Kenapa Wanita Perlu Tidur Lebih Lama Berbanding Lelaki, Ini Jawapan Padu Untuk Anda - Kajian

undefined

Pssst.., nak ada alasan untuk istirehat lebih lama? Baca penjelasan saintifik tentang keperluan tidur yang banyak bagi perempuan dibandingkan lelaki.

Ibu, mesti pernah kan ribut kecil sama suami tentang hal siapa yang lebih penat, siapa yang paling memerlukan istirehat. Tenang sahaja, kali ini anda boleh menang perdebatan dengan penjelasan saintifik yang satu ini kerana ia mengatakan perempuan tidur lebih lama berbanding lelaki. Ini penjelasan lanjutnya. 

Benarkan perempuan tidur lebih lama berbanding lelaki? 

Faktanya, perempuan memerlukan tidur lebih lama sekurang-kurangnya 20 minit dibandingkan lelaki. Ini kerana perempuan mempunyai otak yang lebih sibuk dan sering bermulti-tasking.

“Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membolehkan otak agar dapat pulih dan memperbaiki diri,” kata Profesor Jim Horne, pengarah Sleep Research Center di Loughborough University. Profesor Horne juga pernah menerbitkan buku Sleepfaring: A Journey Through The Science of Sleep.

“Selama tidur nyenyak, korteks – bahagian otak yang bertanggungjawab  untuk menyimpan memori fikiran, bahasa dan sebagainya – melepaskan diri dari indra dan masuk ke dalam mod pemulihan.”

“Semakin sering otak anda digunakan pada siang hari, maka otak semakin keperluan waktu untuk memulihkan diri, akibatnya anda perlu lebih banyak tidur. Dalam hal ini, perempuan cenderung untuk melakukan banyak hal sekaligus, atau multi-tasking, sehingga mereka menggunakan lebih banyak fungsi otak daripada lelaki. Kerananya perempuan perlu tidur lebih banyak.”

“Lelaki yang memiliki pekerjaan yang kompleks, yang melibatkan banyak pengambilan keputusan dan berfikir lateral, mungkin juga perlu lebih banyak tidur daripada rata-rata lelaki – walaupun masih tidak sebanyak perempuan.”

Lebih lanjut, Profesor Horne menjelaskan bahawa otak perempuan lebih kompleks daripada lelaki. Jadi ya, perempuan memerlukan lebih banyak waktu untuk bersantai dan tidur malam.

Penyelidikan lain oleh Duke Medical Center yang meneliti 210 laki-laki dan perempuan paruh baya menemukan bahawa perempuan menderita masalah kesihatan yang lebih besar sebagai akibat dari kurang tidur dibandingkan lelaki.

Hasil penyelidikan ini, yang muncul dalam jurnal Brain, Behaviour and Immunity, menunjukkan bahawa, bagi lelaki dan perempuan, masalah kurang tidur dikaitkan dengan tekanan psikologi yang lebih besar serta tingkat yang lebih tinggi akan risiko penyakit jantung dan diabetes type 2.

Namun risiko tersebut secara ketara lebih kuat terjadi pada perempuan. “Kami menemukan bahawa pada perempuan, kurang tidur sering berkaitan dengan tekanan psikologi tingkat tinggi dan perasaan permusuhan, kemurungan, dan kemarahan yang lebih besar,” kata Edward Suarez, seorang profesor di jabatan psikiatri dan ilmu perilaku.

“Sebaliknya, perasaan ini tidak berkaitan dengan tingkat yang sama dari gangguan tidur pada lelaki.”

“Menariknya,” lanjut Suarez, “bukan hanya kualiti tidur yang buruk yang meningkatkan risiko-risiko tersebut, melainkan juga tempoh waktunya yang diperlukan seseorang untuk jatuh ke tidur yang nyenyak sebenarnya paling berpengaruh.”

“Perempuan yang mengaku memerlukan waktu setengah jam atau lebih untuk dapat tertidur pulas menunjukkan profil risiko yang terburuk,” terangnya. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba Amalkan Doa Susah Tidur & Tips Tidur Nyenyak Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!