4 Perkara Penting Tentang Zakat Yang Anda Perlu Tahu

undefined

Pernahkah anda mendengar kata-kata "di dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain"? Itu adalah konsep zakat yang sangat penting untuk kita ketahui!

Zakat

Zakat dari segi bahasa ialah bersih, suci dan berkat. Pengertiannya ialah membersihkan harta dan membersihkan diri daripada bersifat kedekut dan bakhil. 

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Syarat wajib zakat

Ada tujuh syarat wajib berzakat:

1.ISLAM

Hanya mereka yang beragama Islam sahaja WAJIB memberi zakat.

2. MERDEKA

Pemberi zakat bukanlah seorang hamba. Tidak dimiliki sesiapa dan seorang yang bebas.

3. BALIGH DAN BERAKAL

Anak kecil (belum baligh) dan orang gila tidak wajib mengeluarkan zakat karena keduanya tidak terkena (beban) hukum syariat.

4. CUKUP NISAB

Nisab adalah ukuran jumlah tertentu yang mewajibkan harta dizakati. Atau paras minimum di mana seseorang itu wajib memberi zakat.

Contohnya: Nisab emas 20 mitsqal atau dinar, nisab perak adalah 200 dirham dan nisab kambing adalah 40 ekor. 

5. PEMILIKAN SEMPURNA

Harta yang akan dizakati merupakan milik sepenuhnya dari orang yang akan membayar zakat.

Pemilikan yang jelas bermakna tiada orang lain yang berhak ke atas hartanya selain dirinya sendiri. Beerti dia bebas menggunakan hartanya untuk apapun yang dikehendaki.

6. CUKUP HAUL

Cukup haul bermakna sudah cukup satu tahun harta yang dimiliki mengikut perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.

Asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan pada hari ini menggunakan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, jadi pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.

7. BERKEMBANG

Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang.

Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. 

Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. 

Mengapa perlu berzakat?

Banyak kebaikan mengapa Islam menyuruh kepada berzakat. Pernahkah anda mendengar kata-kata ” di dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain”? Ini adalah salah satu sebabnya.

  • Dengan berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.
  • Orang yang berkemampuan membantu orang yg miskin dan fakir. Kita turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
  • Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
  • Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. 
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.

Bagaimana membayar zakat?

Pihak lembaga zakat telah memudahkan semua pihak untuk membayar zakat. Terdapat pelbagai cara bagaimana anda boleh membayar zakat:

  • E-ZakatPay
  • Mesin ATM
  • Kaunter bank
  • Perbankan internet
  • Skim berkat (potongan gaji)
  • Pejabat pos
  • Agen kutipan zakat

Mudah bukan? Segala maklumat lanjut boleh dirujuk pada Lembaga Zakat.

Sumber: islamic relief

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!