X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

'Fire Fairy', permainan online dahsyat yang suruh kanak-kanak bakar diri sendiri

10 Mar, 2017
'Fire Fairy', permainan online dahsyat yang suruh kanak-kanak bakar diri sendiri

Permainan media sosial terbaru ini mampu membawa maut pada si kecil. Mari dapatkan maklumat lanjut tentang 'permainan' dahsyat ini dan bagaimana ingin pastikan anak anda selamat.

Dunia sekarang amat menakutkan. Di mana-mana saja pasti ada ‘orang tertentu’ yang berniat ingin mencederakan insan paling suci dalam masyarakat — kanak-kanak.

Terbaru sekali, ada satu ‘permainan’ berbahaya yang boleh mengundang maut buat si kecil. Permainan ini kelihatan seperti satu gurauan dan meniru karakter siri animasi Wink Club: School of Witches yang popular di kalangan kanak-kanak.

Kegilaan ini berasal dari Rusia dan dikenali sebagai permainan Fire Fairy. Dengan permainan ini, kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan akan menghidupkan dapur gas pada tengah malam.

Menurut sumber berita, jika mereka menghidupkan dapur gas, mereka akan dijanjikan bertukar menjadi ‘fire fairy’. 

Fire Fairy, permainan online dahsyat yang suruh kanak-kanak bakar diri sendiri

Kanak-kanak kecil bernama Sofia yang cedera akibat lecuran selepas bermain ‘permainan’ ini.

Mangsa kejadian

Sofia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah cedera parah melecur akibat membuka dapur gas di rumahnya demi ‘permainan’ ini.

Sumber berita menjelaskan, arahan permainan terbabit adalah;

“Pada waktu malam, ketika semua orang telah tidur, turun dari katil awak dan pusing dalam bilik sebanyak 3 kali. Kemudian, sebut perkataan magik: ‘Alfey kingdom, sweet little fairies, beri saya kuasa, saya minta’.

“Selepas itu, pergi ke dapur diam-diam supaya tiada siapa perasan awak atau nanti perkataan magik itu akan hilang. Buka dapur gas — kesemua pembakar — tapi jangan biar dapur keluar api. Awak taknak terbakar, kan? Lepas itu, pergi tidur.

“Gas magik akan datang dekat awak nanti. Awak akan hidu gas magik ketika tidur. Esok bila awak bangun, sebut ‘Terima kasih Alfeya, saya dah jadi bidadari’. Dan awak akan jadi bidadari api yang sebenar.”

Permainan berbahaya ini dilaporkan mengarah kanak-kanak untuk: “Pergi ke dapur diam-diam supaya tiada siapa perasan atau nanti perkataan magik akan hilang”.

Taktik licik ‘permainan’ yang menjijikkan ini akhirnya terbongkar apabila polis Rusia menerima aduan daripada ibu bapa.

Penyiasat Negeri, Irina Minina memberi amaran: “Ia mungkin sebuah ‘permainan bunuh diri’. Kami sedang mencari pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej ini.

Pada masa yang sama, Rainbow — sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk jenama Winx Club telah dilaporkan membuat kenyataan pada media sosial di Rusia dengan mengatakan:

“Pihak Rainbow amat kesal dengan kejadian ini, dan pengagihan bahan, yang didapati memiliki arahan untuk membunuh diri dan menggunakan watak-watak dari Winx Club.

“Syarikat Rainbow yang menghasilkan produk-produk bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai kebaikan pada kanak-kanak amat terkejut dengan kejadian ini. Perbuatan tersebut nyata untuk mencederakan kanak-kanak.”

Pastikan anak anda selamat

Internet telah jadi satu tempat yang amat ‘menggerunkan’, penuh dengan pelbagai sudut kejahatan yang tidak kita ketahui. Bila berita seperti ini muncul, baru kita sedar — internet penuh bahaya!

Apa yang lebih membimbangkan, ibu bapa kini merasa amat sukar untuk melindungi anak-anak mereka yang ‘celik teknologi’ daripada sebarang bahaya.

Tapi, ada beberapa cara yang boleh anda buat untuk pastikan si manja sentiasa selamat:

  • Anak yang masih muda tidak patut ada akses pada internet. Jika perlu, pastikan ia dipantau oleh orang dewasa
  • Letak komputer yang sering diguna anak anda di kawasan yang senang dilihat, seperti ruang tamu.
  • Anak anda tidak boleh memberi maklumat peribadi seperti nama, umur atau alamatnya kepada individu dalam talian.
  • Mereka sepatutnya tidak boleh berbual dengan orang tak dikenali di Internet.
  • Ibu bapa perlu peka/mengikut perkembangan trend/rentak media sosial terkini untuk lindungi si manja bila perlu
  • Galakkan komunikasi yang terbuka dengan si manja sejak awal lagi. Jadi, jika ada orang kacau mereka dalam internet, mereka selesa untuk bercerita pada anda.
  • Bila mereka sudah cukup umur, ajar mereka tentang risiko/bahaya Internet. Ajar juga bagaimana ingin melayari internet dengan selamat.
  • Semua kata laluan diketahui oleh anda. Malah, anak anda juga tak dibenarkan untuk mendedahkan kata laluan itu pada orang lain.

Kami harap artikel ini mampu menjadi satu pengajaran dan pembuka mata kepada semua ibu bapa. Kita perlu pastikan anak kita semua selamat!

Stories Rakan Kongsi
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 'Fire Fairy', permainan online dahsyat yang suruh kanak-kanak bakar diri sendiri
Kongsikan:
  • 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

    7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

  • Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

    Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

  • Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

    Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

    7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

  • Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

    Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

  • Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

    Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.