Serbuk Bilis Homemade Dapat Menaikkan Selera Makan Anak, Ia Tinggi Kalsium & Vitamin A!

undefined

Perasa makanan berasaskan bahan semulajadi adalah selamat diberikan kepada bayi 6 bulan ke atas. Ibu-ibu boleh cuba resepi ini agar si manja berselera makan

Setelah bayi anda memasuki usia 6 bulan, ibu-ibu pastinya teruja dan sudah bersiap sedia memikirkan menu makanan yang terbaik buat si manja. Walau bagaimanapun, ia perlulah bebas dari sebarang penggunaan perasa makanan seperti garam, gula dan MSG.

Di samping itu, anda hendaklah bijak try and error pelbagai resepi bagi meningkatkan selera si manja ketika waktu makan agar mereka memperolehi nutrisi optimum bagi menggalakkan proses tumbesaran.

Resepi serbuk perasa makanan ikan bilis homemade dan mudah

perasa makanan bayi

credit to sources

Meskipun anak-anak perlu mengelakkan dari gula dan garam pada awal usia mereka, sebenarnya ada rahsia lain yang boleh ibu-ibu lakukan bagi menyedapkan lagi makanan si manja iaitu serbuk ikan bilis. Barulah anda rasa berbaloi penat-penat masak dan bayi pun makan banyak!

Seorang ibu dan penulis blog, Nourul telah berkongsikan cara untuk menghasilkan serbuk perasa makanan ikan bilis yang sihat untuk anaknya dengan cara cukup mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan

Ibu hendaklah menyediakan sejumlah ikan bilis terlebih dahulu dan ikuti langkah di bawah:

#1. Proses untuk membuat serbuk ikan bilis ini seeloknya dibersihkan terlebih dahulu dan membuang bahagian tulang serta kotoran yang ada.

#2. Selepas itu, anda perlu rendam ikan bilis untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam.

serbuk perasa ikan bilis

#3. Toskan ikan bilis yang direndam agar ia benar-benar kering.

#4. Tanpa meletakkan minyak, anda perlu sangai ikan bilis sehingga ia garing atau rangup. Jangan sampai hangit ya, kemudian sejukkannya.

serbuk ikan bilis

#5. Masukkan dalam pengisar kering dan kisar sampai ia hancur.

ikan bilis untuk bayi

#6. Gunakan penapis bagi memastikan serbuk ikan bilis ini betul-betul halus dan hancur.

Nota:

  1. Penggunaan serbuk ikan bilis tak perlu letak banyak. Cukuplah sekadar satu sudu kecil dan bergantung pada saiz hidangan si manja anda.
  2. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan

Khasiat ikan bilis untuk bayi

Setiap ibu ayah akan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Ada mengatakan bahawa bayi boleh makan ikan bilis dan ada juga melarang si manja mengambilnya.

Jadi apakah jawapan yang sebenarnya, ya? Menurut perkongsian bekas perubatan, Amalina Mohd Daud, sekarang ini orang tidak berhenti-henti berkata kenapa pilih ikan bilis, kan ada garam!

khasiat ikan bilis

Di sesetengah negara, ikan bilis akan dimakan begitu sahaja secara segar tanpa dikeringkan. Namun kebiasaan yang anda jumpai adalah digaramkah pada nisbah garam: ikan bilis bersamaan dengan 1:4.

Proses ini masih mengekalkan nutrisi bilis dan ia masih selamat untuk dimakan berdasarkan kiraan bakteria yang sedikit. (Pubmed Research). Antara khasiatnya ialah:

  • Makanan yang baik untuk pertumbuhan otak berdasarkan kandungan omega 3
  • Jika tulang bilis tidak dibuang, ia mengandungi protein dan zat besi yang tinggi.

Namun isunya di sini adakah boleh ikan bilis atau serbuk perasa makanan ikan bilis diberikan kepada bayi berusia kurang 2 tahun? Kerana kebanyakannya dijual dalam pasaran jenis kering dan sudah digaramkan.

Jawapannya adalah boleh diberikan kepada bayi. Namun ibu ayah perlulah memilih bilis dari kualiti yang tinggi. Hal ini adalah kerana ia mempunyai kandungan garam lebih rendah.

Pastikan bilis direndam dan ditukar air sampai ia hilang rasa masin. Rendaman dalam air bagi melarutkan kandungan garam dalam ikan bilis ini dipanggil sebagai proses difussion. 

Sebab itulah anda kena rendam dan tukar air berulang kali sampai tidak terasa masin airnya. Untuk serbuk ikan bilis ini, ia sebenarnya adalah untuk perasa (seasoning) sahaja.

Bukan sebagai protein utama seperti ayam, ikan atau daging. Meskipun begitu, ia sebenarnya tetap mengandungi vitamin A, kalsium, kalium dan selenium yang bagus untuk perkembangan si manja.

Ikan bilis dan makanan laut elok sekiranya diberikan kepada si manja untuk 3 atau 4 kali seminggu.

Senang rupanya bila simpan stok serbuk bilis ini, ibu boleh buat macam-macam lauk dan mempelbagaikan lagi menu masakan.

Misalnya masak bubur, just taburkan rahsia bahan perasa makanan ini ke dalamnya. Ia sungguh senang dan jimat masa bagi meningkatkan selera makan si manja!

Sumber: Simply Nourul, Mingguan Wanita

Foto: picuki

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comresepi-biskut-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!