapa Harus Pantau Video Di YouTube!

Kredit gambar: Facebook Kiity Jean

Semuanya kerana rancangan Peppa Pig. Menurut Kitty, beliau menemani anak perempuannya menonton rancangan Peppa Pig. Dan Kitty enggan membenarkan anaknya menonton rancangan itu lagi!

Ia kerana rancangan Peppa Pig sebenarnya terlalu “aneh” dan mempromosikan keganasan dan tingkahlaku tidak sopan melalui tema yang sengaja diputar-belit! Oleh itu, Kitty menyarankan semua ibu bapa untuk lebih peka dan tidak membiarkan anak-anak mereka menonton sebarang video di YouTube tanpa pengawasan!

Sebenarnya, pelbagai video boleh terlepas di dalam YouTube. Sesetengah video yang tidak bersesuaian ini menggunakan karakter kanak-kanak dan ditanda sebagai “khusus untuk kanak-kanak”. Maka, kanak-kanak dapat menontonnya di YouTube.

Jika anda tidak mengawasi mereka… entah apa lah yang mereka berpeluang tengok!

Kartun Peppa Pig tidak bagus untuk kanak-kanak

Dr Karen Philip, seorang pakar kanak-kanak menyatakan rancangan Peppa Pig sepatutnya menjadi sebuah rancangan pembelajaran. Tapi, akibat isi kandungannya — rancangan ini mempengaruhi kanak-kanak dari segi yang buruk.

Peppa Pig boleh didapati dalam bentuk permainan, aplikasi malah juga video di YouTube. Akibatnya, kanak-kanak akan lebih meluangkan masa di hadapan skrin berbanding keluar bermain dengan rakan-rakan.

Kartun Peppa Pig Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak: Ibu Bapa Harus Pantau Video Di YouTube!

Keluarga Peppa Pig: Bapa yang sering dibuli, ibu yang kerap marah, Peppa yang suka menghentak kaki dan menjelir lidah dan George yang suka merengek. 
Kredit gambar: Dailymail

Tapi, apakah sebab kukuh mengapa pakar mengatakan rancangan ini tidak bagus untuk kanak-kanak?

Semuanya kerana tingkah laku karakter Peppa Pig dan keluarganya. Naomi Greenaway, seorang ibu dan penulis artikel dari Mail Online dengan lantang bersuara untuk mengharamkan rancangan ini buat tontonan anak-anaknya!

“Kartun Peppa Pig mempertaruhkan karakter kanak-kanak yang manja, suami yang sering dibuli, bapa mertua yang jahat dan ibu yang memerlukan Prozac… Satu keluarga yang bermasalah!”

Naomi menambah — karakter Peppa Pig membawa pengaruh negatif pada kanak-kanak. Peppa sering menhentak kaki, membuli abang, mengejek ibu bapa, mengamuk dan kerap mengadu selepas kalah dan sering menjelirkan lidahnya.

Seorang kanak-kanak, Amari Black dilaporkan sering bermain dengan patung Peppa Pig dan menyebut “Fuck You” sebagai perkataan pertama. Oleh sebab itu Kitty meminta semua ibu bapa lebih berwaspada dan peka dengan setiap tontonan anak-anak.

Apa yang lebih penting – anda boleh menandakan flag pada mana-mana video yang tidak bersesuaian dan video tersebut akan dibuang.

Kemas kini & Amaran: Kitty Jean telah menyertakan screenshot antara “kartun” Peppa Pig palsu yang dimuatnaik di YouTube. Thumbnails setiap episod mungkin akan berubah-ubah, tapi isi kandungan video masih memberi impak negatif.

Kanak-kanak terbuka kepada bahaya di YouTube

Kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya di YouTube. Oleh sebab itu semua ibu bapa diminta memantau video yang ditonton oleh anak-anak mereka. Sesetengah video adalah video palsu yang menggunakan karakter kanak-kanak.

Video-video ini akan terpampang di YouTube Kids atau YouTube kerana ia tidak dipantau dengan betul.

Berbalik kepada rancangan Peppa Pig, terdapat laporan yang mengatakan rancangan ini membuatkan kanak-kanak ketakutan dan menangis.

Kartun Peppa Pig Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak: Ibu Bapa Harus Pantau Video Di YouTube!

Kredit gambar: Twitter Independent LIFE

Ibu bapa juga harus lebih peka dengan pelbagai permainan dan aplikasi lain. Baru-baru ini di Rusia, seorang kanak-kanak perempuan hampir maut apabila bermain sebuah “permainan membunuh diri“!

Permainan itu menggunakan karakter The Winx Club untuk menggoda kanak-kanak perempuan. Mereka diberi panduan untuk menjadi “fire fairy” sebelum membuka dapur gas dan meletupkan rumah.

Menakutkan! Berhati-hati ya!

Mari pastikan YouTube dan YouTube Kids selamat untuk dijadikan tontonan anak-anak anda. Dan jangan biarkan mereka menghabiskan masa di hadapan skrin seorang diri!

Anda harus memantau tontonan mereka. Kanak-kanak masih tidak dapat membezakan antara perkara “realitu” dan “fantasi”. Mereka akan cenderung mengikut segala yang ditonton.

BACA JUGA: 6 TIP UNTUK PASTIKAN YOUTUBE SELAMAT BUAT SI MANJA

 

Kredit gambar: Daily Mail

Sumber rujukan: Daily Mail, Parent Herald dan Facebook Kitty Jean

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!