Hamil Kembar, Ibu Perlu Lebih Alert! Ini Cara Betul Kira Pergerakan Bayi Kembar

undefined

Ibu hamil kembar mungkin tertanya-tanya, "Adakah cara kiraan tendangan bayi kembar sama macam bayi tunggal?". Semak artikel untuk mengetahuinya.

Macam mana cara kira pergerakan bayi kembar ya?

Kebanyakan ibu hamil kembar tidak merasakan pergerakan janin kali pertama sehinggalah minggu ke 18 hingga 20. Tempoh ini sebenarnya agak normal seperti ibu yang hamil seorang bayi juga, namun mungkin merasa pergerakan lebih cepat jika hamil anak ke-2 dan seterusnya.

Beza Pergerakan Bayi Kembar dan Tunggal

hamil kembar

Sebelum itu, ibu perlu tahu yang wanita yang bertubuh langsing mungkin merasa pergerakan lebih awal, dan kedudukan plasenta memainkan peranan juga.  Plasenta anterior (mengadap depan) boleh “menyekat” ibu dari merasakan gerakan kecil walaupun kehamilan sudah beberapa minggu melebihi ibu lain.

Perbezaan utama pergerakan bayi kembar berbanding tunggal adalah:

  1. Ruang dalam rahim kehamilan kembar lebih cepat sempit.
  2. Ibu hamil kembar lebih cepat merasa pergerakan seperti tusukan siku/lutut bayi.
  3. Pergerakan bayi terasa lebih bergelora pada trimester kedua, padahal kebiasaannya dirasakan ibu hamil tunggal pada trimester ketiga.

Bagaimana Mengira Pergerakan Bayi Kembar?

Bagi ibu hamil kembar, mungkin anda keliru untuk menanda carta pergerakan bayi dalam buku pink. Perlukah mengetahui tendangan bayi setiap satunya atau sama sahaja seperti kehamilan tunggal?

Sesetengah ibu kembar mungkin dapat kenalpasti pergerakan atau tendangan dari bayi yang berbeza dalam rahim terutamanya pada awal trimester kedua.

Bayi A mungkin suka berada di sebelah kanan manakala bayi B di sebelah kiri, atau satu kembar mungkin berada di atas dan yang lain di bawah.

janin kembar

Tetapi kebanyakkan ibu kembar tidak dapat mengetahui sama ada bayi A atau bayi B kerana kedudukan bayi yang rapat, apatah lagi untuk tahu membezakan pergerakkan 4 tangan dan 4 kaki!

Berkaitan: Saya tidak pasti bayi mana yang bergerak, macam mana nak kira gerakan?

Ini cara kira pergerakan bayi kembar:

  1. 2 kali sehari pada waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang, perhatikan masa dan mula mengira apa-apa pergerakan yang anda rasakan.
  2. Hentikan apabila anda mencapai 10, dan perhatikan masa lagi:
  3. Jika ia mengambil lebih daripada 1 jam untuk merasa 10 pergerakan, cuba makan snek atau berjalan sebentar. Berbaring dan mula mengira sekali lagi.
  4. Jika 2 jam berjalan tanpa 10 gerakan, hubungi doktor anda.

Perkembangan Kembar Yang Berbeza

pergerakan bayi kembar

Bayi dalam kandungan ada masanya akan bergerak dan juga berehat sepanjang kehamilan anda. Namun sekiranya terdapat penurunan aktiviti yang ketara pada salah seorang kembar, doktor akan mencari sebabnya yang mungkin:

Perbezaan tumbesaran yang berbeza selalu tidak menimbulkan masalah, melainkan ada perbezaan yang signifikan dalam ukuran antara kembar – Ini boleh berlaku disebebkan faktor berikut:

  • Masalah dengan tali pusat atau plasenta yang bermakna bayi tidak mendapat nutrien yang dia perlukan.
  • Sindrom twin-to-twin transfusion (TTTS, apabila kembar mendapat lebih banyak bekalan darah daripada yang lain).

Pergerakan bayi kembar lebih cepat terbatas namun apa yang penting adalah ibu tahu mengenai corak pergerakkan si manja. Adakah mereka biasanya aktif selepas anda makan, atau apabila anda meletakkan kaki anda untuk berehat?

Sekiranya mereka menyimpang daripada pola itu, tidak ada salahnya untuk berjumpa doktor ya ibu ayah! Doktor akan melakukan imbasan ultrasound yang mungkin akan menenangkan fikiran ibu ayah. 🙂

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Hamil Kembar, Ibu Perlu Lebih Alert! Ini Cara Betul Kira Pergerakan Bayi Kembar

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: what to expect

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-melahirkan-anak-kembar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!